5/Korea/slider1

Pinterest

5 Kebaikan Pokok Lidah Mertua atau Snake Plant Jika Ditanam di Dalam Rumah Yang Ramai Orang Tak Tahu | Snake Plant |


Pokok Lidah Mertua atau 'Snake Plant' adalah antara pokok yang sering ditemui di tanam di dalam rumah kebanyakkan penduduk di Malaysia. Selain ditempatkan di ruang tamu, ada juga yang meletakkan pokok ini di dalam bilik air dan ruang beradu.


Sesuai pada musim pandemik sekarang ianya dijadikan sebagai langkah pencegahan dari udara-udara yang tidak baik. Tanaman ini juga kian meningkat popular dalam kalangan suri rumah. Sepertinya sudah menjadi tanaman yang wajib ada di dalam rumah.



Menurut Balcony Garden, Pokok Lidah Mertua ini mempunyai 7 manfaat yang tersendiri dan antaranya ialah :-


1# Pembekal oksigen yang baik.



Pokok ini telah dibuat kajian oleh penyelidik dari Universiti Harvard. Dan mereka menyatakan pokok ini adalah pembekal oksigen yang baik.

Selain Pokok Lidah Mertua ini, pokok lain yang turut membekalkan oksigen dengan baik adalah pokok Ficus dan Pothos.


Boleh baca juga ->> Tanaman Pothos


2# Dekorasi yang cantik



Oleh kerana bentuknya yang unik dan daun yang berdiri tegak dan keras, ianya sesuai dijadikan sebagai dekorasi di dalam rumah. Warna campuran kuning dan hijaunya memberikan daya tarikan yang tersendiri. 

Walau di mana ia berada sekalipun, samada di ruang tamu atau ruang beradu ia mampu memberikan suasana yang menarik dan juga mood yang baik untuk dipandang.


3# Menyegarkan udara

Pokok Lidah Mertua ini dikatakan mampu bertindak sebagai pembersih udara di dalam rumah dengan baik. Selain karbon monoksida, gas-gas berbahaya yang boleh disingkirkan oleh pokok ini termasuklah benzene, formaldehyde, xylene, dan toluene.



Fakta ini disokong oleh ramai pakar kesihatan yang mana menyatakan gas-gas toksik berkenaan adalah salah satu punca kanser kepada manusia.


4# Efektif melawan alahan

Pokok Lidah Mertua ini merupakan pembekal oksigen yang baik dan boleh mengurangkan gas-gas berbahaya dalam udara. Ternyata punca-punca alahan juga berpunca daripada udara tersebut juga. 



Walaupun di dalam rumah anda terdapat pembersih udara, menanam pokok seperti Pokok Lidah Mertua ini juga sebenarnya turut membantu.


5# Pengurusan yang mudah

Ramai yang tidak tahu kos penjagaan Pokok Lidah Mertua ini sangat lah rendah. Ianya dikatakan boleh hidup dengan baik dibawah pancaran matahari , di dalam ruang gelap atau juga ketika kekurangan air.



Walaupun Pokok Lidah Mertua ini ditinggalkan tanpa siraman selama 7 hari, ianya masih bertahan hidup. Ini kerana kandungan air yang terdapat pada setiap batang daunnya mampu membuatkannya bertahan lama.




Apa kata anda?? Berbaloi atau tidak tanaman seperti ini berada di dalam rumah?? Seperti yang dinyatakan di atas, kos penjagaan sangatlah rendah. Malahan cara penjagaannya tidak terlalu rumit dan memerlukan masa yang lama. 


Jadi tidak salah rasanya jika anda turut menanam Pokok Lidah Mertua ini. Ianya sesuai dijadikan tanaman di kawasan rumah anda :)..


credit : BalconyGarden





No comments