5/Korea/slider1

Pinterest

Langbiang Hill Yang Cantik | Vietnam Blog | Visit Vietnam |

Siapa yang tak jatuh cinta kalau dapat jejak kaki ke Langbiang Hill. Memang kena sangat dengan cuaca yang tak panas dan tak terlalu sejuk ni. Pemandangan dari bawah sampai ke atas bukit sangat indah dan cantik!


Langbiang Hill yang berketinggian 2.167m dari paras laut terletak di kawasan Da Lat Vetnam. Da Lat Vietnam merupakan tempat yang sangat sesuai untuk orang yang inginkan ketenangan. Jauh sekali dari kesibukan bandar.

Langbiang hill

Untuk sampai ke puncak Langbiang Hill terdapat dua alternatif. Sama ada menaiki jeep atau berjalan kaki (trekking). Masa yang diperlukan untuk naik ke puncak adalah sekitar 3 jam dan turun 2 jam. Atau dengan menaiki jeep masa diambil sekitar 15 minit sehala.

Jeep : VND 100,000 - VND 120,000

Masa yang dianggarkan untuk bersantai di puncak Langbiang Hill adalah sekitar 30minit saja kalau menaiki jeep. Yalah sebab ramai lagi orang dibawah yang tunggu nak naik atas ni. Kalau berjalan kaki tak kisah berapa lama pun nak lepak di puncak.

Langbiang Hill


Antara aktiviti yang disediakan di Langbiang Hill:-

  1. Paragliding
  1. Berkhemah


Paragliding

Antara daya penarik pelancong yang seringkali datang Langbiang Hill untuk merasai pengalaman melihat keindahan Langbiang hill dari udara. Harga yang ditawarkan adalah VND 600,000 seorang. 

Berkhemah

Dapat berkhemah di puncak Langbiang Hill adalah satu keseronokan. Kawasan hutan yang dikelilingi seakan pokok rhu sangat memukau pandangan pada waktu siang. Cuaca disini sedikit dingin bila tiba waktu malam.

Photo Gallery


Langbiang Hill

Langbiang Hill

Langbiang Hill

Langbiang Hill














13 comments

  1. Subhanallah. Cantik pemandangan kat sini. Kalau Qiss sampai sini Qiss pilih naik Jeep. Tak larat nak mendaki 3 jam tu. Heheh tapi puas hati kalau dah sampai atas tu kan. Harap satu hari nanti sampai la Qiss kat sini pulak

    ReplyDelete
  2. dia punya gambar tak boleh blah. perasaan nak travel ni membuak2 rasanya. confirm saya akan masukkan dalam bucketlist!!!! by the way. contant kita sama. hal travel je bezanya, saya family travel

    ReplyDelete
  3. cantikkk...nanti next time ke VN ni boleh la ke sini kot..

    Salam perkenalan dari #Biters www.iamfuzy.com

    ReplyDelete
  4. cantiknya, seronoknya dapat mengembara sambil nikmati keindahan ciptaan Allah. Teringin nak ke sini juga satu hari nanti

    ReplyDelete
  5. Cantiknya view dia. Rawlins sebenarnya rancang nak ke Vietnam pada 2021 tetapi dengan terjadinya Covid-19 nie, terus rasa nervous nak travel pun

    ReplyDelete
  6. Cantiknyaaa... Sis suka kalau pemandangan macam ni, memang akan duduk situ lama ler, siap-siap haaa piknik le terus... bukans enang nak pergi negara orang lihat macam ni yang takde di negara sendiri kan..bestnyaaa

    ReplyDelete
  7. Serius cantik betul tempat dia.. Memmg tenang je.. Memng dtg sini bergambar sakan la.. Hehe

    ReplyDelete
  8. Ya Allah cantik2 betul gambar travelog entri nie. Rasa mcm nak ke sana skrg jugak. Mujur lah boarder belum bukak lg. Bestlah tempat2 nie, mau berejam kalau bergambar kat sini 😂

    ReplyDelete
  9. Alamak.. mmg terus jatuh cinta lps tgk gmbr2 sis.. best ni kalau dapat turun ke sana

    ReplyDelete
  10. I never know about this. Thanks for sharing this info. Maybe visit this place for the next time!

    ReplyDelete
  11. Cantiknya. Rasa nak pergi esok je.

    ReplyDelete
  12. Cantik nyer tempat ni, its my first time get to know about this place.

    ReplyDelete
  13. AM xpernah sampai sini lagi.. View mmg cantik n sesuai utk OOTD.. boleh la save dlm wish place lokasi yg AM nak pergi nnti

    ReplyDelete