Beep~ Beep~ (Bunyi mesej masuk)
RM0 Anda (xxxxxx-xx-xxxx) TIDAK LULUS Bantuan Sara Hidup 2020.
Terkejut kita dapat mesej macam ni. Bila cek kelayakan hmm memang patut lah tak dapat pun. Sedih kan. Siapa yang lulus tu tahniah ya. Tapi nampak harini macam ramai juga yang tak lulus.
Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020
Bantuan sara hidup atau BSH dulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia iaitu BR1M. Bantuan kewangan ini telah dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan beban golongan B40. Justeru itu, BSH kali ini lebih tertumpu kepada golongan B40 dan saiz isi rumah. BSH juga merupakan salah satu langkah perlaksanaan dalam usaha kerajaan menjamin kebajikan dan kualiti kehidupan rakyat.
Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan bahawa Bantuan Sara Hidup kini dibuka kepada golongan bujang dan keluarga di seluruh Malaysia. Bayaran Bantuan Sara Hidup ini diterima secara one time-off daripada pihak kerajaan bagi mereka yang layak menerima skin BSH tersebut.
Status kelulusan semakan Bantuan Sara Hidup akan mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi syarat kelayakan seperti maklumat pendapatan isi rumah dari agensi-agensi terlibat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Agensi Yang Terlibat Dalam Proses Verifikasi Kelayakan BSH 2020
Setiap permohonan akan melalui proses verifikasi atau semakan kelayakan BSH bagi mendaatkan BSH 2020 melalui data di beberapa agensi seperti berikut :
- Pengenalan Diri : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Pendapatan : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Bendahari Negeri-negeri di Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (termasuk Polis diraja Malaysia (PDRM))
- Status Perkahwinan : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Orang Kurang Upaya (OKU) : Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Perkongsian Liabiliti Terhad : Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Pemilik Kenderaan : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Menetap di Luar Negara/Bekerja : Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
- Anak yang masih belajar : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA)
**Pemohon yang memberikan maklumat palsu akan dikenakan tindakan dan boleh didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh disabitkan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda serta disenarai hitam daripada menerima BSH.
Untuk membuat permohonan, sila layari:
Anda disarankan untuk melayari laman web berkenaan pada waktu 4:00am - 7:30am (bukan waktu puncak)
Tarikh Pembayaran Bantuan Sara hidup Fasa 3
Bantuan baki BSH Fasa 3 akan mula dilakukan pada Julai 2020 berdasarkan notis yang telah dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di laman Facebook mereka.
Langkah Membuat Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup
Sekiranya tidak lulus/gagal dalam permohonan, pemohon haruslah membuat rayuan secara atas talian dengan mengikuti pautan yang disediakan seperti di bawah atau hadir ke mana-mana cawangan LHDNM berhampiran kawasan pemohon.
https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan status BSH atau rayuan secara atas talian, mohon rujuk cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang berdekatan dan bawa sekali dokumen penting seperti salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
Pemohon atau penerima yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Hotline Bantuan Sara Hidup Rakyat di talian bebas tol 1800-88-2747 (LHDNM) atau Hotline MOF di talian 03-8882-4565/4566 (Kementerian Kewangan)
Bayaran BSH akan mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mengikut tarikh yang telah dimaklumkan kerajaan untuk setiap pemohon/kemaskini yang telah lulus dan berjaya.
Bilakah Pembayran BSH Fasa 3 Akan Dikreditkan?
Pembayaran akan dilakukan pada bulan Julai 2020 sekali dengan RM100 tambahan.
Cara Semakan BSH Online
Sila klik pautan yang telah disediakan seperti di bawah :
https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
Kalau dah terima BPN, Masih Layak Dapat BSH atau Tidak ?
Ya masih dapat tetapi mengikut kelayakan yang sepatutnya :)
Apakah Maksud "Gagal Kredit" ?
Bagi pemohon sebegini, baaran Bantuan Sara Hidup penerima hendaklah ditunaikan di Kaunter BSN. Jika penerima tidak mendapat Surat Makluman tersebut, proses tunai tersebut boleh dilakuka dengan membawa MyKad/Kad Pengenalan ke cawangan BSN terdekat setelah Maklumat No Baucer dipaparkan pada Maklumat Pembayaran.
Apakah Nombor yang Boleh Dihubungi untuk Maklumat Bantuan ?
Boleh menghubungi di talian hotline 1-800-88-2747
references : Bantuan Sara Hidup(BSH)
No comments