5/Korea/slider1

Pinterest

Kenapa Perlu Utamakan Harry Potter Untuk Yang Ingin Ke Universal Studio Japan?? | Universal Studio Japan Tips and Hacks |


Bercuti ke Osaka dan mencari sesuatu yang menyeronokkan? Sekiranya korang bosan bersiar-siar, korang boleh menghabiskan hari di Universal Studio Japan(USJ) dan mengembara ke dunia sihir Harry Potter. Bagi memanfaatkan percutian korang ke USJ ini, Fana nak bagi 10 tips/hacks yang terbaik untuk korang!

10 Hacks Untuk Yang Ingin Ke Universal Studio Japan


1- Beli tiket terlebih dahulu.


Jangan buang masa dengan membeli tiket semasa di USJ. Dah berbuih mulut bagi tahu bab ni. Bukan USJ saja tapi mana mana tempat yang memerlukan tiket. 

Fana lebih selesa buat pembelian dengan menggunakan | KLOOK.| Mudah, cepat dan harga lebih murah daripada di kaunter USJ. Setiap pembelian akan dinyatakan arahan dan tempat penebusan tiket. Mudah sangat!

2- Elakkan waktu cuti umum dan hujung minggu.


Sekiranya korang dah buat penjadualan yang flexible, elakkan datang pada wantu hujung minggu. Penduduk tempatan sangat menyukai USJ malah dorang ada pas tahunan dan menyebabkan hujung minggu di USJ sangat sesak. 

Elakkan cuti umum dan cuti sekolah - jika korang bercuti ke Jepun pada musim sakura elakkan datang antara 25 Mac dan 5 April (musim cuti sekolah). 

3- Tidak perlu bazirkan duit untuk Express Pass


Fana tahu USJ ni akan ramai orang. Dan pernah terbaca macam mana nak elakkan beli Express Pass. Bagi pendapat saya, kalau korang datang pada hari biasa Express Pass ini tidak diperlukan (just do some research!).

Pertama sekali bukan setiap permainan memerlukan Express Pass. Kedua, tetap juga perlu menunggu sedikit waktu. Di sana korang boleh cek masa menunggu untuk setiap permainan pada papan digital. 

Universal Studio Japan

Sekiranya tidak yakin dan mahu membeli Express Pass silakan. Tetapi korang kena tahu harganya hampir sama dengan harga tiket itu sendiri dan menjadikan korang membayarnya dua kali ganda harga tiket :)...

4- Datang lebih awal 1 jam


Melampaunya datang awal? Percayalah korang tak akan menyesal. Taman tema ini dibuka seawal jam 8-9 pagi. Sebelum Fana sampai sejam awal tu orang dah terlalu ramai menunggu. Paling sakit hati tengah beratur tu dah dengar orang mula main permainan.

Perlu diingatkan tiket USJ hanya boleh digunakan untuk sekali masuk sahaja. 

5- Single Ride Lanes


Hampir semua tempat beratur terpisah kepada 3 bahagian. Express, single dan biasa. Dan ini adalah satu-satunya tricks untuk korang cepatkan masa menunggu. Boleh beratur bersama rakan tetapi tidak dapat duduk bersebelahan. Mana ada masa nak bercakap masa main roller coaster :P


6- Utamakan Harry Potter


Semestinya yang membaca ni mesti ada peminat Harry Potter :P. I recommend heading there first no matter what. Harry Potter adalah bahagian yang terbaik dari USJ - betul tak? Jika hari yang sibuk kapasiti untuk masuk ke dalam Wizarding World sangat terhad. Masa menunggu juga boleh sampai dua jam.

Harry Potter

7- Gunakan kelebihan waktu makan tengah hari.


Sebilangan pengunjung akan makan tengah hari antara jam 12:30 dan 2:00 petang. Ini bermakna waktu menunggu permainan adalah separuh daripada biasa. Masa ini lah waktu yang terbaik untuk korang bermain permainan yang popular.

Universal Studio Japan

8- Bawa makanan sendiri


Makanan luar memang tak boleh bawa masuk sebenarnya. Tetapi jika korang bawa masuk makanan seperti onigiri (nasi Jepun) atau botol air yang kosong anda lepas. Fana memang tak tahu dan memang kena periksa beg haritu. 

