Zaman sekarang ni semestinya kita nak mencari perhiasan yang senang dijaga dan cantik di dalam rumah. Tapi mungkin ada yang beranggapan penjagaan pokok ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Jangan bimbang. Ada ke pokok hidup yang boleh diletakkan di dalam rumah? Senang ke nak jaga? Untuk yang berkeinginan sedemikian, tanaman pothos adalah antara pilihan yang tepat.
Apa itu tanaman Pothos?
Mungkin ada yang masih tak kenal pokok ni. Kalau di negara kita biasanya orang panggil Daun Sireh Gading. Atau biasa kita dengar orang panggil pokok duit (devil's ivy). Yelah kot rasanya.
![]() |
sumber |
Pokok ini juga terdapat beberapa nama saintifik iaitu:-
- Epipremnum aureum
- Epipremnum mooreense
- Pothos aureus
- Rhaphidophora aurea
Tanaman ini sebenarnya berasal dari Asia Tenggara, terutama di bahagian-bahagian Malaysia yang terdedah kepada angin monsun. Epipremnum pinnatum juga terdapat di Asia Tenggara seperti Papua New Guinea dan Nothern Queensland Australia.
Macam negara kita Malaysia sangat beruntung kerana pokok ni mudah nak cari. Pokok ini juga mudah menyesuaikan diri dalam kawasan yang kurang pencahayaan matahari. Jadi ianya bagus sebagai tanaman di dalam rumah.
![]() |
sumber |
Macam mana rupa bentuknya?
Tanaman ini berbeza-beza warna dan menjalar sehingga 40 kaki panjang. Warna yang berbeza dari campuran neon kuning hingga campuran putih hijau.
![]() |
sumber |
Apakah kebaikan tanaman Pothos di dalam rumah?
Sepertiyang dinyatakan, tanaman ini adalah yang paling sesuai bagi sesiapa yang sedang berjinak -jinak dengan hobi penanaman pokok di dalam rumah.
Penjagaannya tidak lah terlalu rumit. Tak perlu dibaja atau disiram setiap hari. Bahkan pokok pothos ini boleh kekal hidup tanpa air selama seminggu.
Sebagai info tambahan, tanaman pothos ini bukan hanya cantik, tetapi ianya juga berpotensi membersihkan udara di dalam rumah. Oksigen yang dibekalkan mampu menghalang pencemaran udara. Pencemaran udara yang biasa terdapat di dalam rumah seperti formaldehid, xylene, dan benzene.
Cara penjagaan Pothos
- Pencahayaan
Tanaman ini memerlukan pencahayaan yang terang tetapi tidak secara terus. Maksudnya letak saja di ruangan yang mendapat pencahayaan yang terang.
- Air
Ketika menyiram tanaman ini jangan takut membiarkan Pothos kering di antara penyiraman. Tanaman ini mampu bertahan tanpa air sehingga berminggu tanpa siraman yang kerap.
- Tanah/baja
Tanaman Pothos ini mampu bertahan dengan pelbagai jenis tanah seperti tanah liat, pasir, tanah sedikit beralkali, atau tanah berasid.
- Suhu
Tanaman Pothos ini sangat baik di kawasan yang sangat panas dan panas biasa.
- Penyelenggaraan
Bergantung pada seberapa besar atau panjang yang korang mahukan ianya tumbuh. Kaedah pemangkasan adalah sesuatu yang dapat membantu mengekalkan ukuran dan panjang serta kesihatan keseluruhan tanaman.
![]() |
sumber |
- Pemasuan semula
Akhir kata
Tanaman Pothos ini adalah pilihan yang tepat bagi yang mahu berjinak-jinak dengan tumbuhan hiasan dalam rumah. Tanaman Pothos ini sangat senang dijaga, malahan ianya kelihatan cantik jika digantungkan pada rak buku/dinding.
Jadi untuk sesiapa yang dah baca dan faham macam mana penjagaan tanaman pothos, ini bermakna korang dah bersedia nak memulakan 'hobi baru'.
![]() |
sumber |
Daripada artikel ini korang dah tahu macam mana warna, jenis, cara penjagaan dan kebaikan tanaman pothos ini. Jadi korang rasa tanaman ini dah jadi favorite korang ke?
credit : HappyDIYHome
Sis ada 2 pasu je pokok tu..jenis Golden tu haa... tapi tangan ni jahat, tiap kali menjalar aje, Sis ko gunting buang, tak suka berjela-jela terjuntai hahahhaa
ReplyDeleteHaha. Berjuntai sangat kang seram pulak :P
DeleteAkak punya pokok belum sempat menjalar dah kuning hahahaa. Dia nak menjalar, akak pula tak suka serabut mcm tu. Hahaha. Adui nk kena faham anatomi pokok jenis ni.
ReplyDeleteKurang air atau cahaya kot.
DeleteTerima kasih share pasal ni. Saya ada berjinak-jinak baca pasal indoor pokok macam ni. Menarik sangat dan cantik. Rasa tenang ada dalam rumah
ReplyDeleteKannn sejuk mata memandang juga.
DeleteDekat rumah mak dah menjalar serupa takde hari esok. Sekarang orang jual kemain mahal sebab dah viral sebagai deko rumah.
ReplyDeleteHahahaha. Cepat nau tu nak membesarnya. Terlebih siram ke guane tu.
DeleteRasanya saya panggil tanaman ni sbg “money plant’ sbb org kata klu subur kira kita ada la duit lah tp klu kering duit pun kering haha...
ReplyDeleteHaah lebih kurang sis. Money plant boleh pokok duit duit pun boleh.
DeleteUwhhh selalu tengok decoration menjalar kat rak. Ingat daun plastik. Huhu. Dapat ilmu baru. Tapi memang cantiklahh.
ReplyDeletePernah juga nampak. Ingatkan plastik juga.
Deletepokok ni cantik..tapi ken apandai jagakan...and suka kalau deko putih ada hiasan pokok macam ni..mmg naik serinya
ReplyDeleteYa lah. kombinasi yang sangat cantik dan nampak lebih sejuk mata memandang.
Deletepokok pohtos ni mmg best. senang nk jaga dan boleh tumbuh dkt mana mana je. hehe. terima kasih kongsi ilmu. boleh la start simpan dan jaga pohtos ni dengan betul
ReplyDeleteSenang sangat. Nak siram pun tak perlu selalu.
Deletedah lama cari pokok ni baru dapat beli. memang cantik..hehe ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteMahal tak ? Kadang pokok ni ada tumbuh meliar. Mungkin tak perasan lah kot.
DeleteI have this plant at home too. easy to maintain and always green yay!
ReplyDeleteWah best lah. Senang nak jaga kan.
DeleteWaaa.. best je pokok gini..
ReplyDeleteDalam plan nak deco deco dekat balkoni ni..
Nanti boleh la masukkan dalam list ni.
kena masuk dalam list. Hahaha. Letak dekat balkoni cantik juga
DeleteCantiknya tanaman jenis ini.. Kalau letak kat beranda AM confirm lawa n letop la balkoni AM
ReplyDeleteHaah lawa. Cuba lah bela satu pokok.
DeletePokok sireh gading ni kalau jaga betul2, memang cantik buat hiasan dalam rumah.
ReplyDelete