Daun sup kalau ditambah dalam sup memang sedap. Ianya digunakan sebagai penambah aroma menyedapkan makanan. Kalau pergi ke pasar ini adalah 'benda wajib' dibeli. Tapi yang nak dipakai sedikit saja. Simpan di dalam peti lama-lama pun akan kecut dan buang. Rugi sangat. Harganya pun boleh tahan mahal kalau seikat. Daripada buang duit beli, lebih baik tanam sendiri di rumah. Lebih jimat dan bebas racun serangga.
Baca juga >> Cara Simpan Daun Sup
Tetapi bila nak mula menanam daun sup mesti tidak akan menjadi. Daun jadi layu dan kemudian mati. Terdapat 3 kaedah yang terbaik untuk menyemai daun sup ini yang korang boleh cuba. Boleh guna kaedah semaian tanah atau air. Mari kita tengok apa kaedah yang bersesuaian :-
credit : MingguanWanita & Keluarga
![]() |
sumber google |
Menyemai Daun Sup Dari Sisa Batang Menggunakan Air Sahaja
Cara-Cara:-
1# Potong Hujung Batang.
- Potong hujung batang dengan anggaran 2 ruas jari atau sekitar 5cm.
- Cucuk 3 pencungkil gigi atau lidi pada tepi batang supaya batang tidak tenggelam dalam. Cukup sekadar paras air mengenai hujung batang.
2# Tempatkan di dalam air.
- Guna botol atau bekas yang bersesuaian dengan size batang daun sup.
- Isikan air sekadar cukup untuk merendah 1 inci hujung akar. Tidak terlalu penuh dan tidak terlalu sedikit.
- Pastikan bekas daun sup terdedah kepada cahaya matahari dan tukar air setiap hari. Supaya air dan batang daun sup tidak membusuk.
3# Perhatikan pertumbuhan daun sup.
- Setelah beberapa hari daun kecil akan tumbuh.
- Dalam waktu satu minggu, batang daun kecil dan akar akan keluar sekitar pangkal.
- Apabila telah keluar sedikit akar boleh dipindahkan ke tanah supaya batang luarnya tidak membusuk akibat terendam air terlalu lama.
Semaian Menggunakan Biji Benih
Langkah-langkah:-
- Gunakan botol dadih atau bekas yang size kecil dan tebuk 5 lubang pada bahagian bawah bekas.
- Isi 1/2 cawan dengan cocopeat dan bahagian atas lapisan dengan peat moss. Boleh juga guna 100% peat moss.
- Taburkan biji benih agak-agak secubit di dalam bekas.
- Spray biji benih dan tanah sehingga basah atau lembap.
- Tuliskan tarikh pada bekas untuk kenal pasti tempoh pembesaran.
- Tempatkan bekas ditempat yang teduh dan tertutup.
- Selepas 24 hari biji benih di semai, akan kelihatan anak-anak daun.
![]() |
sumber google |
Tanam Semula Pokok Daun Sup Dari Induk Hasil Kaedah Pertama dan Kedua
Cara-Cara :-
- Pokok induk mesti sihat dan subur. Pilih batang daun sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih berwarna putih serta ada tunas kecil. (antara syarat wajib)
- Korek dan cabut perlahan-lahan. Syarat kena pastikan ada akar bersama anak pokok.
- Kemudian pindahkan batang ke dalam tanah semasa tunas masih segar dan membesar.
- Siram pokok sedikit demi sedikit dan tidak terlalu banjir. (banjir pokok cepat mati)
- Letak di tempat yang teduh selama 1-2 minggu supaya pokok benar-benar matang.
Senang saja kan cara nak tanam pokok daun sup ini. Tapi walaupun senang tidak semua akan hidup dengan baik. Jadi, bolehlah korang praktikkan kaedah yang diberikan di atas itu. Insya Allah boleh makan hasil berbulan-bulan tanpa membeli di kedai. Pilih saja kaedah yang mana nak cuba tanam pokok daun sup ini :)..
SELAMAT MENCUBA!!
No comments