5/Korea/slider1

Pinterest

Aneka Resepi Kerang | Menu Kerang | Resepi Kerang |

Resepi kerang dijadikan sebagai sajian hidangan seperti rendang dan ianya juga dimasukkan sebagai perencah utama untuk masakan kuew teow kerang. Selain itu, sambal kerang juga pasti enak dinikmati bersama nasi lemak. Resepi kerang ini pelbagai, jom kita tengok.. 


Definisi Kerang

Kerang adalah sejenis haiwan yang bercengkerang yang boleh dimakan. Kebiasaaanya di negara kita ianya dimakan secara rebus atau dibakar. Kerang sangat mudah didapati dan harga yang tidak terlalu mahal. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. 

Hidupan ini hidup di kawasan pantai berlumpur kerana ia sesuai dengan sifatnya dan mudah membiak dengan pantas. 

Khasiat Kerang

Kerang dimakan kerana khasiat dan nutrisi seperti protein dan zat mineral yang terkandung di dalamnya.

ANEKA RESEPI KERANG

Memang banyak resepi kerang dan ia terpulang kepada penggemarnya. Jika ianya direbus sahaja, sudah pasti perlu ada sambal kicap untuk dimakan bersama. 

Kerang perlu dimasak dahulu sebelum dimakan isinya yang lembut dan sedap samada kerang tersebut direbus, dibakar atau dimasak bersama cili dan bawang. Isi kerang akan dikopek dan ditanggalkan dari cengkerang keras yang melindunginya. 


1# KERANG THAI STYLE PEDAS MASAM


sumber resepiorangkampung

Bahan-bahan :-
  1. 10 biji cili padi merah. (ditumbuk halus)
  2. 5 biji limau nipis. (diperah)
  3. 5 biji bawang putih. (dicincang halus)
  4. 2 sudu gula pasir.
  5. 1 biji tomato. (dibuang biji dan dipotong dadu)
  6. Timun kecil. (dipotong 2)
  7. 1 sudu kecil ajinomoto
Cara-cara penyediaan :-
  1. Rebuskan kerang sehingga masak dan dibuangkan kulit sebelah. (elakkan separuh masak)
  2. Susunkan kerang yang telah direbus diatas pinggan.
  3. Campurkan kesemua bahan sos diatas kerang dan siap. 

2# KERANG MASAK KAM HEONG


sumber resepiorangkampung

Bahan-bahan :-
  1. 500 gram kerang. (direbus dan dikopek sebelah)
  2. 5 ulas bawang putih. (ditumbuk)
  3. 5 ulas bawang merah. (ditumbuk)
  4. 2 tangkai daun kari.
  5. 8 biji cili padi. (diketuk)
  6. 2 sudu besar udang kering. (direndam dan ditumbuk)
  7. Minyak untuk menumis.

Bahan kuah (bancuh semua bahan)
  1. 2 sudu besar serbuk kari.
  2. 2 sudu besar sos tiram.
  3. 1 sudu besar kicap pekat.
  4. 1 sudu besar kicap cair.
  5. Garam & air secukupnya.

Cara penyediaan :-
  1. Panaskan minyak, tumis daun kari, cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang kering yang ditumbuk halus. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan kuah (rempah kari, sos tiram dan kicap). Kacau rata dan sebati. 
  4. Kemudian masukkan kerang, masukkan air (jangan banyak sangat air, cair sangat tak sedap).
  5. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!

3# SAMBAL KERANG CILI PADI


sumber resepiorangkampung

Bahan-bahan:-
  1. 2 KG kerang direbus dan asingkan isinya.
  2. 10 ulas bawang merah.*
  3. 5 ulas bawang putih.*
  4. Segenggam cili padi.*
  5. 4 biji lada hidup.*
  6. 1 inci kunyit hidup.*
  7. 2 keping asam gelugor.
  8. Minyak untuk menumis.
  9. Garam dan perasa.
  10. 1 biji bawang besar dihiris.

Cara penyediaan :-
  • Isi kerang digaul kunyit dan garam. Gorengkan separuh masak dan toskan.
  • Kisarkan semua bahan yang bertanda *.
  • Tumiskan bahan kisar tadi, campurkan asam keping dan perasakan.
  • Tumis sehingga garing, masukkan kerang tadi dan hirisan bawang besar. Gaul rata dan siap!

4# AIR ASAM KERANG


sumber resepiorangkampung

Bahan-bahan :-
  1. Air asam.
  2. 3 biji bawang merah.
  3. 1 biji tomato dihiris.
  4. 4 biji cili padi dihiris.
  5. 1 sudu kecil belacan.
  6. Gula secukup rasa.
  7. Daun ketumbar.
Cara penyediaan :-
  • Rebus kerang dahulu dan letakkan serai, bawang dan garam sedikit.
  • Gaulkan kerang yang sudah direbus bersama air asm. Siap!

