5/Korea/slider1

Pinterest

Jalan-Jalan Di Osaka | Tempozan Giant Ferris Wheel & Osaka Aquarium Kaikuyan | Travel |


Walaupun dah lama tak menjejakkan kaki ke Osaka tetapi kenangan masih terpahat dalam diri ini. Namun kita perlu akur dengan keadaan sekarang yang membataskan kita untuk bercuti seperti biasa. Macam Fana ni pun, teringin juga nak pulang ke kampung halaman bertemu keluarga. Tetapi apakan daya memikirkan keadaan yang tidak stabil lagi sekarang ini...


Tidak kira lah apa jua yang berlaku hidup mesti diteruskan. Sedikit sebanyak kita ambil dan jadikan ianya sebagai pengajaran. Inilah asam garam kehidupan...

"Hidup tak selalunya indah~

Langit tak selalu cerah~

Siang malam tak berbintang~

Itulah lukisan alam~ (ada yang nyanyi ke tu :P)


Dalam keadaan kita tak boleh bercuti ke luar negara ini, elok lah sekiranya kita dapat mengumpul sedikit wang untuk percutian yang akan datang (apabila dibenarkan). Sekurang-kurangnya tidak lah rasa terbeban untuk kita kumpul sekali harung bukan. Bak kata pepatah "sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit"...


Jangan cakap dengan orang Fana suruh korang kumpul duit semata-mata untuk cuti pula. Fana cuma cadangkan saja kalau korang ada perancangan ingin bercuti akan datang. Jika korang tidak merancang seperti sedemikian tidak apa lah kan. Chill :)...


Fana masih tak boleh move on lagi sebenarnya dengan Osaka ini. Kita ini dah lah pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Orang kata kalau tempat itu pertama kali datang memang akan ingat sampai bila-bila. Betul lah tu :P...


Related Post :- Japan travel Tips 


Semasa percutian di sana, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.. Fana pun tidak lah buat perancangan yang tepat kemana lokasi untuk dikunjungi. Orang kata main 'redah je'. Dan kedua-dua tempat ini pun Fana memang tak tahu berdekatan. Nasib baiklah tidak tersalah pilih..


Niat pada awalnya memang nak pergi Aquarium Kaikuyan ini sahaja. Tetapi tidak sangka pula ada ferris wheel yang berdekatan. Di situ Fana dah jimat masa. Lagipun pada hari tersebut memang tak banyak tempat ingin dikunjungi. Sebab Fana kalau bercuti lebih suka relaks dan tidak suka rushing. Jadual dah dibuat jadi tak pening kepala hendak manage masa.. 


Sebab itu lah Fana akan buat jadual kalau bercuti. Dan buat sedikit research lokasi. Mana tempat yang Fana rasa perlu Fana akan lebih banyak habiskan masa explore (google) tempat tu. Alah zaman sekarang ini semua sudah dihujung jari, cuma malas dan tidak malas sahaja nak buat kerja. Jadi alang-alang kita sudah sampai kita cubalah. Jangan buang masa!...


Related Post :- Cara Buat Itinerari


Aquarium Kaikuyan

Sebelum itu, kalau korang bercadang ingin ke aquarium ini lebih mudah kalau korang booking tiket secara online. Jika tidak ramai pengunjung korang bernasib baik lah. Tetapi lebih mudah, murah dan cepat. Fana kalau ke mana-mana memang akan booking menggunakan KLOOK. Sangat cekap! Booking secara online dan walk-in harga berbeza-beza. Malah online lebih murah dan banyak promosi.








Boleh klik disini>>>>>>KLOOK


Tempozan Giant Ferris Wheel

Ferris wheel ini sangat besar. Kalau korang jenis tidak takut pada ketinggian boleh mencubanya. Perjalanan satu pusingan mengambil masa hingga ke 10 minit. Boleh nampak USJ dengan jelas dari dalam gondola. Fana pun sangat bertuah semasa naik ini memang tidak ada orang. Macam yang Fana ceritakan tadi, disebabkan ferris wheel ini memang tidak tahu kewujudannya jadi tiket pun memang tak standby. Mujurlah kaunter tiket tidak ramai orang masa itu.

Sebenarnya di Osaka ini terdapat 4 jenis ferris wheel yang berbeza. Salah satunya yang Fana naik ini. Kalau yang jenis lain itu jauh dari lokasi famous. Tidak apalah, janji dapat merasa naik di Osaka pun sudah cukup :P..










Jadi Fana sarankan kalau korang yang memang ada perancangan ingin bercuti ke Osaka pergilah ke  dua-dua tempat ini dan booking tiket secara online. Caranya sangat mudah. Kalau tak faham English boleh alihkan kepada Bahasa Melayu. Fana sangat recommend KLOOK ini kepada korang semua..

SELAMAT BERCUTI :)...


No comments