5/Korea/slider1

Pinterest

Bukan swab test CORONA | Fana Halim Life Abroad |

 Selamat datang 2021!! 


Sekejap saja masa berlalu. Sudah 12 hari kita menjalani kehidupan pada tahun 2021 ini. Semoga kita semua yang membaca artikel ini dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki yang diberkati selalu. Amin..


Memandangkan sudah masuk tahun 2021, ini bermakna sudah hampir 3 tahun 2 bulan Fana berada di bumi Korea. Masa yang sangat panjang! Serius ahh dah 3 tahun lebih?!!


Macam tak percaya pun ya juga. Banyak betul dugaan dan rintangan sepanjang merantau. Rasa macam boleh buat buku dah. Hahahaha.


By the way tak nak cerita pasal itu. Mungkin ada antara korang yang tahu Fana ada bekerja di restoran. Tak kisah lah yang tak tahu itu, boleh scroll blog ini nanti cari :P.


https://www.fanahalim.com/2020/03/tanggal-4-mac-yang-lalu-hari-yang-orang_6.html


Korang mesti sudah sedia maklum kan kalau kerja yang berkaitan dengan makanan ini mesti perlu menjalani prosedur medical check up sebelum bekerja. Tahu tak tahu?? Yang tahu tolong explain pada yang tak tahu itu eh :))..


Di negara kita sendiri pun ada prosedur sebegini. Jadinya di Korea ini pun sama lah. Cuma caranya berbeza dengan Malaysia. Kalau di Malaysia pekerja perlu ambil suntikan di klinik/hospital. Tapi untuk Korea kita cucuk diri sendiri. Tapi dibuat di hospital/klinik. 


HAHAHAHA!! Segan lah part ini. 

Rujuk gambar dibawah -\/-


FanaHalim




Dorang akan bagi kita swab (macam swab test covid tu ada kapas hujung) masuk kan kedalam bon*** korang. Buat sendiri okay, bawa swab itu ke tandas. Takkan nak buat depan doktor. HAHAHA!


Lepastu, buat MRI. Simple saja. Cepat sangat proses. Dah siap semua, selepas 2 minggu result akan dihantar ke rumah atau ambil sendiri di hospital/klinik yang sama. 


Mula-mula dulu ingatkan cucuk macam di Malaysia, rupanya cucuk kot lain :P.. Dah kali ke-3 baru nak story.

KAHKAHKAH!


Itu sajalah nak cerita, sebab harini ada buat swab test, alang-alang update lah sikit blog yang bersawang ini. Tapi bukan swab test CORONA ya ;))...


GOOD NIGHT 🌙 


No comments