5# RENDANG KERANG HIJAU


sumber resepiorangkampung

Bahan-bahan :-
  1. 2 KG kerang. (rebus dan buang kulit)
  2. 5 biji bawang kecil.*
  3. 5 ulas bawang putih.*
  4. 2 batang serai.*
  5. 2 inci lengkuas.*
  6. 1 inci halia.*
  7. 5 biji cili hijau.*
  8. 15-20 biji cili api hijau.* (bergantung pada tahap kepedasan yang diinginkan)
  9. 1 sudu kecil serbuk kunyit @ 1 inci kunyit hidup.
  10. 1 cawan santan pekat.
  11. 1/2 cawan kerisek.
  12. 1 helai daun kunyit.
  13. Garam.
  14. Gula.
  15. Serbuk perisa. (ikut selera sendiri)

Cara penyediaan :-
  • Kisarkan bahan yang bertanda *
  • Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi.
  • Masukkan kerang, kerisek, santan dan kacau sehingga hampir kering.
  • Masukkan daun kunyit, garam, gula dan perisa. Kacau sehingga sebati dan perasakan.

6# KERANG REBUS


sumber resepiorangkampung

Bahan-bahan :-
  1. 1 KG kerang. (telah dicuci)
  2. 1 biji bawang merah besar. (dihiris)
  3. 2 batang serai (ketuk)
  4. 1 batang cili merah. (hiris)
  5. Sedikit halia.
  6. Garam secukupnya.

Cara penyediaan :-
  • Rebuskan kerang bersama semua bahan sehingga kerang terbuka.
  • Simple dan sedap. Siap!

7# GULAI KERANG TUMIS DARAT


sumber google

Bahan-bahan :-
  1. Rempah kari.
  2. 3 biji bawang merah. (kisar)
  3. 2 ilas bawang putih. (kisar)
  4. Santan.
  5. Kerang.
  6. Garam.
  7. Ajinomoto.
Bahan tumis darat :-
  1. 2 biji bawang merah. (hiris)
  2. 2 ulas bawang ptuih. (hiris)
  3. Daun kari.
  4. Halbal campur.

Cara penyediaan :-
  • Masakkan rempah dengan air tanpa minyak. Masukkan bawang merah dan putih yang dikisar dan biarkan sehingga rempah masak.
  • Masukkan kerang dan santan. Biarkan kerang masak terlebih dahulu.
  • Masukkan garam dan secukup rasa atau ajinomoto. Biarkan mendidih.
  • Kemudian sekali masukkan nenas dan tutup api
  • Akhir sekali masukkan bahan tumis darat.
  • Dah siap!

8# MASAK LEMAK BUNCIS DAN KERANG


sumber google


Bahan-bahan :- 
  1. 3 KG kerang 
  2. 200 gram kacang buncis (dipotong serong)
  3. 2 cawan pekat santan.
  4. 1 keping asam keping.
  5. Garam secukupnya.
Bahan-bahan tumbuk :-
  1. 8 biji cili api
  2. 1 inci kunyit hidup.

Cara penyedian :-
  • Masukkan semua santan, bahan yang ditumbuk, asam keping ke dalam periuk.
  • Masak sehingga kuah mendidih.
  • Kemudian masukkan kacang buncis, garam dan kerang.
  • Sentiasa kacau kuah supaya santan tidak pecah.
  • Siap!

9# KERANG SAMBAL BERLADO


sumber google

Bahan-bahan :-
  1. 1 KG kerang (dibasuh bersih)
  2. Bawang merah.*
  3. 3 ulas bawang putih.*
  4. 1/2 inci halia.*
  5. Segenggam cili kering.*
  6. 4 biji cili padi. (mengikut kepedasan yang diinginkan)*
  7. Serai (tumbuk)
  8. Daun limau purut.
  9. Asam gelugor @asam keping.
  10. Serbuk perasa.
  11. Garam
  12. Gula.

Cara penyediaan :-
  • Kisar bahan yang bertanda * dan tumis bersama sedikit minyak.
  • Setelah naik bau dan garing masukkan serai, asam gelugor dan daun limau purut.
  • Masukkan kerang yang telah dibasuh bersih gaul sebati.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Dah siap! 

10# SAMBAL TUMIS KERANG


sumber google

Bahan-bahan :-
  1. 3 KG kerang (rebus dan buang kulit)
  2. 3 ulas bawang putih (kisar)
  3. 2 biji bawang besar (kisar)
  4. 3 sudu cili kisar.
  5. 2 biji bawang besar (hiris)
  6. 1 sudu kecil belacan. (tumbuk bersama bawang)
  7. 1 sudu besar air asam jawa.
  8. Garam
  9. Gula
  10. Minyak (untuk menumis)
  11. Sedikit air.

Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
  • Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tambah sedikit jika kering.
  • Gaul sebati kerang dan sambal seketika. Dah siap!


No comments