Elysian Gangchon Ski Resort, tempat di mana bukan sahaja untuk main ski tetapi turut menyediakan penginapan dan padang golf. Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan Elysian Gangchon Ski Resort ini. Kerana tempat bermain ski yang terkenal dalam kalangan pelancong adalah Vivaldi Ski Resort dan Pyeongchang Ski Resort.
Elysian Gangchonn terletak di Chuncheon, sebuah kota/tempat yang mempunyai tasik dan sungai yang cantik. Pusat peranginan ski di Elysian Gangchon adalah salah satu pusat yang sering dikungjungi oleh pelancong harian dari Seoul.
Terdapat juga beberapa tempat tarikan yang popular berhampiran dengan Elysian Gangchon Ski Resort seperti Pulau Nami, Garden on Morning Calm dan Petite France. Laluan yang sama menaiki kereta api.
Perjalanan ke Elysian Gangchon Ski Resort cuma memakan masa 1jam dengan menaiki ITX (kereta api express) dari Cheongyangni Station. Elysian Gangchon Ski Resort adalah antara tempat ski yang easy access jika anda tidak menempah private transfer khas.
Slopes/Lereng di Elysian Gangchon Ski Resort :
Secara keseluruhannya terdapat 10 lereng mengikut jenis kemahiran anda untuk bermain ski. **Latest 2021 8 slopes only.
Advanced : Lereng yang sangat curam dan jarak 518 meter dari puncak.
Cara-cara ke Elysian Gangchon Ski Resort dari Seoul :
Sangat mudah untuk ke Elysian Gangchon Ski Resort dengan menaiki kereta api dari Seoul. Selain itu juga tempat ini berdekatan dengan Baegyang-ri station dan disediakan van ulang-alik untuk ke resort sejauh 2km. Kekerapan setiap 20 minit dan ianya percuma.
Disebabkan musim pandemik ini pakej biasa yang termasuk dengan pengangkutan bus dari Seoul tiada dan menyebabkan kami menggunakan alternatif lain dengan menaiki kereta api.
Private Transfer : Hongik Univ Station exit 4, 2, Myeongdong Station exit 2,3, Dongdaemun History Culture Park station exit 10. Terdapat juga private transfer yang ambil dari hotel.
**Pakej berbeza-beza dan tempat naik bus juga berbeza-beza.
Bus : Seoul Express Bus Terminal (Subway Line 3,7,9 Express Bus Terminal Station) > Cheongchun Express Bus Terminal > berjalan ke Nam Cheongchun Station 10 minit untuk ambik subway Gyeongchun Line > Baegyang-ri station > Shuttle van ke Elysian Gangchon Ski Resort.
ITX (express) : ITX station Yongsan, Ichon, Oksu, Wangsimi, Cheongyangni, dan Sangbong > Baegyang-ri station > Shuttle van ke Elysian Gangchon Ski Resort.
**1jam dan harga tiket 6000 won sehala.
Subway : Yongsan station> Baegyang-ri station > Shuttle van ke Elysian Gangchon Ski Resort.
**1jam 45minit dan harga tiket 2550 won sehala.
Waktu Operasi dan pass masuk :
Waktu operasi : Beroperasi November - Mac
Dibuka setiap hari seawal 9:00 pagi - 2:00 pagi. (cuti umum 5:00 pagi)
Snow grooming 5:30 petang - 6:30 petang.
*Masa mungkin berubah bergantung pada cuaca..
Pass masuk : Bermula dari 56,000 won.
*elak beli di kaunter kerana agak mahal. Guna aplikasi Klook / Trazy (DISINI)
Basic pass - Lift + Equipment + Clothing rental for 1 day.
Kemudahan di Elysian Gangchon Ski Resort :
-Tandas awam
-Bilik persalinan
-Rental Ski House
-Kids area
-Lift car
-GS (convenient store)
-Cafeteria
-Restoran
-Hotel
-Padang Golf
-Shuttle van
Review :
- Sangat mudah untuk sampai ke Elysian Gangchon Ski Resort dengan menaiki kereta api express (ITX) tanpa berjalan jauh dari station ke resort. Shuttle van yang disediakan juga sangat cepat dan menepati masa.
-Harga tiket jauh lebih murah booking menggunakan applikasi KLOOK berbanding walk-in counter.
- Recommended!! Pakaian dan barangan sewa sangat bersih.
- Kemudahan yang disediakan di Elysian Gangchon Ski Resort bersih.
- Sediakan duit syiling sebagai token untuk sewa loker di sana. Mesin penukaran syiling juga turut disediakan. Harga sewa loker cuma 1,000 won sahaja.
- Tiada pemeriksaan beg dan boleh bawa makanan sendiri.
- Servis dan pakej yang ditawarkan juga sangat puas hati.
No comments