5/Korea/slider1

Pinterest

8 Jenis Apps/Aplikasi Travel Yang Terbaik Untuk Yang Bercuti Ke Korea Selatan | Travel Tips & Hacks |

 

Seronok nya bercuti ke luar negara! Ayuh kita kemas beg (typical situation). Opss! Nanti dulu! Sebelum hendak memulakan perjalanan, anda sudah tahu ke macam mana flow perjalanan itu nanti?? Sudah buat persediaan?? Tahu ke macam mana nak ke tempat itu, mana nak tinggal, dimana lokasi kedai makan, tempat shopping yang menarik???? Mari Fana nak cerita sedikit, tapi baca sampai habis ya :P...


GOOD NEWS!!!

-New user Sign-Up with KLOOK use this discount code (IAFIRSTT3) with terms & conditions before 31 Dec 2020 - 


Siapa ada pengalaman pernah sesat semasa di luar negara ? Angkat tangan (if I could see :P). Mesti ada yang pernah bukan?.. Fana pernah sampai tak terkira. Bagi orang yang bergerak secara kumpulan, mungkin dia tidak pernah kot dapat  pengalaman sebegini. Semua beban itu atas kepala tour guide. Apa yang korang perlu buat hanyalah bangun tidur, tunggu arahan dan gerak. Fuhh senang :P..


Tidak mudah sebenarnya nak uruskan jadual perjalanan/itinerary ini. Kalau tak ada aplikasi/apps ini memang susah sangat. Jika dulu punya style kena tengok peta/map atau upah tour guide. Sebab nak senang. Map pula bukan sebesar A4, tapi 8 kali ganda dari size A4. Sangat menyusahkan. Boleh jadi gaduh juga kalau salah baca map.. Apatah lagi kalau bercuti di negara yang tidak fasih Bahasa Inggeris. 


Sebelum adanya apps sebegini Google adalah yang sering di guna pakai oleh pelancong untuk mencari sesuatu maklumat. Banyak maklumat yang perlu di tapis dahulu untuk dibuat perbandingan. Pening kepala. Macam-macam maklumat dan macam-macam alternatif..


Zaman kian berubah. Sekarang dah banyak sangat apps yang boleh kita gunakan. Apps ini lah yang dijadikan sebagai panduan sebelum memulakan perjalanan. Rasanya kalau tak ada apps macam ini mungkin agak sukar..


Psst :- Sesuai untuk yang baru hendak berjinak-jinak membuat itinerary..


Apps adalah salah satu sumber yang digunakan untuk melancong ke luar negara atau dalam negara. Ianya boleh membantu korang menjimatkan masa, wang & pening kepala :P.. Dengan adanya apps ini, ianya akan membuatkan anda seperti salah seorang penduduk tempatan. Betul atau tidak..? Seperti kita sudah tahu selok belok tempat tersebut..


>>Anyway! Here is my top list of apps you must download before going to travel :-especially South Korea :)..



8 Jenis Apps/Aplikasi Travel Yang Terbaik Untuk Yang Bercuti Ke Korea Selatan


Disclaimer;-This post contains affiliate links, meaning at no additional cost to you, if you click through and make purchase, I may earn small commission. Thank you for support. Learn more on my disclosure page


1. KAKAO MAPS

Rate: 4/5*


(In my situation) Okay selepas turun sahaja dari pesawat Fana akan ambil beg dan keluar. Sambil itu Fana nak Google untuk tahu mana arah dan apa jenis kenderaan untuk ke destinasi seterusnya. Sedang Fana nak Google tiba-tiba lambat reload dan perlu tunggu sedikit masa. Boleh jadi juga masalah 3rd party dalam telefon tidak boleh buat pertukaran data geografi di luar negara. Masalah lah kan..? Kita tak nak buang masa..

Kelebihan :-

  • Boleh digunakan secara offine/online
  • Memaparkan masa, harga dan lokasi setiap perhentian.
  • Sentiasa up-to-date.
  • Selain daripada harga yang ditawarkan, Kakao Map turut menyarankan pelbagai option sama ada berjalan kaki, menaiki kereta atau public transport untuk ke lokasi.


