Sunday (yesterday) : 17:37pm : 3*celcius
Minggu yang ke-3 di bulan December dan minggu yang ke-3 sedang masuk cuaca sejuk. Antara bulan yang paling excited!! Cuaca sedikit sejuk dan berangin.
Semalam berjalan sebentar ke bandar.
Cuaca cantik, ada matahari. Sunny day! Taaaaaaapi sejuk!
Dahlah sejuk berangin pula, dapat bayang tak? Arghhh..
Sangat sejuk! Tangan ini kalau boleh tak nak keluar dari pocket baju. Menyesal tak pakai inner seluar, sebab tengok suhu bukan negatif(-). Jadi maksudnya tidak sejuk sangat lah kalau tiada negatif.
Sebenarnya jalan-jalan nak cari salji/salju. Kalau ada rezeki dapatlah merasa salji turun. Tapi tengok suhu minggu ini tak ada salji. Mungkin masih awal bulan. Kalau korang tanya bila salji turun?
Biasanya salji tak berapa lebat pada awal bulan. Apabila sudah masuk bulan 1 dan 2 akan ada banyak hari salji turun. Jadi kalau nak datang bercuti ke Korea datanglah pada penghujung bulan 1 dan awal bulan 2.
Masa ini baru korang rasa seronok ke tidak seronok jalan semasa salji. Hiks:P
Ini tahun ke-3 Fana tinggal di Korea dan rasa teruja salji turun itu awal-awal saja. Lama kelamaan dah biasa dan nak cepat-cepat habis musim sejuk :P..
Sejuk sangat tak tahan!
(tangan sentiasa dalam poket)
Tetapi untuk yang ingin datang bercuti merasai musim salji ini disarankan bawa ubat-ubatan yang diperlukan. Kadang-kadang suhu terlalu sejuk ini juga boleh menyebabkan penyakit yang tidak diingini berlaku. Terutama warga emas.
Fana dekat sini sebelum keluar rumah sentiasa cek suhu. Setiap hari okay. Setiap hari juga tengok bila salji akan turun. Jadi disebabkan kawasan Fana ni belah Selatan, jadinya salji tak berapa banyak turun dan lewat sedikit daripada Seoul.
Orang ingat bila dekat Seoul ada salji habis satu Korea turun salji. Eh mana ada! Hari itu, first day Seoul turun salji, dekat tempat Fana kena tempias saja. Tidak lebat sangat dan cepat cair. Hmmm
Jealous tengok Seoul ada salji!!
Tak apa, minggu depan kita jejak Seoul! Misi jejak salji!
No comments