5/Korea/slider1

Pinterest

Hari Raya Aidiladha dalam norma baharu mengikut garis panduan yang ditetapkan | Garis Panduan Ibadah Korban PKPP |

Hari ini bertarikh 31 Julai 2020 bersamaan : 10 Dhulhijjah 1441 H berlangsungnya Hari Raya Aidiladha. Tahun ini sambutan hari raya jatuh pada hari Jumaat. Alhamdulillah..



Tidak seperti tahun tahun sebelum, ibadah korban dilakukan seperti biasa. Akibat daripada jangkitan virus Covid-19 ni pihak kerajaan menghadkan aktiviti ibadah korban untuk setiap tempat bagi menjamin keselamatan orang ramai. Itulah norma baharu tahun 2020.

Bagi yang mengerjakan ibadah Haji pada tahun ini, terpaksa ditangguhkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Cuma yang tinggal berdekatan tanah arab saja yang dibenarkan mengerjakan ibadah Haji. Pada tahun ini juga ibadah korban tidak dibenarkan bersesak -sesak. Hanya yang terlibat sahaja yang dibenarkan.

Oleh itu pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menghadkan dan mengeluarkan garis -garis panduan untuk yang terlibat mengerjakan ibadah korban tersebut :- 


Garis Panduan Ibadah Korban Tempoh PKPP


  • Menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi Masjid dan Surau termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri -Negeri.
  • Digalakkan melakukan di rumah penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan.
  • Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban mengikut 20 orang untuk setiap ekor haiwan.
  • Jamuan makan di tapak korban adalah tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkuskan.
  • Waktu ibadah korban diadakan selama 4 hari termasuk Hari Raya Aidiladha ,selepas solat Sunat Aidiladha dan 3 hari Tasyrik.
  • Mengambil kira Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat, ibadah korban digalakkan dilakukan pada hari kedua, ketiga dan keempat.
  • Bagi jamuan di rumah, TIDAK BOLEH melebihi 20 orang pada satu masa.
  • Individu yang masih dalam quarantine DILARANG untuk keluar dari rumah apatah lagi pulang ke kampung atau menunaikan Solat Sunat Aidiladha dan menerima tetamu.
  • Individu yang memakai wristband kuarantin melanggar peraturan yang ditetapkan, orang ramai diminta melaporkan kepada PDRM.
  • Elakkan 3S :-
    • Sesak
    • Sempit
    • Sembang dekat
  • Amalkan 3W :-
    • Wash (cuci)
    • Wear (pakai)
    • Warn (amaran)

**Bermula 1 Ogos ini Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan wajib memakai mask jika berada di luar rumah dan ditempat -tempat awam. Diharapkan orang ramai mematuhi arahan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 



2 comments