Setiap tangga mempunyai tahap kecuraman yang berbeza. Pada peringkat awalnya tangga sedikit curam dan penat sedikit. Selepas beberapa langkah korang akan menjumpai kawasan yang landai untuk berehat. Yang penting jangan biarkan perut kosong semasa mendaki.
Bukit Panorama Pahang, Sungai Lembing Kuantan
Kalau korang datang hujung minggu ke sini memang ramai. Bukit Panorama ini sudah menjadi salah satu daya tarikan tempat beriadah terutama bagi ahli keluarga pada waktu hujung minggu. Fana datang masa ini pun dah lewat sangat dalam 7:30 pagi. Tidak dapat lah hendak tengok awan kepal - kepal itu.
Cara-cara untuk ke Bukit Panorama
Dari Kuantan
- 30 minit - 45 minit melalui jalan Sungai Lembing
Dari Kuala Lumpur
- 3 jam - 4 jam melalui Lebuhraya Pantai Timur
Waktu yang sesuai beriadah di Bukit Panorama?
Orang kata kalau hendak tengok pemandangan yang cantik harus datang selepas subuh. Masa itu cuaca pun tidak panas dan tidak sejuk sangat. Ketinggian Bukit Panorama hanya 271 meter. Lagi tinggi dari Batu Caves (125 meter) dan lebih rendah daripada Bukit Broga (400 meter).
Kalau korang biasa melakukan senaman mungkin 30 minit sudah cukup untuk korang sampai ke puncak tanpa berhenti. Anggaran untuk yang pertama kali mendaki Bukit Panorama ini lebih kurang 40 minit-60 minit (jika banyak berhenti).
Bagi yang pertama kali mendaki jangan risau, trail bertangga ada disediakan sepanjang pendakian. Setiap tingkat pendakian juga disediakan tempat untuk berhenti rehat. Laluan sepanjang pendakian juga terdapat pemegang besi untuk menyokong sepanjang pendakian.
Pemandangan Bukit Panorama
Pemandangan dari atas Bukit Panorama yang sangat cantik dan menenangkan. Dapat tengok seawal pagi lagi cantik bersama awan kepal-kepal nya. Bagi yang merancang ingin mendaki Bukit Panorama Fana ucapkan SELAMAT DATANG :)
cantiknyaaa view dari peak. lama tak hikinh. bolrh masuk list mi
ReplyDeleteCantiknya your pictures. Nasib la jauh - kalau dekat mesti kengkawan Rawlins dah pergi ke sana.
ReplyDeleteNot bad tempat ni Pernah ke sini ms zaman belajar dulu.. bestkan still tenang kat sini
ReplyDeleteSerius lawa sangat pemndangan dia.. Memang pergi pagi syok sikot.. Haishh lama tak mendaki semua ni
ReplyDeleteBelum sampai ke sini lagi al maklimlah klu perjalanan dari kl sampai 3 jam ntah bila la akan jejak haha... apa pun nampak menarik tempat ni.
ReplyDeleteUtk kaki² fotographer mmg suka tmpt mcm ni.. mendaki sblm terbit matahari utk shoot matahari terbit
DeleteVery nice view from there. best to go in early morning to catch sun rise
ReplyDeletecantiknya tempat ni. belum sempat lagi nak ke sungai lembing. btw edit gambar pakai apps apa ya? nampak cantik sgt :)
ReplyDeleteCantiknya pemandangan kat sini. Tak pernah lagi sampai kat bukit panorama ni. Tapi nampak dalam gambar ni nampak tenang je tempatnya
ReplyDeleteWah indah juga tempat ni, a few friends of mina also just went there recently.
ReplyDeleteCantiknya view dari atas puncaknya.. lawa sangat pic yang diambil.. nnti kalu ke pahang, nak singgah juga la di sini..
ReplyDeleteReally breathtaking. I have been wanting to visit this place for such a long time. Hopefully I can plan a trip there soon.
ReplyDelete