5/Korea/slider1

Pinterest

Perkongsian cara-cara untuk newbie traveler buat itinerari |Tips traveler | Panduan Itinerari |

Hi guys, Fana ini masih lagi consider sebagai newbie traveler. Hiks~ Masih lagi banyak belajar. Sebenarnya nak buat itinerari untuk setiap trip bukan perkara yang senang. Banyak benda nak kena fikir. 



Tapi kan bila dah selalu buat itinerari ini serba sedikit kita lebih faham dan pandai mengatur. Stay positive and make it part of the fun! Kita faham ramai yang malas dan sibuk. Tapi sebab hendak pastikan trip ini berjalan dengan lancar usaha perlu ada!

Perkongsian ini lebih kepada cadangan kalau nak pergi bercuti ke mana-mana negara. Panduan itinerari ini bukan sekadar panduan saja tetapi ianya berdasarkan pengalaman. InsyaAllah mudah-mudahan dapat membantu serba sedikit. Kalau ada otai-otai yang nak tambah atau nak perbetulkan sangat dialu-alukan. Thanks to you :)


fanahalim


Tips itinerari

  • Pertama-tama sekali adalah bajet. Perkiraan bajet tak perlu tepat, biar lebih tetapi jangan kurang. Fokus pada perkara utama sebagai contoh tempat tinggal, transportation, pass masuk yang perlu mengenakan bayaran. 
  • Kenal pasti destinasi yang ingin dikunjungi. Kalau macam tempat itu memerlukan pass Fana akan cari di KLOOK. Aplikasi KLOOK ni sangat mudah. Dan banyak juga promosi dan pakej yang berpatutan.
  • Rujuk itinerari orang lain dan lakukan perbandingan. Bandingkan dengan tempat/destinasi yang kita nak kunjungi. Rajin-rajin lah 'berkawan' dengan GOOGLE.
  • Mengenal pasti jenis-jenis pengangkutan yang disediakan. Macam contoh subway, teksi atau bus. Kalau di Jepun/Korea subway dan bus sangat rumit untuk difahami. Lain lokasi lain nombor bus/lane subway. 
  • Lokasi untuk penginapan. Pastikan mencari lokasi yang tidak terlalu jauh dengan tempat tumpuan pelancongan. Elakkan menginap di kawasan yang terlalu sunyi. Lebih bagus dekat dengan train station/bus station
  • Jika ahli lebih dari 2/3 orang buat lah tempahan rumah yang mempunyai dapur dan saiz yang bersesuaian. Lebih jimat.
  • Buat persediaan lokasi tempat makan yang HALAL. 
  • Jangan lupa memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum berangkat. Lebih bagus juga maklumkan sekali di mana lokasi penginapan korang. Untuk keselamatan.
  • Jangan dilupakan TRAVEL INSURANCE.
*Kalau korang masih belum tahu apa itu KLOOK korang klik di sini>> KLOOK


fanahalim 


Akhir kata


Itinerari ini penting sangat-sangat. Diharapkan sesiapa yang baru belajar ingin buat itinerari boleh lah jadikan ini sebagai panduan itinerari korang. Ada yang beranggapan tidak perlu pun itinerari ini. Tetapi ada dua kemungkinan ini mungkin dapat menyelamatkan korang. Pertama (1) tak buang masa buang duit buang tenaga. Kedua(2) Itinerari ini penyelamat kalau disoal siasat semasa di airport. Ada traveler di hantar pulang disebabkan tidak cukup bajet dan tidak ada itinerari.

Kalau yang bergerak dalam kumpulan pun ambil lah tahu serba sedikit. Masa di immigration nanti sorang sorang akan disoal. Be independant!

Bukan negara Jepun/Korea saja semua negara pun macam itu juga. Jangan dengar kata kata orang yang 'berani redah' tanpa itinerari itu. Lain orang lain rezeki dia. Percaya pada diri sendiri. Rasa tak yakin jangan 'berani redah' okay :)
  

8 comments

  1. Yes! I juga guna Klook utk book ticket ke USJ osaka last year. Mmg berbaloi.

    ReplyDelete
  2. I see! Guna KLOOK jugak ye. Gonna check out KLOOK lah sbb byk review best je ni.

    Tapi best nya travel! Hope can travel again after covid-19 kan!

    ReplyDelete
  3. Baru tahu tentang KLOOK. Nanti nak explore , hajat nak jugak bawak family travel bila keadaan dah lega. So still ada masa nak buat persiapan info .. bajet..dll

    ReplyDelete
  4. All are true. I also did the same thing when planning an itinerary. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Bari tahu ttg klook. Nanti nak kena study balik ni.. Bagus ttg sharing ni terutama bg yang baru mula untuk travel

    ReplyDelete
  6. Br tahu ttg klook. Thanks sbb share info ini. Suka sgt

    ReplyDelete
  7. Thank you for sharing this tips. I wish to travel again soon

    ReplyDelete
  8. Bagus perkongsian ni. Memang kena plan kalau nak travel kemana-mana. Bila plan elok, kos kewangan dan masa juga dapat dijimatkan. Penat pun kurang. Hehe

    ReplyDelete