5/Korea/slider1

Pinterest

Buah Tin : Manfaatnya disebut dalam al-Quran.

 Buah tin atau dalam bahasa inggeris dipanggil fig. Pernah lah dengar orang sebut nama buah tin tapi tak pernah seumur hidup Fana kenal rupa dia. I know lah not only me right don't know about this. You same ahh? Yeahhh same same.


Biasa kalau dengar orang sebut buah tin, automatik dalam kepala kita fikir buah ini dari negara arab. Nak cerita asal usul buah tin ini memang panjang, jadi kita pendekkan okay. Buah ini asalnya adalah dari Timur Tengah dan telah tersebar sehingga ke Eropah dan Amerika dan Asia Tenggara termasuk Indonesia. Ha yang selebihnya GOOGLE lah. Hehehehe.

Fana sebenarnya nak cerita macam ni.. Macam mana terdetiknya nak makan buah tin ni macam ni.. Banyak pula macam ni nya. Okay, Fana jumpa buah tin ni masa scroll nak beli barang dapur online. Sebelum itu lagi dah nampak orang share makan buah ni, mencari lah juga tup tup terjumpa lah pula. Harga dia? Biasalah buah import. Malas nak sebut nanti orang kata aku kaya. Lahh!

Korea ni buah lokal pun mahal apatah lagi buah import. Buah-buahan/sayur-sayuran janganlah korang beli dalam supermarket sini, mahal! Baik beli di pasar, boleh tawar menawar lagi. Kalau beli dekat supermarket korang jangan buat nak tawar-menawar pula. Jangan buat pasal eh! Biarlah kau beli dekat tepi jalan orang pandang-pandang pun, bukan kita guna duit dia pun. Jadi bijak dikk.

Haa panjang dah membebel..

Eh korang pernah ke makan buah tin ni? Tak pernah sis.

Lahh buat skrip sendiri. Ada yang pernah makan tapi cakap tak sedap, rasa dia tasteless. Mungkin korang makan yang hijau lagi...mungkin. Fana beli pun masa buah dia masih hijau, lepastu peram sampai bertukar warna purple. Haa ya warna ungu, nak sebut bahasa melayu pun lupa nama warna ni Ya Allah.. Masa warna dia bertukar gelap ni baru sedap makan.

Buah Tin : Manfaatnya disebut dalam al-Quran.


Rasa buah tin macam mana? Bagi Fana rasa dia macam buah naga. Mostly people cakap macam buah naga. Pernah makan buah naga tak? Kalau pernah mesti dapat agak rasa macam mana. Buah tin ini ada pelbagai jenis, malas lah nak taip. Korang boleh baca dekat sini >> KLIK LINK <<


Setiap buah ada manfaatnya ; seperti buah tin ada disebut dalam Al-Quran iaitu Surah At-Tin~ Terlalu banyak manfaatnya disebut dalam Al-Quran selain buah kurma. Begitu istimewanya kedua-dua buah ini. Antara manfaat buah tin, bagus untuk pencernaan, jantung, meningkatkan kadar gula dalam darah, anti-kanser, tingkatkan kesihatan kulit dan sebagainya.


Nak tahu lebih mendalam baca disini >>KLIK LINK<<


Cara nak makan buah tin terpulang kepada individu. Fana makan terus macam itu saja. Tekstur kulit buah tin berbulu halus membuatkan Fana geli nak makan dengan kulitnya sekali. Jadi kita korek isi dalam dia saja. Kulit buah tin boleh dimakan juga ya. Ada orang makan dengan biskut dan cheese. Pelbagai resepi yang sesuai untuk dimakan bersama buah tin. Yang penting jangan membazir okay. Banyak manfaat buah tin ni, pergi beli cepat!!






1 comment