Bercuti ke Osaka dan mencari sesuatu yang menyeronokkan? Sekiranya korang bosan bersiar-siar, korang boleh menghabiskan hari di Universal Studio Japan(USJ) dan mengembara ke dunia sihir Harry Potter. Bagi memanfaatkan percutian korang ke USJ ini, Fana nak bagi 10 tips/hacks yang terbaik untuk korang!
10 Hacks Untuk Yang Ingin Ke Universal Studio Japan
1- Beli tiket terlebih dahulu.
Jangan buang masa dengan membeli tiket semasa di USJ. Dah berbuih mulut bagi tahu bab ni. Bukan USJ saja tapi mana mana tempat yang memerlukan tiket.
Fana lebih selesa buat pembelian dengan menggunakan | KLOOK.| Mudah, cepat dan harga lebih murah daripada di kaunter USJ. Setiap pembelian akan dinyatakan arahan dan tempat penebusan tiket. Mudah sangat!
2- Elakkan waktu cuti umum dan hujung minggu.
Sekiranya korang dah buat penjadualan yang flexible, elakkan datang pada wantu hujung minggu. Penduduk tempatan sangat menyukai USJ malah dorang ada pas tahunan dan menyebabkan hujung minggu di USJ sangat sesak.
Elakkan cuti umum dan cuti sekolah - jika korang bercuti ke Jepun pada musim sakura elakkan datang antara 25 Mac dan 5 April (musim cuti sekolah).
3- Tidak perlu bazirkan duit untuk Express Pass
Fana tahu USJ ni akan ramai orang. Dan pernah terbaca macam mana nak elakkan beli Express Pass. Bagi pendapat saya, kalau korang datang pada hari biasa Express Pass ini tidak diperlukan (just do some research!).
Pertama sekali bukan setiap permainan memerlukan Express Pass. Kedua, tetap juga perlu menunggu sedikit waktu. Di sana korang boleh cek masa menunggu untuk setiap permainan pada papan digital.
Sekiranya tidak yakin dan mahu membeli Express Pass silakan. Tetapi korang kena tahu harganya hampir sama dengan harga tiket itu sendiri dan menjadikan korang membayarnya dua kali ganda harga tiket :)...
4- Datang lebih awal 1 jam
Melampaunya datang awal? Percayalah korang tak akan menyesal. Taman tema ini dibuka seawal jam 8-9 pagi. Sebelum Fana sampai sejam awal tu orang dah terlalu ramai menunggu. Paling sakit hati tengah beratur tu dah dengar orang mula main permainan.
Perlu diingatkan tiket USJ hanya boleh digunakan untuk sekali masuk sahaja.
5- Single Ride Lanes
Hampir semua tempat beratur terpisah kepada 3 bahagian. Express, single dan biasa. Dan ini adalah satu-satunya tricks untuk korang cepatkan masa menunggu. Boleh beratur bersama rakan tetapi tidak dapat duduk bersebelahan. Mana ada masa nak bercakap masa main roller coaster :P
6- Utamakan Harry Potter
Semestinya yang membaca ni mesti ada peminat Harry Potter :P. I recommend heading there first no matter what. Harry Potter adalah bahagian yang terbaik dari USJ - betul tak? Jika hari yang sibuk kapasiti untuk masuk ke dalam Wizarding World sangat terhad. Masa menunggu juga boleh sampai dua jam.
7- Gunakan kelebihan waktu makan tengah hari.
Sebilangan pengunjung akan makan tengah hari antara jam 12:30 dan 2:00 petang. Ini bermakna waktu menunggu permainan adalah separuh daripada biasa. Masa ini lah waktu yang terbaik untuk korang bermain permainan yang popular.
8- Bawa makanan sendiri
Makanan luar memang tak boleh bawa masuk sebenarnya. Tetapi jika korang bawa masuk makanan seperti onigiri (nasi Jepun) atau botol air yang kosong anda lepas. Fana memang tak tahu dan memang kena periksa beg haritu.
Tapi tak sangka ada kawan cakap boleh bawa masuk ;(Harga makanan di dalam sedikit mahal dan makanannya kelihatan lebih enak daripada rasa.
9- Tak perlu risaukan beg
Nak sewa loker? Tak perlu. Semuanya di bawah pengawasan yang baik oleh staff USJ. Loker simpanan barang boleh didapati di setiap tempat permainan. Korang tak perlu risau nak letak beg dalam loker yang jauh.
