Pepijat dan kesan-kesan gigitan pepijat | Cara Berkesan Hapuskan Pepijat |

Friday, July 10, 2020 South Korea

Dua minggu kebelakangan ni habis kaki luka sebab gatal yang melampau. Tak terfikir langsung tentang serangga yang bernama PEPIJAT ni. Sekali kena ni menggaru bagai nak gila. Sampai luka luka lah kaki tangan dan badan.

Pepijat ni siang dia menyorok. Bila bilik dah gelap baru dia tunjukkan diri. Tidur boleh terganggu! Potong mood sangat kalau nak kerja esok. Pernah sampai tak cukup tidur sebabkan pepijat ni. 

Kesan darah pada tilam atau tidur digangu dengan rasa gatal dan gigitan kecil di badan, rumah korang mungkin ada pepijat. Mula-mula tu ingatkan nyamuk. Memang kena sangat lah dengan musim panas sekarang ni. Dan tempat favorite pepijat adalah tempat tidur!

Apa itu pepijat?

Pepijat

Pepijat (bed bug) merupakan serangga halus yang hidup dengan menghisap darah setiap 5 ke 10 hari dan boleh hidup selama setahun tanpa makan. Pepijat betina bertelur sebanyak 500 biji sekali. Fana sangkakan pepijat ni kutu. Rupanya bukan sebab badan pepijat sangat lebar dan leper. Kutu ni kurus dan panjang.

Apa masalah yang timbul bila ada pepijat?


Antara masalah-masalah yang korang akan hadapi kalau ada pepijat ni adalah;-

  • Gigitan yang sangat gatal.
  • Kesan gigitan lambat hilang.
  • Menganggu emosi.
  • Tidak cukup tidur.

Kesan-kesan gigitan pepijat:-

  • Iritasi pada kulit seperti terbakar.
  • Timbul biji merah yang sangat gatal dan benjolan di tengah. (macam nyamuk gigit)
  • Tompokan darah kecil akibat bekas gigitan yang sudah kering.
  • Biji merah yang gelap di tengah
*Ada petua semula jadi nak hilangkan gigitan ni adalah gosok dengan kulit pisang dekat bahagian yang gatal. Kulit pisang mengandungi bahan bio-aktif seperti carotenoids dan polyphenols yang mempunyai kesan baik untuk merawat kesan gigitan pepijat.

Cara nak kenal pasti kewujudan pepijat dalam rumah:-

  • Tompokan darah pada bantal atau cadar di tempat tidur.
  • Kesan warna seperti karat pada tilam, cadar dan juga dinding.
  • Bau hapak.
  • Tompokan najis, telur pepijat pada kawasan yang terjejas

Serangga seperti pepijat ini sangat mudah membiak. Sekali membiak sangat banyak! Masa dah kena banyak gigitan baru terfikir nak Google. Antara inisiatif yang Fana lakukan nak bunuh pepijat ni dengan basuh cadar, toto dan sarung bantal dengan air panas. Bantal pun Fana jemur di tengah panas.

Banyak lagi petua nak halau pepijat yang disyorkan. Antaranya:-


1# Kulit durian.

Ada yang kata kulit durian ni boleh halau pepijat. Caranya letak bawah katil atau mana -mana tempat perabot yang menjadi sarang pepijat ini.

2# Kulit limau nipis

Cara dia sama macam kulit durian. Hiris limau nipis dan letakkan dibawah tilam atau almari yang menjadi sarang pepijat.

3# Serai wangi

Ia tidak akan membunuh pepijat tetapi baunya tidak digemari pepijat dan akan dihindari oleh serangga menghisap darah ini. Caranya, semburkan saja cecair serai wangi di kawasan yang terjejas.

4# Dettol

Sebagai produk yang membunuh bakteria, cecair pencuci tangan jenama Dettol yang dibancuh dengan air panas boleh digunakan untuk membasuh baju korang atau semburkan di mana-mana celahan kawasan sarang pepijat.

Akhir Kata

Bagi memastikan langkah-langkah pencegahan ini berjaya korang kena sentiasa pantau keadaan sekeliling dan tempat tidur. Ataupun boleh saja korang amalkan setiap minggu langkah pembasmian pepijat ini sampai korang puas hati.

Jangan stress pulak korang. Ikut saja langkah-langkah pencegahan yang dah Fana syorkan tu. Kalau masih tak berjaya kena panggil pest control lah datang rumah.



13 comments

  1. kaella dah berapa kali kena ni, sekarang pantang betul bilik tak kemas dan banyak habuk. 1 jalan je kalau kaella terus pergi klinik minta jarum sebab tak tahan gatal hihi

    ReplyDelete
  2. Rawlins pakai cecair serai wangi dan Dettol untuk sembur tempat yang mungkin ada pepijat. Nak letak kulit durian, durian pun Rawlins tak makan. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jumpa pepijat. Tapi ai syak ada je kat sini sebab selalu gatal2 tak bersebab.

    ReplyDelete
  4. Selalu dgr org duk sebut pwpijat ni tapi tak pernah tau pun exactly rupa or ciri2 dia tu

    ReplyDelete
  5. Rumah Sis kalau apa-apa kena gigitan serangga memang cuci dengan dettol aje, ada beli dettol untuk pembersihan punya, letak kat kapas, then sapu...lain-lain minyak cap kapak pun boleh...busuk kan pepijat ni..

    ReplyDelete
  6. gigitan pepijat ini look scary and itchy betul. must make sure to clean the area and take care well oh

    ReplyDelete
  7. Igt dulu pergi bercutike kelantan, suduk hotel budget.. terus terjun atas katil tanpa check dulu.. bangun² terus penuh badan dengan bintik²

    ReplyDelete
  8. pepijat ni selalu ada dkt tilam. stress iolss. huuu. badan pastu mmg sakit la haih

    ReplyDelete
  9. Pernah juga kena dua tiga kali... sekarang dah tak ada... saya guna serai wangi yang ada jual dalam bentuk spray tu...

    ReplyDelete
  10. Baguslah tips ni. Kadang tak sedar pun ada pepijat, tau2 je gatal2 dah. Boleh la cuba tips2 ni nanti. Thank you share!

    ReplyDelete
  11. Klu kak mid, kita kena bagi udara dan cahaya masuk ke dalam bilik..jemur bantal dan tilam di bawah sinaran matahari...insyallah pepijat akan mati dan lari

    ReplyDelete
  12. Boleh try ni kupas kulit limau nipis lepastu letak dekat tilam. Jarang kena tapi kalau kena memang bergaru sangat la cerita dia

    ReplyDelete
  13. Anak nina yang first pernah kena juga. Habis satu badan bintik-bintik merah dia. Gatal dia tak usah cakap laa.

    ReplyDelete

Instagram

Instagram

© Fana Halim. Design by FCD.