5/Korea/slider1

Pinterest

Fakta Menarik Sepanjang Musim Luruh di Korea Selatan | Halloween Festival | Autumn | Fall season |


 

Wake me up when September ends ~


Apakah waktu yang terbaik untuk bercuti ke Korea? Ada orang tanya Fana. Susah lah nak jawab. Rasa macam semua musim adalah waktu terbaik kecuali musim panas. Hahaha. Tapi kali ini Fana sangat cadangkan pada korang semua datang lah pada musim luruh. Pemandangan di sini yang tidak akan kita dapat di negara sendiri.


Pada pertengahan bulan September ini cuaca sudah mulai sedikit berubah. Cuaca sedikit gelap dan mendung. Kadang-kadang hujan. Kalau cuaca cantik, matahari akan keluar menyinari bumi diikuti angin sepoi-sepoi bahasa. Sangat indah!!


Selepas musim panas/ summer season akan menyusul musim luruh/ fall season kemudian musim sejuk. Pada awalnya daun kuning-kekuningan dan kemudian bertukar merah. Cukup masa akan gugur ke bumi. Masa ini pekerja 'alam flora' sibuk mengerah keringat membersihkan 'sampah' di jalanan dan sekitar pejalan kaki. 


Fakta Menarik Sepanjang Musim Luruh/Autumn di Korea Selatan



#FESTIVAL/PESTA HALLOWEEN

Sinonim dengan musim luruh akan adanya festival Halloween. Acara yang sangat meriah sambutannya oleh penduduk di Korea Selatan. Menconteng muka serupa hantu/zombie adalah 'adat' pesta Halloween. Belum pernah lagi cuba. Belum buat pun dah macam hantu :P. Kalau korang nak rasai pengalaman sebegini datang lah ke Itaewon pada musim luruh atau di taman tema.


#PERUBAHAN WARNA DAUN

Bagaikan satu tema yang mewarnai seluruh Korea Selatan. Warna kuning dan merah di tepi-tepi jalan memukau pandangan. Nikmat apa lagi yang hendak Engkau dustakan. Nikmati lah sepuas- puasnya hidup ini. Sepanjang menaiki teksi/bus mulut tidak akan berhenti memuji kecantikan dunia ini.


Daun Maple yang popular dalam cerita Autumn In My Heart itu bersepah gugur di tepi-tepi jalan. Hanya dalam masa dua minggu penghujung bulan 10 warna daun akan nampak lebih menyerlah sebelum gugur. Lepas gugur, pokok akan togel tinggal ranting saja. Kalau di Japan daun ini digoreng dengan tepung tempura. Di Korea Fana masih belum jumpa. Kalau jumpa pun nak makan ke? Idok ler kome..


#PERUBAHAN CUACA

Musim luruh adalah permulaan bagi musim sejuk. Suhu juga sedikit turun sehingga 17 darjah celcius hingga 5 darjah celcius. Pola perubahan cuaca juga diikuti dengan kelembapan sedikit hujan. Pada awal musim luruh ini cuaca tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Matahari juga jarang keluar.


September, Oktober dan November adalah waktu dimana cuaca bertukar semakin sejuk dan kering.



#PAKAIAN

Cuaca sedikit sejuk. Outerwear seperti jacket atau coat adalah yang sesuai. Pakaian juga bergantung pada suhu setiap hari. Rutin Fana sebelum keluar rumah atau hendak ke mana -mana Fana akan cek suhu semasa. Supaya kita tidak tersilap cara pemakaian untuk keluar.



#HOT BEVERAGE

Perubahan cuaca juga mempengaruhi faktor pemakanan. Kalau nak dibandingkan dengan musim panas, Fana kurang gemar minum kopi atau coklat panas. Tetapi apabila tiba musim sejuk Fana akan automatik jadi suka. Sudah menjadi rutin setiap hari minum kopi. Sebab itu musim sejuk selera makan pun lain macam. Setiap masa akan lapar, lapar dan lapar. 


Selain minuman, gerai -gerai di tepi jalan yang menjual masakan panas juga akan turut beroperasi. Gerai - gerai ini hanya beroperasi pada musim sejuk sahaja. Apa yang dijual biasanya adalah oden, hotteok, jagung, ubi keledek bakar, roti telur dan lain- lain. Makanan ini lebih mudah didapati pada musim sejuk sahaja.


#HIKING

Pada musim luruh ini rakyat Korea Selatan kebiasaanya akan melakukan activity mendaki. Kerana cuaca pada masa ini lebih baik dan tidak panas. Activity macam ini memang sangat popular dalam kalangan warga emas dan muda remaja. Fakta sebenar mereka memang akan mendaki pada musim luruh dan musim panas sahaja :P.


AKHIR KATA

Musim luruh di Korea Selatan sangat cantik dan memukau pandangan. Tak puas menikmati musim luruh ini. Teringin nak rasai keunikan musim luruh di UK pula lepas ini. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Hiks :P.. Banyak lagi fakta-fakta sepanjang musim luruh ini. Nak tahu? Kena lah datang sini. Datang selepas covid sudah reda okay. Bye!!

No comments