2. SUBWAY KOREA

Rate: 5*


Subway ini lebih kepada train bawah tanah. Apps ini juga sentiasa up-to-date. Dengan adanya apps ini sangat mudah. Yang penting kena faham dan tahu mana lokasi hendak dituju. apps ini juga terdapat dalam Bahasa Inggeris.

Kelebihan :-

  • Terdapat dalam Bahasa Inggeris.
  • Berfungsi secara offline/online.
  • Memaparkan harga dan masa perjalanan.
  • Setiap pertukaran train dipaparkan dengan sangat jelas dan tersedia cara.


3. CURRENCY EXCHANGE

Rate: 4.5*


Nama pun bercuti ke negara luar harus ada apps ini. Senang nak convert duit. Kalau yang tidak pandai guna pun boleh jadi pandai guna apps ini :P.. 

Kelebihan:-

  • Memaparkan pertukaran duit semasa.
  • Berfungsi secara offline/online.

4. KLOOK

Rate: 5*


Haa apps yang ini Fana sangat suka. Travel apps recommendation!! Apps yang sangat famous dalam kalangan traveler. Banyak kelebihan menggunakan apps Klook ini. Yang penting banyak promosi dan package yang berpatutan. Fana kerap juga guna apps Klook ini. 

Kelebihan:-

  • Menyediakan pelbagai package dan promosi yang berpatutan.
  • Menawarkan tempahan bilik, kereta sewa, rail ticket/passes, sim card/wifi, restaurant discount/reservation.
  • Free cancellation 24 hours.
  • Fully refund.

GOOD NEWS!!!

-New user Sign-Up with KLOOK use this discount code (IAFIRSTT3) with terms & conditions before 31 Dec 2020 - 


5. GOOGLE TRANSLATE APP

Rate: 4.5*


Jika korang bercuti ke Korea Selatan mungkin agak sukar untuk faham apa yang mereka cakap. Malah mereka juga tidak begitu fasih untuk bercakap Bahasa Inggeris. Jadi, Google Translate app ini adalah idea yang terbaik. Setiap bahasa perlu di-download dahulu untuk penggunaan semasa offline.

Kelebihan:-

  • Boleh menukar sehingga 80 jenis bahasa.
  • Boleh menukar bahasa melalui suara, menulis, video dan gambar.
  • Berkesan juga digunakan semasa offline.


6. MUSLIM PRO

Rate: 5*


Sebagai seorang muslim ini adalah antara apps yang sangat berguna dan perlu ada di dalam telefon. Bukan sahaja di download semasa travel. Berada di negara yang majority-nya bukan umat Islam adalah suatu perkara yang sangat sukar untuk mengetahui waktu-waktu solat.

Kelebihan:-

  • Memaparkan waktu-waktu solat.
  • Menyediakan penunjuk arah kiblat dan Al-Quran.
  • Apps yang menyediakan lokasi makanan halal dan masjid.
  • Terdapat pelbagai jenis doa-doa dalam pelbagai kategori.


7. AGODA HOTELS

Rate: 4.5*


Untuk mendapatkan pengalaman yang terbaik sepanjang travel di Korea Selatan adalah membuat tempahan bilik yang tepat. Mencari tempahan bilik yang terbaik adalah tinggal di lokasi yang terbaik dengan Agoda Hotels. Ingin berada -middle of the action-, tinggallah berdekatan Myeong-dong

Kelebihan:-

  • Menawarkan pelbagai jenis bilik bertaraf 1 bintang sehingga 5 bintang.
  • Membuat perbandingan harga dan jenis-jenis bilik yang dikehendaki.


8. VISIT KOREA

Rate: 3*


Kelebihan:-

  • Apps yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum melakukan  activity kerana informasi lengkap dengan pilihan subway, maklumat lokasi pelancongan, masa operasi dan lain-lain.
  • Apps ini juga terdapat dalam Bahasa Inggeris.




Semoga article ini memberi manfaat kepada semua yang bakal bercuti ke mana-mana negara terutama sekali ke Korea Selatan :).. Jangan lupa share info ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang tersayang..


Bagaimana dengan yang pernah bercuti ke Korea Selatan? Mesti masing-masing ada apps travel yang terbaik selain yang dinyatakan di atas ini. Walau apa pun apps yang digunakan ianya adalah untuk satu tujuan yang sama juga. Have fun and stay safe!!


No comments