Walaupun Fana kerap 'angkut' beg ke sana ke sini, bab kemas beg masih lagi 'kelaut' orang kata. Bukan nak kata susah sangat pun, cuma mungkin sebab kemas last minute. Itulah masalahnya. Belum masuk lagi bab 'pemberanakan' beg. Bertambah pening.
Lagi satunya bab kemas beg ini kena ikut situasi juga. Kena tahu macam mana nak kemas beg kalau pergi bercuti, balik beraya, pergi pantai, balik kampung ke. Setiap destinasi dan setiap acara berbeza cara nak packing.
Biasanya kalau bab packing ini Fana memang akan kemas 3 hari sebelum. Kalau kemas 2 minggu awal, rasanya macam lambat lagi nak gerak :P.. Tetapi Fana tertarik dengan satu posting di FB Susun Atur Sioca.
Dalam posting tersebut kita dapat lihat dengan lebih teliti macam mana cara-cara packing beg untuk travel/bercuti. Cara begini adalah basic barang yang perlu dibawa. Lebih-lebih lagi dengan ada nya pouch/travel bag untuk nampak lebih kemas dan teratur.
credit : SusunAturSioca
Sangat memudahkan jika mempunyai pouch beg ini. Barang-barang yang kecil tampak lebih kemas dan tersusun di dalam beg. Luggage pula tidaklah mempunyai banyak compartment untuk diselit. Jadi dengan adanya pouch beg ini ruang beg dapat dijimatkan. Kalau tidak nampak berserabut saja.
Yang paling penting sekali toiletries. Fana suka kalau toiletries ini ditempatkan dalam satu beg supaya mudah untuk diambil. Jadi tidak lah buang masa untuk ambil satu persatu barang kemudian jadi bersepah. Dengan cara begini juga dapat mengelakkan barang daripada tertinggal. Betul tak ?
Packing Tips Travel
Ini adalah anggaran untuk 6 ahli keluarga. Susun atur mestilah senang untuk diambil selain kemas dan menarik. Baju-baju ini juga akan dipakai semula jika adanya mesin basuh di hotel/homestay.
Homestay/hotel tidak menyediakan hanger yang banyak. Jadi langkah yang terbaik bawalah hanger yang boleh dilipat macam ini. Senang dan jimat ruang. Kalau nak harapkan hanger yang sedia tak cukup juga.
Botol shampoo dan sabun mandi ini dibeli di DIY. Botol ini juga menyediakan lock supaya tidak tertekan tanpa sengaja.
Barang-barang untuk mandi-manda. Lebih mudah dengan adanya beg kalis air ini. Di dalam setiap beg ini disediakan tuala, hanger, baju swimming. Jadi, selepas mandi anak-anak bawa beg satu sorang dan letakkan baju basah di dalam beg tersebut. Boleh beli di Shopee.
Bagus sangat cara susun atur yang ditunjukkan ini. Barulah beg sentiasa kemas dan tidak berserabut. Apa yang penting barang-barang makanan tidaklah bercampur dengan barang-barang yang bersabun dan sebagainya.
Cara sebegini lebih mudah dan beg tidak bersepah. Jadi untuk para ibu diluar sana bolehlah gunakan tips ini untuk percutian yang seterusnya. Buat persediaan awal itu yang penting. Apa pun barang-barang untuk kecemasan ada dibawa bersama.
Semoga bermanfaat!!
LH biasanya travel backpack aje. Satu lagi tips travel, kasut dan selipar dibalut dalam plastik dan gantung di luar beg untuk menyenangkan kita juga nanti. Btw, hanger tu fana beli di mana?
ReplyDeleteInfo yang bermanfaat. Saya pun suka packing last minute. Pastu ada je yang tertinggal.
ReplyDeleteRawlins pun sejenis sebegini. Susun siap2 dan siap ada travelling pouch yang Rawlins akan guna everytime travel. Senang nak susun.
ReplyDeleteWow.. Thanks for sharing these awesome traveling tips.. Nak apply la bila packing for my next trip.. Senang and teratur...
ReplyDeleteThanks for the tips. Lepas ni boleh praktikkan tips ni bila nak pergi travel kat mana mana
ReplyDeleteSama lah za pun buat mcmni utk travel senang sikit dan nampak kemas.. Tapi periuk nasi tu takde la.. Hahhha
ReplyDeleteWow very detailed indeed. My wife is the one who will be helping to organize our travelling needs and necessities. Based on this post, it is obvious that there are a lot to pack. :D
ReplyDeleteWahh nice tips la sis... Mmg tgh cari idea untuk packing beg cmni... Sebab lama dh x travel dlm negeri... Kita jenis bkn kaki jalan.. Hihi.. Thanks share...
ReplyDeleteSy pun akan susun ikut kategori tp x terperinci cmni lah. Janji kemas dan mudah cari kan.
ReplyDeleteKemasnya tersusun. Suka tgk.. kalau packing kemas mcm ni senang nak cr brg nanti
ReplyDeleteWaahhh bagus lah kat sini ajar cara nak mengemas dan juga membawa barang ketika travel ni sangat mudah dan bagus jimat ruang dan tempat hehehe boleh cuba... Nak kemana kita ni...
ReplyDeleteiena nk travel bawa beg ikut destinasi juga. Kalau pergi dengan kawan-kawan naik public transport iena bawak backpack je then kasut gantung2 gantung kat beg..kalau pergi bercuti dengan family iena bawak lugage tu tapi sama la kene susun elok elok letak dalam pouch bag tu..KAlau travel overseas iena bawak lugage sebab iena kaki shopping..lugage yg besar gile iena bawak (^_~)
ReplyDeletemenarik pakcaging macam ni, kemas dan dapatlah muat banyak2 benda kan
ReplyDeleteMemang betul tu kena pandai pack bag hendaknya yg selalu gi travel, mesti da biasa dan tau apa yv nak bwk
ReplyDeletesinggah sini ^^Y
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html
btw, saya tk nmpk button follow lak ^^"
ReplyDelete