5/Korea/slider1

Pinterest

Resepi Aneka Mee dari Resepi Orang Kampung | Resepi Mee |

Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam air yang mendidih. Ianya bergantung kepada jenis. Terdapat mi/mee dihidang kering atau basah.

Pada asalnya mi/mee ini adalah berasal daripada Cina. Malah perkataan mi/mee juga berasal daripada sebutan Bahasa Hokkien bagi perkataan Cina.

Hari ini Fana nak kumpulkan pelbagai aneka resepi mee yang terkenal kepada kalian. Disini ada 10 jenis resepi mee, mana lah tahu ada yang terfikir nak masak mee harini boleh jadikan sebagai rujukan. Semoga bermanfaat :))..

RESEPI PELBAGAI ANEKA MEE:

1) RESEPI MEE KICAP CILI API ALA R&R

BAHAN-BAHAN:
  • 1paket mee kering brand CINTAN
BAHAN UNTUK SOS KICAP:
  • 6 s/b kicap pekat.
  • 6 s/b minyak bawang putih yang digoreng.
  • 6 s/b minyak bijan.
BAHAN UNTUK SUP PUTIH:
  • 1 paket isi ikan - hiris nipis.
  • 1 paket bebola ikan -optional.
  • 1 mangkuk kecil isi ayam - hiris nipis.
  • 1 kiub ayam.
  • 1 liter air - boleh lebihkan.
  • 2 ulas bawang putih - dimayang.
  • 1 inci halia.
BAHAN PELENGKAP:
  • Sayur sawi.
  • Taugeh.
BAHAN UNTUK CILI POTONG/CILI KICAP:
  • Cili api secukupnya.
  • Kicap cair secukupnya.
  • Perahan limau kasturi sedikit.
CARANYA:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia.
  2. Masukkan air, sis ayam dan biarkan sup mendidih sehingga isi ayam masak.
  3. Masukkan kiub ayam dan isi ikan yang dihiris bersama dengan bebola ikan.
  4. Perasa kan sup dan tutup api.
  5. Kemudian gunakan periuk lain untuk dididhkan air dan celur sayur sawi dan taugeh.
  6. Cili kicap- cili diracik halus, campurkan dengan kicap cair dan perahan limau kasturi.
Credit : Aleen Airesh

2 ) RESEPI MEE BANDUNG WARISAN ABAH

BAHAN-BAHAN:
  • Sambal mee untuk 1 blender.
  • Lada kering/cili boh.
  • 10 ulas bawang putih.
  • 5 biji bawang besar.
  • 2 nlender penuh udang geragau.
*Bahan-bahan di atas blender dan dimasak atas api kecil sehingga kering.
*Goreng kacang tanah & blender kering.
*Rebus daging untuk dapatkan air rebusan - sebagai bahan penyedap.

CARANYA:
  1. Tumis sambal tadi (1 sudu untuk seorang makan)
  2. Masukkan air rebusan daging, agak-agak dalam 2 senduk besar dan pecahkan telur.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan kacang, udang, sotong dan daging.
  4. Masukkan mee, masukkan sawi dan tomato.
  5. Perasakan dan siap untuk dihidang.
Credit : Yusreena Said Yusz

3) MEE HAILAM SEDAP DAN SIMPLE

BAHAN-BAHAN:
  • 1/2kg mee kuning.
  • 1/4kg daging ayam dan daging lembu.
  • 10 ekor udang.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 3 ulas bawang merah.
  • 1 sudu bessar cili boh.
  • 1 ikat sawi hijau.
  • 1 potong kubis.
  • 1/2 lobak merah.
  • 1 bungkus baby corn.
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang.
  • 2 biji limau nipis.
  • 1 sudu tepung jagung - dibancuh dengan air.
  • Sos cili
  • Sos tomto
  • Kicap
*ditumbuk terlebih dahulu.
*ayam dan daging direbus dahulu.

CARANYA:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga benar benar masak dan naik bau wanginya.
  2. Kemudian masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar benar masak.
  3. Masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
  4. Selepas itu masukkan ajinomoto, gula dan garam - sukatan mengikut citarasa.
  5. Masukkan sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
  6. Kemudian masukkan mee, sos tomato dan sos cili dan kacau seketika.
  7. Seterusnya masukkan pula tepung jagung dan kacau sehingga sebati.
  8. Setelah siap dihidangkan dan dihiaskan dengan bawang goreng dan limau nipis.
Credit : Jessie Ooi

