5/Korea/slider1

Pinterest

"Kan lebih senang kalau ada pouch beg macam ini!" - Tips Kemas Beg Untuk Bercuti (Travel)

Alhamdulillah negara kita sekarang sudah tiada PKP!! Kemana destinasi percutian kalian selepas 2 tahun peram? Ada yang kata nak bercuti ke pantai, ada yang nak masuk hutan. Tapi ada satu masalah sekarang ini, sebab dah lama tak travel nak packing beg pun lupa macam mana.


Walaupun Fana kerap 'angkut' beg ke sana ke sini, bab kemas beg masih lagi 'kelaut' orang kata. Bukan nak kata susah sangat pun, cuma mungkin sebab kemas last minute. Itulah masalahnya. Belum masuk lagi bab 'pemberanakan' beg. Bertambah pening.


Lagi satunya bab kemas beg ini kena ikut situasi juga. Kena tahu macam mana nak kemas beg kalau pergi bercuti, balik beraya, pergi pantai, balik kampung ke. Setiap destinasi dan setiap acara berbeza cara nak packing. 


Biasanya kalau bab packing ini Fana memang akan kemas 3 hari sebelum. Kalau kemas 2 minggu awal, rasanya macam lambat lagi nak gerak :P.. Tetapi Fana tertarik dengan satu posting di FB Susun Atur Sioca

Dalam posting tersebut kita dapat lihat dengan lebih teliti macam mana cara-cara packing beg untuk travel/bercuti. Cara begini adalah basic barang yang perlu dibawa. Lebih-lebih lagi dengan ada nya pouch/travel bag untuk nampak lebih kemas dan teratur.



Sangat memudahkan jika mempunyai pouch beg ini. Barang-barang yang kecil tampak lebih kemas dan tersusun di dalam beg. Luggage pula tidaklah mempunyai banyak compartment untuk diselit. Jadi dengan adanya pouch beg ini ruang beg dapat dijimatkan. Kalau tidak nampak berserabut saja.

Yang paling penting sekali toiletries. Fana suka kalau toiletries ini ditempatkan dalam satu beg supaya mudah untuk diambil. Jadi tidak lah buang masa untuk ambil satu persatu barang kemudian jadi bersepah. Dengan cara begini juga dapat mengelakkan barang daripada tertinggal. Betul tak ?


Packing Tips Travel



Ini adalah asasnya 3 beg saja :- Beg besar untuk baju, Beg kecil untuk selain baju dan beg untuk toiletries.



Ini adalah anggaran untuk 6 ahli keluarga. Susun atur mestilah senang untuk diambil selain kemas dan menarik. Baju-baju ini juga akan dipakai semula jika adanya mesin basuh di hotel/homestay.


Homestay/hotel tidak menyediakan hanger yang banyak. Jadi langkah yang terbaik bawalah hanger yang boleh dilipat macam ini. Senang dan jimat ruang. Kalau nak harapkan hanger yang sedia tak cukup juga.



Botol shampoo dan sabun mandi ini dibeli di DIY. Botol ini juga menyediakan lock supaya tidak tertekan tanpa sengaja.



Ini adalah bekas berus gigi. Boleh menempatkan dua berus gigi dalam satu bekas. Boleh beli di Shopee atau DIY.


Contoh susun atur toiletries. Beg ini beli di Cosway harga RM13 saja.


Barang-barang untuk mandi-manda. Lebih mudah dengan adanya beg kalis air ini. Di dalam setiap beg ini disediakan tuala, hanger, baju swimming. Jadi, selepas mandi anak-anak bawa beg satu sorang dan letakkan baju basah di dalam beg tersebut. Boleh beli di Shopee


Beg ini boleh beli di DIY. Boleh letak wet tissue, sanitary dan sebagainya. 



Tada~ Macam ini lah rupanya bile diletakkan di dalam beg. Nampak kemas dan mudah untuk ambil barang yang nak digunakan. 



Seterusnya beg makanan. Ada saja yang semasa bercuti ingin berehat, ada yang lebih gemar memasak sendiri. Beg biru untuk barang-barang memasak. Beg merah untuk bahan-bahan memasak.



Tengok ini, beras pun turut dibawa. Sardin pun bawa juga. 


