Cuaca dah semakin panas sekarang. Winter jacket dan baju tebal semua dah disimpan. Haritu bukan main nak cepat habis musim sejuk. Bila masuk musim panas, nak musim sejuk pula. Manusia ini tidak pernah bersyukur.
Lahh tiberrr..
Sekarang ada mood rajin nak buat weekly blog FH. Kalau tidak sunyi lah jawabnya blog ini beberapa minggu, kadang-kadang sampai berbulan. Jadi Fana decide nak update weekly blog lah selepas ini supaya blog ini tak bersawang lama sangat :P..
AJL35 -
Fana dah lama tak tengok tv. Lepas itu ada pula Anugerah Juara Lagu ke-35. Rasanya dah lama tak update dengan AJL ini selepas Dato' Siti Nurhaliza tak bertanding. Macam hilang seri rancangan itu. Giteww :P... Maklum lah kita peminat dia, jadinya kita tengok pun sebab ada dia bertanding dalam AJL.
Kali ini punya AJL pun tertengok sebab Si Nabila Razali menyanyi sumbang. Aiyooo. Tajuk pun dah Peluang Kedua, nanti tiba-tiba keluar single Peluang Ketiga. Aigoooo! Nasib baik tak hilang anak mata hitam masa dia terciduk menyanyi.
Berlakon jelah Nab, kamu idok ler sedap mana nyanyi nya pun. Ahh ye..
Long Time No See (LTNS) -
Ini nama coffee shop di Korea. Dekat sangat dengan rumah Fana. Jalan kaki tak sampai seminit. Bila teringin atau rasa malas nak bancuh kopi di rumah baru lah Fana pergi kedai LTNS.
![]() |
First time beli kopi dan mereka masih belum ada sticker khas untuk cup :). |
![]() |
Wajah baru cup, eh dah ada sticker. |
Fana jarang nak beli sebab harga dia mahal sikit dari kedai kopi yang ada brand. LTNS ini bukan lah brand yang besar seperti Ediya Coffee, Starbucks, Paik's, A Twosome Place, Angel-in-us, (haaa banyak sangat nak list down) yang ada banyak bersepah di Korea ini. Well, LTNS is a new brand coffee shop. Standard kalau americano di kedai lain cuma 1,500-2,000 won. Tapi di LTNS harga jadi 3,500 won. Mahal!
Disebabkan kedai dekat dengan rumah, tak membuatkan Fana nak beli selalu. Kita pun fikir juga. Buat apa beli yang mahal kalau ada yang murah :P.. Sekali sekala boleh lah beli. Jadilah pengguna yang bijak ya.
Kedai nya pun kemas. Kedai ala-ala hipster sikit. Not bad at all and just nice :)).. Kalau lepak buat kerja pun tenang dan tak bising. Musim covid ini orang tak ramai lepak, dan satu meja had untuk 2 orang saja.
![]() |
Harga dia ala-ala Starbucks. Mahal sedikit. |
Naan Cheese, Curry Tikka Masala -
Memang lama teringin nak makan sejak tak balik Malaysia. Akhirnya dapat juga merasa makan. Kalau di Malaysia pun Fana bukan selalu makan. Tiba-tiba di Korea ini teringin nak mencuba.
Tak tahu lah apa beza dengan yang di negara kita punya. Tapi puas hati sebab harga dia cuba 4,500 won sekeping. Gambar di bawah ini Fana order dua keping. Makan dengan Curry Tikka Masala pula memang sedap terangkat.
Fana rasa sekarang macam setiap minggu makan. Sebab every weekend Fana memang akan ke bandar, alah saja berjalan-jalan. Owner kedai ini dari Pakistan, dan berkahwin dengan orang Korea. Memang fasih bercakap Korea dan English.
Pekerja kedai ini pun memang import dari Pakistan original. Kedai makan ini HALAL. Sebenarnya susah nak cari kedai makanan HALAL di kawasan Fana tinggal. Kalau di Seoul memang banyak. Di sini cuma satu kedai saja yang Fana tahu buat masa sekarang.
Gambar di bawah ini naan cheese dan naan garlic. Naan garlic 2,500 won. Curry Tikka Masala cuma 6,500 won.
Itu sajalah aktiviti Fana untuk weekly blog kali ini. Tunggu minggu depan pula ya Fana akan update di FH blog nanti. Okay bye :))...
LTNS unik nama kedainya. hehehe.
ReplyDeleteLTNS unik nama kedainya. hehehe.
ReplyDeletePanjang dan unik. Hehehe.
Delete