Kecur air liur rasanya nak kongsikan resepi ini. Dengar sahaja perkataan colek mesti terlintas di dalam fikiran ini colek mempelam. Macam Fana sendiri pun memang gemar sangat makan colek ni. Apatah lagi kalau makan dengan mempelam. Tidak kisah lah apa sahaja jenis colek sama ada colek kering atau pun yang berkuah.
Colek kering ini senang sahaja nak buat rupanya. Tidak perlu lagi beli di kedai. Boleh buat sendiri sahaja di rumah. Bahan-bahan pun yang mudah didapati dan boleh ubah tahap kepedasan mengikut citarasa masing masing. Bagi sesiapa yang suka makan pedas boleh lah tambah cili lebih untuk rasa yang lebih 'menyegat'. Rasanya berapa kali telan air liur dah ini semasa menaip. Hahahaha. Jom Kita tengok macam mana cara-cara nak buat serbuk colek kering ini daripada Resepi Orang Kampung
Bahan-Bahan Serbuk Colek Kering:-
- Cili kering (10 tangkai)
- Belacan (2 inci)
- Udang kering (1cawan)
- Gula (1 1/2 cawan)
Cara-cara membuatnya:-
- Potong cili kering dan cuci bersih. Tos bahan sehingga kering.
- Kemudian goreng kesemua bahan kecuali gula. Goreng bahan tanpa minyak (sangai) sampai cili, belacan dan udang garing.
- Setelah sangai sejukkan bahan terlebih dahulu sehingga betul betul sejuk dan dikisarkan bersama gula.
- Gambaran setelah bahan siap di kisar. Serbuk ini tanpa garam sebab udang dan belacan sudah cukup masin.
 |
@resepiorangkampung |
- Serbuk colek sudah siap! Simpan di dalam balang atau botol kedap udara. Boleh dimakan dengan pelbagai aneka jenis buah buahan. Paling sedap dimakan bersama mempelam masam / mangga.
 |
@resepiorangkampung |
 |
@resepiorangkampung |
Senang kan bahan- bahan nak buat serbuk colek ini. Bahan-bahannya pun memang dah ada di dapur. Kalau buat sendiri ini dapatlah makan puas-puas, lagi sedap kalau pedas. Di rumah Fana ada pokok mempelam. Sambil-sambil itu boleh simpan stok sementara tunggu pokok mempelam berbuah.
Selamat mencuba!
Credit : Resepiorangkampung
No comments