5/Korea/slider1

Pinterest

7 tips percutian ke Maldives khusus buat kaum hawa di Bikini Beach | Tips Percutian Maldives | Bikini Beach |

Tips Percutian ke Maldives


Maldives. Air lautnya biru dan pemandangan yang sangat cantik! Keindahan lokasinya tidak perlu diceritakan lagi. Negara yang majoritinya adalah Muslim dan makanan HALAL mudah didapati.


Fanahalim
Sumber


Maldives. Travel ke pulau ini boleh direalisasikan secara bajet atau luxury, bergantung kepada pilihan penginapan dan aktiviti yang ingin dilakukan di sini.

Maldives merupakan sebuah negara yang terdiri daripada gugusan kepualauan. Sebahagiannya didiami orang tempatan dan sebahagaian lagi menjadi private island.


Secara rasminya Republik of Maldives adalah sebuah negara pulau kecil di Asia Selatan. Terletak di Laut Arab (Arabian Sea) di Lautan Hindi (Indian Ocean). Kedudukannya terletak di barat daya Sri Lanka dan India kira-kira 700km (430miles) dari daratan benua Asia. Rantaian 26 kepulauan bermula dari Ihavandhippolhu Atoll di utara ke Addu Atoll di selatan khatulistiwa. (wikipedia)


 
Bendera Maldives 

 
  • Ibu Negara : Male
  • Bahasa : English / Dhivehi
  • Agama : Islam
  • Etnik kump : 100% Maldivians
  • Mata wang : Maldivian rufiyaa (MVR)
  • Time zone : UTC +5 (Maldives time)


 

1# Tempoh percutian


4 hari 3 malam atau 3 hari 2 malam adalah tempoh yang ideal. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah sama seperti di pulau-pulau lain. Kalau yang suka tinggal di pulau boleh melanjutkan tempoh sedikit panjang. Aktiviti yang sering dilakukan di Maldives adalah night fishing, dolphin watching, sandbank visit, private island day trip, aktiviti air snorkeling, kayaking dan lain-lain.


Tempoh percutian yang sesuai untuk ke Maldives adalah pada bulan Ogos keatas. Bulan Mei - Julai kebiasannya kerap hujan. Rajin-rajin cek cuaca di sana sebelum merancang perjalanan okay :)


2# Sinonim dengan lokasi honeymoon


Ramai yang tahu di Maldives ini adalah lokasi yang sering jadi tumpuan untuk honeymoon. Oleh itu tiada hostel backpackers di sini. Jika ada yang ingin travel ke Maldives secara berkumpulan adalah digalakkan menggenapkan ahli kumpulan. Ini kerana kebanyakkan penginapan dan aktiviti yang disediakan di Maldives mempunyai gandaan dua.


3# Pakaian


Pemandangan di Maldives adalah sangat cantik. Rasanya tak lengkap percutian tanpa #ootd lagi-lagi kaum hawa ini. Baju yang berwarna terang dan berbunga-bunga menghasilkan gambar yang cantik. 

4# Cuaca


Cuaca di Maldives sangat panas. Semasa melakukan aktiviti di tengah lautan seperti snorkeling dan sandbank visit silalah pakai sunblock/sunscreen yang SPF50+++. Peluang untuk kulit korang sunburn sangat cerah. Hahaha.  Sediakan juga topi/beach hat dan shades untuk lebih bergaya. Lah begitu.

5# Travel Light!


Kaum hawa ini kebiasaanya kalau ke mana-mana mesti nak diangkutnya satu almari. Jangan begitu ya. Aksesori atau pakaian yang tidak bersesuaian tidak perlulah dibawa. 

Sesuai dengan keadaan tempat dan aktiviti bawalah baju yang nipis, ringan dan mudah dikeringkan. Oleh kerana cuaca di Maldives sangat panas korang boleh lah basuh baju dan pakai semula.

6# Jimat kos makanan


Makanan di Maldives tidak lah terlalu murah. Kebanyakkan harga makanan agak mahal. Sekali sekala nak merasa makanan di Maldives bolehlah pergi ke cafe-cafe yang berhampiran dengan kediaman orang tempatan. Harga pun murah sedikit. Kalau korang nak jimatkan kos bawalah sedikit bekalan makanan dari rumah.

7# Bikini Beach


Sekiranya korang tinggal di Maafushi Island, terdapat satu kawasan yang dipanggil Bikini Beach. Pantai ini menjadi tumpuan bagi melihat matahari terbenam setiap hari. Pantai ini satu-satunya kawasan yang membenarkan tourist berbikini. Pantai lain disekitar Maldives adalah dilarang. Di kawasan ini hanya dibenarkan wanita dan kanak-kanak tempatan yang ingin bersantai secara privasi.

Fanahalim
Sumber

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang semua!

No comments