4) RESEPI MEE CHAMPA + MINYAK BAWANG PUTIH

BAHAN KUAH:
  • 1.5kg - 2kg daging lembu beserta tulang untuk bone broth.
  • 3 liter air.
  • 4 biji bawang holand. *potong 4
  • 3 biji bawang besar. *potong 4
  • 2 inci lengkuas. *dihirs nipis
  • 1 ekor sotong kering.
  • 1 ikat daun ketumbar.
  • Daun bawang.
  • 2 batang kulit kayu manis.
  • 4 biji bunga cengkih.
  • 1/2 cawan sos ikan.
  • Gula.
  • Garam.
  • Perasa. *optional
  • Serbuk lada sulah/lada hitam.
  • 3 kiub stok perisa daging.
CARANYA:
  1. Rebus tulang dan daging lembu.
  2. Didihkan dahulu air rebusan dan masukkan daging lembu dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan pertama dan masukkan air baru bersama daging dan tulang. Rebus lagi sekali lagi sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebuskan tulang sehingga 5 atau 6 jam.
  3. Sementara daging empuk, bakar bawang holand, bawang besar, lengkuas dan sotong kering.
  4. Dalam rebusan tulan tadi masukkan bahan-bahan yang dibakar. 
  5. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam, kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan.
BAHAN SAMBAL LADA:
  • 4 tangkai lada merah besar.*
  • 20-30 biji cili api.*
  • 2 ulas bawang putih.*
  • 2 sudu cuka.
  • Garam.
CARANYA:
  1. Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas. Kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta denagn cuka dan garam.
BAHAN MINYAK BAWANG PUTIH:
  • 3 labu bawang putih dibersihkan dan dipotong halus.
  • 1 cawan minyak jagung. 
*panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan tutup api.

BAHAN LAIN:
  • Kuey teow / mihun.
  • Daun ketumbar, daun sup dan daun bawang.
  • Limau nipis.
  • Hirisan daging.
  • Minyak bawang putih.
  • Lobak asin.
  • Sambal lada.
  • Taugeh.
  • Kicap.
  • Serbuk lada hitam / lada sulah.
  • Gula.
  • Sos ikan.
Credit : Tahrunnisah Jalil.

5) RESEPI MEE JAWA
BAHAN-BAHAN:
  • 400g keledek - direbus dan dikisar.
  • 2 labu bawang besar.*
  • 5 ulas bawang putih.*
  • 2 batang serai.*
  • Sedikit halia.*
  • Sedikit lengkuas.*
  • 2 s/b udang kering.*
  • 2 s/b cili kisar.
  • 2 s/b serbuk kari daging.
  • Air rebusan daging secukupnya.
  • Garam.
  • Gula.
*Bahan bertanda * dikisar.

BAHAN TABUR ATAS MEE:
  • 1kg mee kuning - dicelur.
  • 1/2kg daging yang telah direbus dan dihiris nipis..
  • Taugeh.
  • Tauhu - digoreng dan dihiris nipis.
  • Daun sup & daun bawang.
  • Bawang goreng.
  • Cili hijau/cili merah- dihiris.
  • Telur rebus.
  • Sawi dicelur.
  • Limau nipis - dibelah 2.
CARANYA:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air rebusan daging sedikit dan keledek yang dikisar.
  4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
  5. Kemudian siap untuk dihidang.
Credit : Hidayah syibly

6) MEE REBUS TERENGGANU
BAHAN-BAHAN
  • 1 paket NuMee
  • Isi ayam
  • Fish ball
  • Fish cake
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam *tumbuk
  • 1 ikat sayur sawi
  • Lobak
  • 5 biji cili api
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu kecil gula
  • **sedikit ajinomoto
CARANYA:
  1. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan lada hitam hingga agak kekuningan.
  2. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih baru masukkan isi ayam/fish cake/fish ball.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.
  4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah - jangan dikacau sehingga telur separuh masak.
  5. Masukkan sawi, cili api, dan lobak. Kacau sekejap supaya rata dan lagi elok sekiranya perasakan sekali dengan secukup rasa.
  6. Kemudian siap untuk dihidangkan bersama mee - mee diasingkan untuk mengelakkan mee kembang didalam kuah sup.
Credit : Zara Zahara.

7) MEE KARI NYONYA
BAHAN-BAHAN MEE KARI:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 5 biji bawang merah kecil. (kisar)
  • 1 labu bawang besar. (kisar)
  • 4 ulas bawang putih. (kisar)
  • 1 inci halia. (kisar)
  • 1 inci lengkuas. (kisar)
  • 3 biji buah keras. (kisar)
  • 1 batang kayu manis.
  • 2 biji bunga lawang.
  • 2 biji buah pelaga.
  • 2 biji bunga cengkih.
  • 2 s/b udang kering. (rendam seketika dan kisar)
  • 2 tangkai daun kari.
  • 1 tangkai daun kesum.
  • 1 batang bunga kantan. 
  • 2 btaang serai. (ketuk)
  • 8 s/b rempah kari daging.
  • 2 s/b cili kering kisar.
  • 1 kiub pati ayam.
  • 1 kiub pati ikan bilis.
  • 2 keping asam jawa.
  • 3 cawan santan.
  • Garam.
  • Gula.
CARANYA:
  1. Blender semua bahan-bahan kisar sehingga halus.
  2. Panaskan minyak yang mencukupi, masukkan kayu manis, bunga lawang, buang pelaga dan bunga cengkih. Tumis semua bahan kisar, daun kari dan udang kering. Tumis sehingga masak ya.
  3. Kemudian masukkan daun kesum, serai dan tumis sekejap. Masukkan pula rempah kari yang telah dibancuh bersama cili kisar bersama sedikit air. Tumis rempah sehingga betul betul garing dan naik minyak.
  4. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong kecil. Tumis sehingga air ayam keluar.
  5. Kemudian masukkan santan dan air. Agak-agaklah air nak banyak mana.
  6. Biarkan mendidih seketika dan masukkan kiub pati ayam, kiub pati ikan bilis, asam gelugur, garam dan nisan.
  7. Bila kuah dah mula mendidih dan pekat bolehlah masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pok.
  8. Perasakan dan boleh tutup api.
BAHAN SAMBAL UDANG KERING:
  • 2 s/b udang kering (rendam sekejap dan blender)
  • 4 ulas bawang putih - blender.
  • 1 cawan cili kering - blender.
  • Garam.
  • Gula.
CARANYA:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis semua bahan blender sehingga benar-benar masak dan garing.
  3. Kemudian masukkan gula serta garam.
  4. Tumis sambal hingga naik minyak.
BAHAN-BAHAN LAIN MEE KARI:
  • Sawi
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Bawang goreng
  • Mee kuning
  • Cili besar
  • Limau kasturi
Credit : Tuan Adriana Arissa.

