5/Korea/slider1

Pinterest

10 Perkara Ini Patut Dielakkan Semasa Naik Pesawat | Airplane Tips |

Peraturan pemakaian di lapangan adalah berbeza dengan pemakaian di dalam pesawat. Masih ramai lagi yang masih tidak sedar akan kesilapan yang dilakukan semasa naik pesawat. 

Walaupun nampak remeh tapi benda ni lah yang selalu orang buat dan tak perasan. Mesti korang tertanya-tanya apa yang patut dielakkan semasa naik pesawat ni. Untuk mengelakkan korang rasa ketidak selesaan semasa naik pesawat jom baca tips di bawah



10 Perkara Ini Patut Dielakkan Semasa Naik Pesawat


1# Kasut Yang Berbau

Kasut berbau! Ee yang paling tak selesa mestilah orang yang duduk disebelah kita. Nak tegur pun serba salah. Kasut berbau ni bukan saja buat orang sebelah saja tak selesa, orang belakang atau orang depan pun mungkin boleh bau busuknya. 

Sebelum nak gerak tu pastikan dulu kasut tu wangi/dibasuh. Barulah orang sekeliling pun selesa nak duduk dengan kita.

2# Uncomfortable footwear

Hmm, apa masalah yang ini? Ini pun boleh menjadi masalah juga sebenarnya. Elakkan pakai kasut yang bertali atau high heels. Pakai kasut yang mudah dibuka dan dipakai. Masalah mungkin boleh berlaku apabila korang terpaksa tanggal kasut semasa di bahagian kastam. Kan leceh tu.

Lebih sesuai kalau korang pakai kasut yang slip-on / flat. Naik flight tak perlu lah pakai high heels. Penat nak berjalan.

3# Pakaian Yang Ketat

Pakaian yang ketat tak menjadi masalah. Tetapi untuk keselesaan pakai lah pakaian yang breathless/tidak melemaskan korang. Contohnya kain yang sintetikNanti semasa di dalam flight mungkin korang akan merasa tidak selesa. Pakai lah pakaian yang sesuai dan longgar. 

4# Pakaian Yang Berbau

Eee, berbau dan busuk. Fana tak dapat bayang kalau dapat duduk sebelah orang yang berbau. Tak pernah lagi kena. Macam Fana sendiri, bila datang awal ke airport mestilah lebih lama masa menunggu. 

Apa yang Fana buat, Fana akan bawa baju spare dan tukar sebelum naik pesawat. Kita kena faham tandas di dalam pesawat sangat lah kecil dan sempit. Sebaiknya korang tukar lah sebelum naik pesawat okay.

5# Baju Musim Panas

Walaupun negara yang korang nak pergi tu sedang musim panas tak semestinya korang terus pakai pakaian nipis. Semasa di dalam pesawat nanti akan jadi sejuk juga. Sediakan lah jaket/blanket untuk korang bertahan sehingga sampai ke destinasi yang dituju. 

6# Minyak Wangi

Ini pun korang patut elakkan juga! Elakkan pakai wangian yang membuatkan orang sebelah tidak selesa. Boleh pakai minyak wangi tu, tapi dengan kuantiti yang sedikit. Cukup satu/dua semburan. 

7# Contact Lens

Macam Fana memang tak pernah pakai ini. Bagi sesiapa yang pakai contact lens elakkan lah. Kualiti udara dalam pesawat tak bagus sebab ianya menyebabkan mata terasa kering dan pedih semasa di atas. Apatah lagi kalau yang terlelap semasa naik pesawat, sangatlah tidak bagus untuk mata korang. Bring pair of glasses to change.

8# Mulut Yang Berbau

Apa saja yang berbau mesti dielakkan. You are make other people turn off. Boleh sediakan berus gigi samada nak berus gigi di dalam pesawat atau sebelum naik pesawat. Fana pun selalu bawa berus gigi kalau naik pesawat.

9# Baggage Yang Terlalu Berat

Setiap airlines ada peraturan yang ditetapkan. Baggage yang melebihi had juga adalah salah. Apa pun syarat yang airlines sudah tetapkan ada kebaikannya. 

Baggage yang terlalu berat boleh membahayakan penumpang. Sekiranya ruang bagasi di atas kepala penumpang terbuka kebarangkalian beg boleh jatuh. Perkara ini akan menyebabkan penumpang lain tercedera.

10# Merokok

Merokok di dalam pesawat adalah dilarang sama sekali. Penumpang akan diberi taklimat sebelum bergerak semasa di dalam pesawat. Tindakan atau denda akan diambil sekiranya penumpang melanggar arahan cabin crew yang bertugas. 


Harap ianya bermanfaat dan korang boleh kongsikannya kepada rakan-rakan yang lain. 


12 comments

  1. Ya rasanya ramai sedar nengebai SOP bila mrnaiki pesawat... jgn fikir diri sendiri fikir org lain juga ya.

    ReplyDelete
  2. yang baju musim panas tu tak setuju sebab berkipas dalam flight malindo sebab panas. Tak selesa langsung dibuatnya. Nak tidur pun tak best

    ReplyDelete
  3. Thank you for sharing this sis. Part perfume tu setuju sangat2.

    ReplyDelete
  4. terima kasih sharing. semuanya memang patut dielakkan :) semoga ramai lah yang sedar benda2 macam ni sebelum naik pesawat.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing. Memang betul kena ikut peraturan naik airplane supaya perjalanan selesa dan selamat

    ReplyDelete
  6. Memang perlu ni semua, tapi cuma tang mulut tu je laa, ada ketika tertidur, then bila terjaga, terbukak mulut, tak tau atau tak perasan mulut bau ke tak...cecepat telan gula hahahaha

    ReplyDelete
  7. kadang tu sebab tu juga saya suka beli kasut baru bila nak travel. sebab nak selesa dan elakkan bau. (alasan)

    ReplyDelete
  8. paling tak boleh kalo duduk sebelah orang yang mulutnya berbau...adoii, sesak nafas dibuatnya...

    ReplyDelete
  9. Thanks for your helpful tips. I don't know when will I fly again.. macam no hope this year

    ReplyDelete
  10. Haa yg bab minyak wangi tu pun betul. Lagi2 kalau pak arab.. Uuuu bau perfume 1 kapal terbang boleh bau.. Rasa nak lemas bau kuat sgt

    ReplyDelete
  11. SOP utk diri sendiri gitewww. Akak naik pesawat mesti pakai kasut slip on. Asalkan bertutup dan berstokin. Cramp plak kaki dalam flight nanti. Kemudian kalau hand carry memang kecik cenonet je. Yang penting-penting, memang buh dalam flight wallet tu. Akak pernah lakukan kesilapan pi pakai tali pinggang masa check in. Jenuh kena buka aje. hahaha.

    ReplyDelete
  12. Going to graduate school was a positive decision for me. I enjoyed the coursework, the presentations, the fellow students, and the professors. And since my company reimbursed 100% of the tuition, the only cost that I had to pay on my own was for books and supplies. Otherwise, I received a free master’s degree. All that I had to invest was my time. private jet charter

    ReplyDelete