5/Korea/slider1

Pinterest

Tabiat Orang Korea suka sangat bawa berus gigi dan... | Fana Halim Life Abroad |

Selamat datang bulan February :))..

Tak lama lagi penghujung musim sejuk di Korea. Sekarang salji/salju sudah mulai berkurang. Kalau ada pun mungkin sekejap saja turun.


Cepat rasanya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik sudah bulan February.


Ruginya tak manfaatkan masa salji turun haritu. Sebab Fana memang malas nak keluar. Cuaca sangat sejuk dan berangin. Sebab itu lah Fana malas nak keluar :P. 


Tapi nak main salji, tapi malas nak keluar. Macam mana eh?Hahaha..


Oh ya, korang ada perasan tak orang Korea bawa berus gigi keluar? Maksudnya dorang bawa berus gigi semasa makan diluar ataupun ditempat bekerja. 


Orang Korea suka berus gigi
Gambar hiasan


Pernah tak? Mungkin yang pernah bercuti ke sini pernah lihat. Dalam drama tidak pasti ada ke tidak.


Mula-mula dulu pun pelik juga tengok. Sebab bagi kita memang agak pelik lah, tak pernah dibuat di dalam kalangan kita. Kalau buat rasanya orang pun akan tengok pelik.


"Eee, amende ni.. Bangun pagi tak sempat gosok gigi ke?" contoh..

Kalangan kita ini tak boleh buat pelik sikit, mudah heboh sana sini. Hahaha :P..


Fana dah perasan lama hal ini, tapi yelah baru nak bercerita dengan korang. Tapi ini lah tabiat orang Korea salah satunya. Biasanya dorang lepas makan memang akan berus gigi. 


Fana banyak kali jugalah terserempak dengan dorang. Well, I accepted their culture so I just ignore it. No problem. Bagi Fana itu orang yang pembersih. There is nothing wrong doing..


Fana nak pesan sikit :-) Bila travel ke negara orang, kita kena adapt dengan keadaan sekeliling. Open minded with certain things that make sense. Mana tak patut jangan ikut. Faham?? Okay good..


Sebenarnya untuk information korang, orang Korea wajib memberus gigi paling kurang 3 kali sehari. Itu adalah kefahaman dorang, so kita kena faham dan terima :))..


Lagi-lagi sekarang musim pakai mask, elok sangat lah kalau kita berus gigi selepas makan. Baru lepas makan kari kepala ikan pun masih ada bau. Rupanya bau mulut sendiri! KAHKAH!!..


Perkara ini memang dari kecil dorang dah diajar dan terbiasa sehingga besar. Dorang ini didik supaya memberus gigi selepas makan. Jadi, tidak pelik lah kalau korang nampak dorang berus gigi di tandas awam. 


Dan lagi satu, berus gigi di Korea sangat murah serendah 1000 won sahaja. Rasa-rasa kalau terlupa bawa berus gigi, beli terus 10 batang. Murah bangetttttt. Hahaha.

No comments