10- Buat perancangan terlebih dahulu
Kawasan USJ ini tersangat lah besar. Fana cadangkan rancang dengan berpandukan map yang ada di USJ website. Jadi korang boleh dahulu kan yang mana lebih popular. Masa dekat USJ Fana tak tengok show/parade sebab semuanya dalam bahasa Jepun :P. Kita main sampai muntah pun okay dah. Hahaha.
Review USJ Rides
Harry Potter and The Forbidden Journey>>> For me this is the best entire park! Best teroks! Rasa next time datang Osaka nak repeat Harry Potter lagi. Hahaha. Dapat rasa berjalan dekat kawasan 'kampung' dorang yang macam dalam movie. Dapat tengok dengan lebih dekat classroom dorang. Banyak lah! Korang kena rasai sendiri.
The Flying Dinosaur>>>Ini adalah ride yang paling mencabar! Gayat! Masa naik ni dapat enjoy tengok pemandangan Osaka sekali. Lah sempat. Jangan lupa mencubanya!
Hollywood Dream, The Backdrop>>>Sejenis roller coaster tetapi secara mengundur. Masa bila nak jerit masa bila dia pusing semua tak tahu. Sedar sedar habis main. Sambil main korang boleh pilih lagu yang disediakan pada seat.
Jaws>>>Pengalaman naik boat sambil dihantui jerung dengan lakonan pengemudi boat. Sediakan ponco dan pastikan kamera/telefon diletakkan di dalam beg. Photos are not allowed! Tapi sejujurnya pengalaman ini lebih banyak ketawa daripada takut.
Fana harap apa yang ditulis ni berguna lah untuk korang bercuti ke Osaka akan datang. Harap ianya bermanfaat. Kalau korang berminat nak tahu lagi lebih tips bercuti ke Osaka Japan korang juga boleh baca | Osaka Japan Tips | ini kalau ada masa terluang.
Ada yang dah pernah pergi USJ? Macam mana best tak?
Tq sharing. Yang ada plan nak pergi bercuti kat Osaka boleh baca siap2 untuk panduan ..
ReplyDeleteThanks for sharing. Sangat2 berguna the tips shared nie. Takde le membazir beli express pass kan.
ReplyDeleteI miss visiting USJ. I visited there in Nov 2018. To me, Harry Potter is one of the best attractions. I was amazed with Hogwards Castle. Thank you for sharing this beautiful post.
ReplyDeletesebagai peminat tegar harry potter, theme park tu adalah salah satu tempat wajib pergi. nak juga rasa beli wands, jalan jalan kat hogsmead & minum butterbeer
ReplyDeletewajib pergi harry potter, sumpah berbaloi dapat masuk walaupun que panjang amat. yesza please pergi hari pertama atau ke 2 korang kat osaka & spend satu hari suntuk dalam usj
ReplyDeleteaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bestnya tengok. teringin nak pergi kena tekad simpan duit bbyak ni hehe
ReplyDeleteSeronoknyaaaa. Ada rezeki nakndatang jalan jalan di sini juga. Thanks share tips nak beli tiket. Saya pun kalau boleh nak mudah dan susahkan diri beratur panjang2.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau ke japan...memang akan pergi tempat ni...paling best kalau dapat datang dengan famili
ReplyDeleteDah lama teringin nak pergi tengok harry potter ni kita dari dulu peminat harry potter hope ada rezeki nak datang sini nanti
ReplyDeleteNice tips! Kalau ada rezeki pergi jepun definitely Iza akan baca semula entry ni. Teringin sangat nak pergi jepun. Tapi belum ada rezeki lagi.
ReplyDeleteMy be next time blh plan pg sana bila keadaan convid19 dah ok and mmg dlm list nk pg sini
ReplyDeleteYaaa ini adalah satu ya yang akan Sis pergi jika ke Jepun bulan 9 ni, tapi sayang ya huwaaaaaa :((
ReplyDeleteBestnye awak. Ena peminat movie Harry Potter jugak. Ni kalau masuk dalam confirm rasa mcm real kan. Dapat berangan jadi lah.
ReplyDeleteteringin sangat nak ke sini. masih belum berkesempatan lagi. hope one day adalah peluang untuk saya ke sini.
ReplyDelete