Semenjak dua menjak ini memang banyak sangat ternampak orang kongsikan resepi buat roti korean garlic cheese ini. Ada yang kreatif guna roti burger, ada yang guna roti sosej. Tak terfikir pun sampai nak guna roti burger dan roti sosej ini.
KOREAN GARLIC CHEESE BREAD
Famous dah roti ini. Rasanya baru sebulan yang lepas ternampak di random video. Nampak pun sangat menggiurkan. Tengok pun semasa perut sedang lapar, jadinya memang teringin lah kan.
Perkongsian resepi ini Fana dapat di Facebook Puan Salbiah Bt Mustapar. Orang ini lah yang buat roti korean garlic cheese dengan menggunakan roti burger itu.
Resepi Korean Garlic Cheese Bread Menggunakan Roti Burger
Bahan-Bahan :-
Bahan A *mix semua bahan hingga sebati
- Cream cheese 250 gram. (guna Tartura - atau jenama lain pun boleh)
- Gula aising 40 gram.
- Whipping cream 30 gram.
Bahan B *Gaulkan semua bahan hingga sebati
- 1 biji labu bawang putih dicincang halus,
- 150 gram butter.
- 3 biji telur.
- 1 sudu besar gula halus.
- 1 sudu oregano / secukupnya.
Bahan C
- Roti burger yang tiada bijan.
Cara-Cara :-
- Sediakan Bahan A dan Bahan B.
- Belahkan roti burger kepada 4 belahan.
- Isikan cream cheese disetiap belahan dan ditengah roti.
- Celupkan roti ke dalam Bahan B
- Kemudian bakar roti di dalam oven selama 20 minit pada suhu 160 celcius.
- Kemudian siap!
Resepi ini sangat mudah kalau dengan menggunakan roti burger / roti sosej dan lembut. Kalau tidak menggunakan roti burger ini step pertama kena lah buat roti bun dahulu. Jadi selepas ini korang tak perlu lagi risau dan boleh buat Korean Garlic Cheese ini dengan menggunakan roti burger saja. Roti ini sedap dimakan semasa masih panas. Selamat mencuba!
credit : FB Salbiah Bt Mustapar
No comments