5/Korea/slider1

Pinterest

Resepi roti jala mudah , lembut dan berlemak manis | Resepi roti jala mudah dan simple | Resepi |

Jarang -jarang ni Fana kongsi resepi dekat blog. Rasanya ni resepi yang kedua kot. Resepi sebelum ni Fana ada share resepi bubur ayam ala- ala McD. Resepi bubur ayam tu pun Fana godek - godek dekat Google saja. 

Sebenarnya roti jala ni dah banyak kali failed buat. Bukan lah tak jadi langsung, cuma kadang tu keras sikit, kurang berlemak lah, melekat dekat kuali lah. Banyak kali juga lah gagalnya buat roti jala ni. 

Kalau nak ikutkan hati memang tak nak buat dah. Hahaha. Tapi ada satu hari tu terjumpa resepi di Youtube Nabila & Rosix (alah kakak Neelofa tu). Senang pun senang, bahan pun tak rumit. Fana cuba sekali terus menjadi, elok je kejadian bancuhan tepung. Sebijik rasa macam yang mak buat. Hilang rasa rindu nak makan roti jala kan.

Bahan-bahan

  1. Tepung (sukatan cawan)
  2. Garam (secukup rasa saja)
  3. Susu pekat (agak-agak sambil rasa)
  4. Air putih (ada orang guna susu cair/santan)
  5. Telur (1 biji)
  6. minyak masak (2 sudu makan)
  7. sedikit kunyit/pewarna

*sukatan cawan terpulang besar mana cawan korang nak pakai (agak-agak saja)

Cara-cara memasak


  1. Masukkan telur yang dah dipecahkan ke dalam blender bersama minyak masak, garam dan susu pekat (Fana selalu guna 3 sudu)
  2. Masukkan air (sama sukatan cawan tepung) dan blender sekejap sehingga sebati sekejap.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit (supaya tak berketul). Pastikan sukatan tepung sama dengan sukatan air.
  4. Blender kesemua bahan di atas sehingga sebati dan masukkan dalam acuan.
  5. Gunakan kuali yang leper (non-stick) dan panaskan kuali dengan api yang perlahan.
  6. Bila dan siap masak boleh lah makan dengan kuah kari ayam ke kari daging ke.

Pastikan bancuhan tepung benar benar halus dan tak sangkut sangkut masa guna acuan.

Fana lebih suka terbalikkan roti jala untuk menggulung. Nampak lagi cantik dan kemas.


Lipatkan dua macam ini sebelum menggulung.


Roti jala yang sudah siap digulungkan. Dah siap!


Fana dah cuba resepi ni dan roti jala ni lemak manis dan lembut walaupun dah sejuk. Korang kena cuba juga resepi ni.  Selamat mencuba. 

2 comments

  1. salam singgah sini fana, lama pulak tak buat roti jala. nampak ni kena buat agaknya.. fana sekarang kat mana korea ke ?

    ReplyDelete
  2. Salam sis. haah Fana dekat Korea lagi ni.

    ReplyDelete