sumber |
Ramai yang dah tak sabar nak memulakan perjalanan ke luar negara bukan. Kebanyakkan rakyat Malaysia yang ingin ke Korea biasanya akan memilih Seoul ataupun Jeju sebagai destinasi pilihan. Tapi sebenarnya Busan pun terdapat banyak juga tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.
1.Lokasi
Busan terletak di selatan Korea Selatan dan merupakan sebuah bandar di persisiran laut. Ianya terletak lebih kurang 325km daipada bandaraya Seoul. Keadaan di Busan tidaklah sesak seperti di Seoul dimana suasananya lebih tenang daripada Seoul.
2.Cara untuk ke Busan
Dari Kuala Lumpur
- KLIA2 ke Gimhae International Airport di Busan. Perjalanan 6jam 30minit.
Dari Seoul
- Menaiki train laju KTX atau bus dari Seoul. Perjalanan 3jam
- Penerbangan domestik dari Incheon International Airport ke Busan. Perjalanan 1jam.
Dari Kota Kinabalu
- Terus dari Kota Kinabalu ke Gimhae International Airport dengan Air Busan/Jeju Air.
3.Cuaca&Musim
Busan merupakan destinasi 4 musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Sesuai untuk dilawati semua musim.
4.Makanan Halal
Di Korea terdapat 4 kategori restoran HALAL. Kategori ini adalah daripada Korea Tourism Organization.
sumber |
*Panduan yang diberikan tidak menjamin semua makanan di restoran adalah HALAL. Sesetengah premis ada menjual alkohol. Atas keselesaan dan tangunggjawab masing-masing.
Related post :- 6 Panduan berbelanja di Korea Selatan.
5.Tempat solat
- Masjid Al Fatah Busan
- Lokasi: 113-13, Geumdan-ro (Namsan-dong 30-1), Geumjeong-gu, Busan.
- Gimhae International Airport
- Prayer room di tingkat 3, South Passenger Terminal.
sumber |
Menarik entry ni. Dpt la jug tengok suasana di korea. Sebab tak pernah sampai lg, tengok bangunan dia warna warni tu unik jugakkan
ReplyDeleteBaBagusnya perkongsian ini. Lengkap dan padat. Kita savebookmark dulu sebab entah bila laaaa gamaknya boleh travel semula. Maybe 2021 kot or better another 2 years. Hope keadaan kembali baik secepatnya.
ReplyDeleteBestnya... Naklah pergi.ke sini satu hr hr nanti.. teringat citer zombi tu heheh
ReplyDeleteYup...dapat juga singgah dan bermalam di Busan seketika dulu...kami naik KTX...
ReplyDeleteMakan plak makan di seafood pasar sana..tu pun ada budak melayu bawa... rindu Korea laa!
Menarik jugak kalau ke Busan kan. Banyak tempat menarik di Korea. Yg penting kena tahu tmpat makan halal n solat.
ReplyDeletebab travel nie perkara pertama sy akan buat research ialah makanan halal. ya maklum je kalau tmpt tu ada jual alcohol sebab tak semua tempat xsediakan alcohol, ye dakk ? even dekat Malaysia nie, ada je restoran fast food yang "mesra muslim" serve alcohol dalam premis
ReplyDeleteKebiasaannya kalau travel ke sana, memang kena particular bab makanan halal. Street food nampak menyelerakan. Tapi... Hehehe. So bagus panduan begini. Restoran atas atas juga ni. Hehe
ReplyDelete