5/Korea/slider1

Pinterest

Musim Bunga Sakura di Korea Selatan | Cherry blossom in South Korea

Cherry blossom atau bunga sakura lebih sinonim dengan negara matahari terbit iaitu Japan. Selain Japan, di Korea juga mempunyai musim bunga sakura dan mengeluarkan bunga pada bulan Mac sehingga April. Di negara Korea musim bunga sakura dipanggil beotkkot (pokkut)

Jika di sini, seawal pagi hingga ke malam pokok sakura akan sentiasa dikunjungi orang ramai. Tidak tergambar dengan kata-kata keindahan dan kecantikan bunga sakura ini yang memenuhi sepanjang laluan tepi jalan. 

Cherry blossom in South Korea

Pada sebelah malam lampu akan dinyalakan jika terdapat pokok sakura di kawasan tersebut. Memang sangat cantik walaupun di sebelah malam.

Cherry blossom in South Korea

Maka sepanjang musim sakura ini orang sangat ramai berpiknik di bawah pohon sakura. Dan pelbagai festival diadakan semasa bunga sakura ini mekar berkembang.

Cherry blossom in South Korea

Fakta musim sakura:

- Bunga sakura bertahan sekitar 7 hingga ke 10 hari saja. Selepas itu bunga akan gugur ke tanah bergantung pada keadaan cuaca. Dan biasanya bunga lebih cepat gugur jika hujan dan berangin. 
Warna bunga bergantung kepada spesiesnya, ada yang berwarna putih dengan sedikit merah jambu, kuning muda, hijau muda atau merah menyala.
- Pokok sakura hanya mengeluarkan bunga setahun sekali.

Cherry blossom in South Korea

- Fasa bunga sakura berkembang mekar adalah di antara hujung bulan Mac hingga awal bulan April apabila cuaca semakin panas.
- Pokok sakura akan mengeluarkan bunga dahulu dan diikuti daunnya. Kesemua pokok akan mengeluarkan bunga secara serentak. 

Penggunaan bunga sakura:

Cherry blossom in South Korea

- Mengikut cara orang Japan, daun dan bunga sakura direndam di dalam air garam untuk dijadikan bahan makanan kerana baunya yang harum.
- Sakura mochi adalah kuih mochi yang dibungkus dengan menggunakan daun bunga sakura.
- Dijadikan sebagai aiskrim mahupun snek kering.
- Teh bunga sakura diminum pada hari pesta pernikahan.
- Ranting dan tunas bunga sakura digunakan sebagai bahan pewarna semula jadi.

Lokasi tepat untuk menikmati musim sakura:

- Jeju Cherry Blossom Festival, Seogwipo (23 Mac - 30 Mac)
- Busan: Namcheon-dong Road (26 Mac - 2 April)
- Gwangju Bamboo Forest (29 Mac- 5 April )
- Changwon City: Jinhae Gunhangje Festival (30 Mac - 9 April)
- Seoul: Yeongdeungpo Yeouido Spring Flower Festival (6 April - 13 April)
- Seoul: Seokchon Lake Cherry Blossom Festival (6 April- 13 April)
- Seoul: Namsan Park (6 April - 13 April)
- Seoul: Gyeongbokgung Palace (6 April - 13 April)
- Incheon: Incheon Grand Park and Jayu Park (9 April - 15 April)
- Nami Island (Awal April - Pertengahan April)
- Gyeongju Cherry Blossom Festival dan Gyeongju Cherry Blossom Marathon (Awal April)

Cherry blossom in South Korea

No comments