5/Korea/slider1

Pinterest

Crazy House Dalat, Vietnam | Dalat Vietnam Blog |

Kalau korang berkesempatan datang ke Da Lat, Vietnam jangan lupa datang ke sini. Sebut saja Crazy House orang Vietnam akan tunjuk kan jalan. Atau kalau korang berjalan secara berkumpulan, tempat ini akan wajib ada dalam itinerary.


Waktu Operasi & Harga Tiket

Crazy House ini sangat popular dalam kalangan foreigner dan penduduk local. Crazy House ini dibuka seawal 8.30pagi hingga 7.00malam. Harga tiket nya pula VND40,000 saja. Murah kan. Dekat sini juga ada disediakan bilik untuk bermalam.


Pertama kali menjejakkan kaki ke sini rasa sangat pelik dengan design dan bentuk rumah tersebut. Bahkan laluan nya pun sangat sempit. Patut lah orang gelarkannya Crazy House. Rumah ini benar benar "gila" rekaannya.

Kisah Crazy House

Crazy House juga dinamakan "rumah dongeng". Bentuknya menyerupai pohon raksasa (bangunan ni mempuanya 5 tingkat), yang menggabungkan unsur haiwan, jamur, sarang labah-labah dan gua.


Rumah ini dibuka kepada umum pada tahun 1990 dan disebut sebagai 1 daripada 10 bangunan paling aneh di dunia oleh Chinese People's Daily.







Rekaan bangunan Crazy House ini juga, ianya direka sendiri oleh penduduk local. Kata penduduk tempatan perekanya adalah anak perempuan (Dang Viet Nga) kepada pemerintah Ho Chi Minh, Truong Chinh (kalau tak silap ejaannya). Truong Chinh memerintah Vietnam dari tahun 1981 hingga 1988.









Anak gadisnya memperoleh PhD dalam bidang seni bina di University of Moscow dan telah merancang banyak bangunan di sekitar Da Lat. Dia menginspirasikan arkitek dari Catalan, Antoni Gaudi dalam reka bentuk bangunan.









Kalau dilihat pada laluan tangga ini memang muat untuk seorang saja pada satu masa. Sangat bahaya untuk kanak-kanak terutamanya. Pastikan ibu bapa mengawasi anak-anak. 









Lihat saja pada rekaannya. Sangat memukau pandangan dan unik. Kalau ada yang bercadang ingin bercuti ke Da Lat atau berdekatan dengannya, Crazy House ini boleh lah masuk kan tempat ini di dalam list korang.

 

9 comments

  1. Seriuslah semua ni kat Vietnam? Teringin pi melawat tempat macam ni. Effort senibina ni yang akak suka nak tengok. Amazing!

    ReplyDelete
  2. bagusnya dah jadi tempat tarikan untuk pelancong juga, nampak scary tapi bolehla nak pergi untuk nak tahu lebih dekat rumah rekaan aneh ni

    ReplyDelete
  3. Mesti la visit crazy house masa kat Da Lat, Vietnam. I hope we can fly again very soon

    ReplyDelete
  4. Tengok pun seram setekat jalan siang ok la klu nak tdo minta maaf la rasanya tak kit huhu... memang crazy jadinya nanti huhu.

    ReplyDelete
  5. cantik pulak tapi kalu malam mesti seram gile kan.. dah macam rumah hantu vietnam tengok gaya dari luar

    ReplyDelete
  6. Uniknya tempat dia. Design tangga tu scary gak tapi tempat macam ni best sebab lain dari yang lain. View pun lawa..

    ReplyDelete
  7. Masa anak Sis sebut Dalat tu, Sis pestime dengar tau hehehe...Sis pun belum sampai...anak je dah pergi, tapi dia tak gi sini...one day Sis nak ke Dalat dan singgah sini ler..

    ReplyDelete
  8. wahhhh... tak sabar nak pergi ni.... husben dah kata ok!!

    ReplyDelete
  9. This place is really cool, will try to go when we can travel abroad.

    ReplyDelete