5/Korea/slider1

Pinterest

7 Kelebihan Public Transport di Korea Selatan Yang Orang Tidak Tahu | Fana Halim Experience in South Korea | Benefits of Public Transport in South Korea |

Bloomy Friday.. 

Harini cuaca tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Alhamdulillah. Dalam beberapa minggu sahaja lagi cuaca panas akan berakhir. Ini adalah petanda untuk shopping! Hahahaha. Selepas musim panas musim luruh akan menyusul dan diikuti musim sejuk. Selepas ini pakaian yang musim panas pun akan disimpan. Tak sabar rasanya!.


Bercakap mengenai cuaca, di sini cuacanya tidak menentu. Fana rasa musim panas yang memang sangat panas cuma dapat dirasai dalam beberapa minggu sahaja. Berbeza dengan tahun lepas. Lega juga jika cuaca panas tidak berpanjangan. Kepanasan di sini sangat lah panas dan lembab. Badan pun mudah berpeluh. Walaupun baru selesai mandi badan akan merembeskan keringat di setiap pergerakan..


Eh kita bukan nak bercerita mengenai cuaca pun. Fana cuma nak bercerita mengenai public transport di Korea Selatan. Seperti sedia maklum public transport di Korea ini sangat cekap dan ber-sistematik. Kalau tidak percaya korang tanya lah pada sesiapa yang pernah datang bercuti di sini. Pasti ramai memujinya..


Public transport di Korea Selatan ini sangat sinonim dalam kalangan penduduk tempatan mahupun penduduk luar. Mudah dan menepati masa. Sepanjang menjalani kehidupan di sini Fana adalah pengguna setia public transport mereka. Tidak perlu pening kepala nak beli kereta atau motor..


Untungnya Fana, di tempat tinggal sangat mudah mendapatkannya. Bus dan train ada berdekatan dengan rumah.  


Baca disini juga -> Pengalaman Tinggal di Korea Selatan


Fanahalim


Kelebihan Public Transport di Korea:-


1# Ketepatan masa

Disini Fana menggunakan aplikasi Kakao Map untuk memeriksa waktu perjalanan dan lokasi. Waktu yang dipaparkan adalah sama dengan waktu bus/train sampai. Jadi dengan menggunakan Kakao Map ini Fana boleh tahu jarak dan masa sampai ke lokasi.


Kakao Map


2#Bersih dan terjaga

Apa yang Fana perhatikan, tidak kira bus/train kebersihannya boleh dikatakan superb! Jarang dan tidak pernah nampak sebarang sampah di dalam public transport mereka. 


3#Mesra OKU

Korea Selatan sangat memberi perhatian kepada golongan ini. Bahkan di setiap pejalan kaki turut disediakan laluan (buta/wheelchair) untuk golongan OKU. Jika di setiap perhentian train ada disediakan lift khas. Apa yang paling respect dengan orang Korea ini, walaupun tempat duduk OKU itu kosong mereka akan tetap biarkan ianya kosong. Mereka lebih memberi perhatian kepada golongan ini.


4#Bercakap perlahan

Perkara sebegini sama seperti di Jepun. Penumpang lebih banyak berdiam dan bercakap dengan perlahan-lahan. Mereka sangat menghormati penumpang-penumpang yang lain. Macam biasa mereka lebih suka pakai earphone dan buat hal masing-masing.


5#Transit kad

Transit kad ada dijual di setiap convenient store. Hanya dengan satu kad sahaja boleh diguna pakai untuk semua public transport termasuk teksi. Tetapi untuk makluman:- transit kad ini hanya boleh recharge/top-up dengan menggunakan cash sahaja. Kad kredit/debit tidak akan dilayan. I dont know why.


6#Makanan/minuman

Mungkin sebab itulah public transport mereka bersih. Makanan dan minuman yang berbau juga akan membuatkan penumpang kurang selesa. Apatah lagi makan di dalam bus/train mereka. Penumpang di sini sangat memberi kerjasama.


7#Sentiasa beratur

Bagi Fana ini adalah perkara baru sebab di negara sendiri pun tidak pernah buat. Orang Korea sangat berdisiplin. Dengan adanya sistem sebegini keadaan lebih nampak teratur dan selamat. Sila beratur semasa korang menggunakan public transport.



Kelebihan-kelebihan di atas adalah daripada pemerhatian Fana sendiri semasa berada di Korea Selatan. Budaya dan peradaban masyarakat di Korea Selatan sangat tinggi. Cumanya mereka ini lebih suka buat hal masing-masing. 


Tetapi mereka tidaklah sombong seperti yang disangkakan. Sangat membantu bila diperlukan. Ada ke yang bercadang nak bercuti ke Korea Selatan akan datang ?? Jangan lupa buat persediaan yang lengkap kalau nak bercuti ke Korea Selatan okay :).. 


Baca disini juga  ->> Persediaan Membuat Jadual Perjalanan Bercuti

No comments