5/Korea/slider1

Pinterest

Sampah dikenakan caj? Cara buang sampah di Korea.. | Korean Life |

Buang sampah pun kena catu?

Fakta Korea :- Sampah pun kena caj bergantung pada kuantiti sampah yang dibuang..

Mesti korang tak percaya kan sampah pun kena bayar kalau nak buang. Daripada sampah kering hingga ke sampah basah semua ada caj untuk buang.




Itulah situasi pengalaman bagi Fana sepanjang tinggal di Korea ini. Macam terkejut pula kena bayar kalau nak buang sampah. Tetapi sebenarnya langkah macam ini bagus juga.


100won = RM0.37 per KG (rate rumah)

140won = RM0.52 per KG (rate komersial)



Untuk rumah ada tong khas yang kita kena beli. Tong ini kita sediakan sendiri lah. Normal size tong 2-3 liter. Sebelum nak buang sampah basah ini kita kena beli sticker khas pula.


Nak buang sampah basah kena beli sticker. Nak buang sampah kering kena beli plastik sampah. Garu kepala nak buang sampah sebab kena keluar duit. Hahaha.


Okay kita sambung...

Sticker untuk sampah basah ada dijual di convenient store. Mudah saja sebab kedai macam ini senang jumpa. Sticker dijual mengikut liter tong korang. Sticker ini perlu dilekatkan pada tong sebelum dibuang.


Tak ada sticker? Sampai ke sudah lah tong itu tak akan diangkut lori sampah. Silap silap sampai berulat sampah korang nanti.


Untuk sampah kering pula tak boleh bercampur dengan bahan sampah basah. Perlu diasingkan. Kalau tukang kutip sampah nampak, dorang tak akan kutip sampah korang.


Mula-mula memang leceh juga lah, yelah nak kena beli sticker. Tetapi langkah ini memang bagus sebenarnya. Lagi bagus sebab kita dapat kurangkan ssampah.

Kalau lagi banyak membuang, lagi banyak pula duit keluar. Hiks..


Di Korea, pemilik restoran perlu membeli tong sampah khas untuk membuang sisa basah sekiranya saiz restoran 200m² dan ke bawah. Jika saiz restoran besar dari itu, pemilik restoran perlu daftar kontrak dengan Majlis daerah untuk operasi angkut sampah basah.

No comments