Tapi tak sangka ada kawan cakap boleh bawa masuk ;(Harga makanan di dalam sedikit mahal dan makanannya kelihatan lebih enak daripada rasa. 

9- Tak perlu risaukan beg


Nak sewa loker? Tak perlu. Semuanya di bawah pengawasan yang baik oleh staff USJ. Loker simpanan barang boleh didapati di setiap tempat permainan. Korang tak perlu risau nak letak beg dalam loker yang jauh.

10- Buat perancangan terlebih dahulu


Kawasan USJ ini tersangat lah besar. Fana cadangkan rancang dengan berpandukan map yang ada di USJ website. Jadi korang boleh dahulu kan yang mana lebih popular. Masa dekat USJ Fana tak tengok show/parade sebab semuanya dalam bahasa Jepun :P. Kita main sampai muntah pun okay dah. Hahaha.

Universal Studio Japan

Review USJ Rides

Harry Potter and The Forbidden Journey>>> For me this is the best entire park! Best teroks! Rasa next time datang Osaka nak repeat Harry Potter lagi. Hahaha. Dapat rasa berjalan dekat kawasan 'kampung' dorang yang macam dalam movie. Dapat tengok dengan lebih dekat classroom dorang. Banyak lah! Korang kena rasai sendiri.

Harry Potter and The Forbidden Journey

The Flying Dinosaur>>>Ini adalah ride yang paling mencabar! Gayat! Masa naik ni dapat enjoy tengok pemandangan Osaka sekali. Lah sempat. Jangan lupa mencubanya!

The Flying Dinosaur

Hollywood Dream, The Backdrop>>>Sejenis roller coaster tetapi secara mengundur. Masa bila nak jerit masa bila dia pusing semua tak tahu. Sedar sedar habis main. Sambil main korang boleh pilih lagu yang disediakan pada seat. 

Universal Studio Japan

Jaws>>>Pengalaman naik boat sambil dihantui jerung dengan lakonan pengemudi boat. Sediakan ponco dan pastikan kamera/telefon diletakkan di dalam beg. Photos are not allowed! Tapi sejujurnya pengalaman ini lebih banyak ketawa daripada takut.

Jaws USJ

Fana harap apa yang ditulis ni berguna lah untuk korang bercuti ke Osaka akan datang. Harap ianya bermanfaat. Kalau korang berminat nak tahu lagi lebih tips bercuti ke Osaka Japan korang juga boleh baca | Osaka Japan Tips | ini kalau ada masa terluang.

Ada yang dah pernah pergi USJ? Macam mana best tak?

Pengalaman Paling Best di Lotte World Seoul | Lotte World Seoul Tricks |


Lotte World

Pengalaman semasa melangkah masuk ke Lotte World ini sangat menyeronokkan. Sangat padat dengan orang ramai. Tempat yang sangat strategik dan mudah dikunjungi. 

Lotte World adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi jika bercuti ke Korea 
Selatan. This is so called Adventure Park / Magic Island. Public transport yang disediakan juga sangat dekat dan senang.


Photo Gallery 


Lotte World
Interior Adventure Park

Lotte World

Lotte World

Lotte World

Gyro Swing kena beratur lama sikit sebab memang ramai orang main yang ini.

Lotte World

Lotte World
One of VR version. Wajib cuba. Padu teruk!! Everything like a real.


Lotte World
Halloween Festival

Gyro spin yang wajib dicuba.



Lotte World
Gyro Swing. Dia punya swing atas air tepi tu je. Gayat!!

Lotte World


Masa ni datang tengah musim Halloween. Tema-tema hantu lah.

Lotte World
Jamsil Tower.

Best time to visit Seoul


Spring (March to May) *same like autumn but windy
Autumn (September to November) 10C to 15C
Summer (June to August) 25C to 35C
Winter (December to February) = -7C to -5C


Cara untuk sampai ke Lotte World


Sangat mudah dengan menggunakan Subway Korea Apps atau Kakao Metro Apps. Bagi yang pertama kali hendak pergi ke Lotte World korang boleh ikut langkah-langkah dibawah :-

*Dari Myeong-Dong Chungmuro bound (line biru) ke Dongdaemun History Culture Park.
*Transfer ke (line hijau) dari Dongdaemun History Culture Park menghala ke Jamsil.
*Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit (13 station)


Tricks Semasa di Lotte World


1# Simpan beg di loker beg
Bagi pengunjung yang malas nak pegang barangan peribadi beg, telefon sebagainya semasa bermain, boleh simpan barang di dalam loker yang disediakan. Pengunjung boleh menyewakan loker tersebut dengan bayaran sekitar 1000KW - 2000KW sahaja.