Bekas sudu. Kurang bersepah didalam beg makanan. 


Alas untuk tempat makan. Mudah dilipat, disimpan dan besar. 





Sabun basuh pinggan dan berus pun turut dibawa. Lebih terjamin lagi rasanya bila bawa sendiri :)..


Ini adalah plastik sampah. Lebih bagus sekiranya kita menjaga kebersihan tempat yang kita kunjungi. Boleh beli di DIY atau ECO Shop


Penyapu *optional


Cara susun atur beg di hotel /homestay. Nampak sangat kemas dan tersusun.


Ini adalah ampaian baju. Sediakan juga jika di hotel /homestay korang basuh baju. 


Periuk nasi travel. Beli di Shopee. Masak seperti konsep kukus. Kuantiti untuk satu pot beras maksimum.




Bagus sangat cara susun atur yang ditunjukkan ini. Barulah beg sentiasa kemas dan tidak berserabut. Apa yang penting barang-barang makanan tidaklah bercampur dengan barang-barang yang bersabun dan sebagainya.

Cara sebegini lebih mudah dan beg tidak bersepah. Jadi untuk para ibu diluar sana bolehlah gunakan tips ini untuk percutian yang seterusnya. Buat persediaan awal itu yang penting. Apa pun barang-barang untuk kecemasan ada dibawa bersama. 

Semoga bermanfaat!!





16 comments

  1. LH biasanya travel backpack aje. Satu lagi tips travel, kasut dan selipar dibalut dalam plastik dan gantung di luar beg untuk menyenangkan kita juga nanti. Btw, hanger tu fana beli di mana?

    ReplyDelete
  2. Info yang bermanfaat. Saya pun suka packing last minute. Pastu ada je yang tertinggal.

    ReplyDelete
  3. Rawlins pun sejenis sebegini. Susun siap2 dan siap ada travelling pouch yang Rawlins akan guna everytime travel. Senang nak susun.

    ReplyDelete
  4. Wow.. Thanks for sharing these awesome traveling tips.. Nak apply la bila packing for my next trip.. Senang and teratur...

    ReplyDelete
  5. Thanks for the tips. Lepas ni boleh praktikkan tips ni bila nak pergi travel kat mana mana

    ReplyDelete
  6. Sama lah za pun buat mcmni utk travel senang sikit dan nampak kemas.. Tapi periuk nasi tu takde la.. Hahhha

    ReplyDelete
  7. Wow very detailed indeed. My wife is the one who will be helping to organize our travelling needs and necessities. Based on this post, it is obvious that there are a lot to pack. :D

    ReplyDelete
  8. Wahh nice tips la sis... Mmg tgh cari idea untuk packing beg cmni... Sebab lama dh x travel dlm negeri... Kita jenis bkn kaki jalan.. Hihi.. Thanks share...

    ReplyDelete
  9. Sy pun akan susun ikut kategori tp x terperinci cmni lah. Janji kemas dan mudah cari kan.

    ReplyDelete
  10. Kemasnya tersusun. Suka tgk.. kalau packing kemas mcm ni senang nak cr brg nanti

    ReplyDelete
  11. Waahhh bagus lah kat sini ajar cara nak mengemas dan juga membawa barang ketika travel ni sangat mudah dan bagus jimat ruang dan tempat hehehe boleh cuba... Nak kemana kita ni...

    ReplyDelete
  12. iena nk travel bawa beg ikut destinasi juga. Kalau pergi dengan kawan-kawan naik public transport iena bawak backpack je then kasut gantung2 gantung kat beg..kalau pergi bercuti dengan family iena bawak lugage tu tapi sama la kene susun elok elok letak dalam pouch bag tu..KAlau travel overseas iena bawak lugage sebab iena kaki shopping..lugage yg besar gile iena bawak (^_~)

    ReplyDelete
  13. menarik pakcaging macam ni, kemas dan dapatlah muat banyak2 benda kan

    ReplyDelete
  14. Memang betul tu kena pandai pack bag hendaknya yg selalu gi travel, mesti da biasa dan tau apa yv nak bwk

    ReplyDelete
  15. singgah sini ^^Y

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete
  16. btw, saya tk nmpk button follow lak ^^"

    ReplyDelete