8) RESEPI MEE CELUP
BAHAN-BAHAN:
  • Mee kuning (celur seketika untuk hilangkan rasa kapur)
  • Mihun (celur hingga lembut. Toskan)
  • Kuey teow (basuh dan toskan)
  • Mee maggi
BAHAN KUAH SUP:
  • Air
  • Ayam (bahagian kepak dan peha)
  • Isi ayam bahagian dada (potong kecil)
  • 2 inci halia.
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 3 ulas bawang merah. (dimayang)
  • 1 batang serai. (ketuk)
  • 1 helai daun limau purut.
  • Akar daun sup.
  • Rempah 4 sekawan.
  • Sup bunjut.
  • 2 s/b kicap manis.
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa.
CARANYA:
  1. Tumiskan 4 sekawan, hirisan bawang dan halia sampai naik bau.
  2. Kemudian masukkan air sehingga mendidih dan masukkan ayam.
  3. Kemudian masukkan sup bunjut, serai, daun limau purut dan akar daun sup.
  4. Masukkan kicap.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Biarkan sup masak lama di atas dapur.
BAHAN HIASAN:
  • Bawang goreng.
  • Sambal kicap.
  • Lada jeruk.
  • Lobak asin.
  • Kacang tanah tumbuk.
  • Serbuk lada sulah.
  • Serbuk cili.
  • Minyak bawang putih.
  • Daun sup
  • Cili padi potong.
  • Hirisan limau nipis.
  • Kobis.
  • Kangkung.
Credit : Mar Immar

9) RESEPI MEE GORENG
BAHAN-BAHAN:
  • 1 bungkus mee kuning.
  • 1 mangkuk kecil cili kisar.
  • 2 biji telur.
  • 3 s/b cili sos.
  • 2 s/b sos caramel.
  • 2 s/b kicap manis.
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah.
  • Cili padi diketuk.
  • Sedikit garam.
  • Tauhu goreng.
  • Ayam, udang atau apa saja jenis seafood.
  • 1 biji tomato.
  • 1/4 kubis.
  • Segenggam taugeh
  • 1 ikat sawi.
CARANYA:
  1. Mee kuning celur dulu dengan air panas.
  2. Sediakan kuali dan panaskan minyak.
  3. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga kekuningan.
  4. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  5. Setelah cili sudah masak bolehlah masukkan ayam dan udang.
  6. Kemudian tunagkan kicap, sos cili, sos tiram, sos caramel dan kacau rata.
  7. Perasakan dengan sedikit garam dan masukkan mee kuning, sayur dan kacau rata.
  8. Setelah itu pecahkan 2 biji telur daun gaul rata sehingga masak.
Credit : Tengku Roselyza

10) RESEPI MEE KARI SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji bawang merah *blend
  • 1 labu bawang putih *blend
  • 2 pek serbuk kari daging *pek kecil
  • 1 senduk cili giling.
  • 1 pek 3 sekawan.
  • 2 kiub pati ayam.
  • Fishcake
  • Fishball.
  • Tauhu kering.
  • Isi ayam / tulang ayam.
  • 200ml santan kotak.
  • Gula.
  • Garam.
  • Air secukupnya.
  • Ikan bilis segenggam *blend
BAHAN HIASAN:
  • Telur rebus
  • Cili merah.
  • Sawi.
  • Taugeh.
  • Limau kasturi.
CARANYA:
  1. Tumiskan bahan-bahan yang bertanda kisar bersama dengan 3 sekawan, cili kisar dan serbuk kari.
  2. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau, kemudian masukkan ikan bilis yang dikisar tadi.
  3. Masukkan batang sawi yang dah dipotong.
  4. Kemudian masukkan ayam, fishball dan fishcake.
  5. Seterusnya masukkan santan secukupnya bersama kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.
  6. Tunggu sehingga kuah mendidih masak dan masukkan tauhu kering.
*ikan bilis adalah rahsia mee kari lebih sedap walaupun masak simple.

Credit : Are Peace dan Anisza Mohd Shukri.


No comments