5/Korea/slider1

Pinterest

Resepi Nasi Ayam Bujang Style Paling Mudah!! | Fana Halim Life Abroad |

Kalau dalam biodata dulu-dulu, nasi ayam mesti akan ada dalam makanan kegemaran. Yang ramai-ramai itu tak tahu lah tiru kawan ke atau memang suka.


Ingat lagi tak biodata peribadi yang sampai satu kelas kena isi tu? Haa buku tu lah. Benda 'wajib' setiap ahli kelas kena isi :p..

Tahun 90an dahulu mesti tahu kan..


Fana sumpah tak pernah belajar memasak nasi ayam ini masa duduk di rumah(family). Sejak duduk jauh dengan family ini lah kena belajar. Terpaksa okay! Tak belajar tak pandai lah jawabnya.

Tapi lama-lama rasa best dah pandai. Not bad :p


Resepi nasi ayam ini simple je weh! Fana pun alter dari resepi asal. Yeke? Entah lah. Apa yang Fana pakai semua yang ada di dapur saja. Campak campak siap!!


Resepi ini macam nasi ayam hainan, halia dan bawang putih saja yang penting.

Okay jom tengok apa bahan-bahannya..


Bahan-bahannya:-

  1. Garlic
  2. Halia
  3. Garam
  4. Gula perang
  5. Serbuk kunyit
  6. Minyak masak
  7. Beras
  8. Ayam (bahagian dada)
  9. Kicap manis
  10. Sos tiram
  11. Sos cili
  12. Black pepper



Pertama sekali Fana masak sup dulu. Sebab kita akan guna sup untuk masak nasi. Cara-caranya:-
  1. Bawang putih dan halia (blend)
  2. Panaskan kuali dan dengan sedikit minyak. 
  3. Tumis seketika bahan blend bersama rempah sup.
  4. Setelah bahan tumis wangi masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan dada ayam yang telah dibasuh ke dalam sup yang mendidih. (rebus selama 5-10minit)

Seterusnya cara-cara penyediaan nasi ayam. Ada resepi masak nasi dulu atas dapur, tapi Fana malas. Cara macam ini juga boleh guna. Cara masak bergantung kepada berapa orang makan. Untuk bahan-bahannya Fana cuma agak-agak saja dan tiada sukatan yang tepat. So, everything you just agak-agak :)


Cara-cara memasak nasi:-
  1. 2 pot beras dibilas sehingga bersih.
  2. Sukatan air sama dengan sukatan beras. 1 pot sup + 1 pot air
  3. Garam 1 sudu.
  4. Sedikit kunyit (untuk pewarna kuning dan optional)
  5. Bawang putih dan halia yang diblend 1 sudu besar.
  6. Kemudian masak nasi seperti biasa.

Langkah yang ke-3 kita akan buat perapan kicap untuk ayam dan goreng. Cara-caranya:-
  1. 1 sudu besar sos tiram.
  2. 1 sudu besar sos cili.
  3. 3 sudu besar kicap manis
  4. 1 sudu kecil black pepper.
  5. 1 sudu kecil garam
  6. 2 sudu kecil brown sugar (tiada madu, lupa beli)
  7. Kemudian gaulkan ayam bersama bahan-bahan diatas dan biarkan seketika sehingga bahan perapan sebati.

**sambal cili Fana gantikan dengan sos ABC saja.
**Untuk sos kicap Fana gunakan balance perapan ayam tadi masak atas dapur sekejap bersama dengan tepung jagung. Kalau malas Fana akan gunakan balance kicap tadi tanpa masak. Pun sedap juga.


Senang tak? Untuk sup dan nasi cuma gunakan bahan yang sama. Nasi ayam memang favorite Fana sejak dulu lagi. Setiap hari Jumaat mak memang akan masak. Tapi kalau mak masak lagi sedap :P

Kalau korang ada resepi yang lagi senang share lah diruangan komen. Mana lah tahu ada yang lebih senang daripada cara Fana tunjuk. Boleh saja, silakan :).. Mana yang baru belajar masak nasi ayam selamat mencuba. 

Fana 3 hari berturut-turut makan nasi ayam pun tak apa :P

1 comment