2# Magic Pass
Malas nak buang masa beratur panjang untuk bermain? Magic Pass adalah penyelamatnya. Dapat menjimatkan banyak masa menunggu dan tidak perlu beratur panjang lagi! Boleh klik di sini> Lotte World Magic Pass 

3# Potongan harga
Tiket harian Lotte World terdapat dua jenis. 1-Day Pass and Half-Day Pass. Half-Day Pass boleh didapati bermula jam 4 petang sehingga 9 malam. Potongan harga sebanyak 50% diberikan daripada 1-Day Pass.


Permainan yang popular

Terdapat sebanyak 48 jenis permainan. Terbahagi kepada dua iaitu Adventure Park (indoor) dan Magic Island (outdoor). 

Adventure Park popular
  • Hot Air Balloon
  • The World Monorail
  • The French Revolution
  • VR Space
  • Shy High
  • Fly Venture
Magic Island popular
  • The Gyro Drop
  • Gyro Swing
  • Gyro Spin
  • The Haunted House
  • The Comet Express
Kelebihan sekiranya membeli pass/tiket dengan menggunakan KLOOK adalah sangat cepat dan mudah. Just show your QR Code at a counter, get the tickets and you ready to go!! 

READY FOR YOU HERE> LOTTE WORLD PASS

10 Perkara Ini Patut Dielakkan Semasa Naik Pesawat | Airplane Tips |

Peraturan pemakaian di lapangan adalah berbeza dengan pemakaian di dalam pesawat. Masih ramai lagi yang masih tidak sedar akan kesilapan yang dilakukan semasa naik pesawat. 

Walaupun nampak remeh tapi benda ni lah yang selalu orang buat dan tak perasan. Mesti korang tertanya-tanya apa yang patut dielakkan semasa naik pesawat ni. Untuk mengelakkan korang rasa ketidak selesaan semasa naik pesawat jom baca tips di bawah



10 Perkara Ini Patut Dielakkan Semasa Naik Pesawat


1# Kasut Yang Berbau

Kasut berbau! Ee yang paling tak selesa mestilah orang yang duduk disebelah kita. Nak tegur pun serba salah. Kasut berbau ni bukan saja buat orang sebelah saja tak selesa, orang belakang atau orang depan pun mungkin boleh bau busuknya. 

Sebelum nak gerak tu pastikan dulu kasut tu wangi/dibasuh. Barulah orang sekeliling pun selesa nak duduk dengan kita.

2# Uncomfortable footwear

Hmm, apa masalah yang ini? Ini pun boleh menjadi masalah juga sebenarnya. Elakkan pakai kasut yang bertali atau high heels. Pakai kasut yang mudah dibuka dan dipakai. Masalah mungkin boleh berlaku apabila korang terpaksa tanggal kasut semasa di bahagian kastam. Kan leceh tu.

Lebih sesuai kalau korang pakai kasut yang slip-on / flat. Naik flight tak perlu lah pakai high heels. Penat nak berjalan.

3# Pakaian Yang Ketat

Pakaian yang ketat tak menjadi masalah. Tetapi untuk keselesaan pakai lah pakaian yang breathless/tidak melemaskan korang. Contohnya kain yang sintetikNanti semasa di dalam flight mungkin korang akan merasa tidak selesa. Pakai lah pakaian yang sesuai dan longgar. 

4# Pakaian Yang Berbau

Eee, berbau dan busuk. Fana tak dapat bayang kalau dapat duduk sebelah orang yang berbau. Tak pernah lagi kena. Macam Fana sendiri, bila datang awal ke airport mestilah lebih lama masa menunggu. 

Apa yang Fana buat, Fana akan bawa baju spare dan tukar sebelum naik pesawat. Kita kena faham tandas di dalam pesawat sangat lah kecil dan sempit. Sebaiknya korang tukar lah sebelum naik pesawat okay.

5# Baju Musim Panas

Walaupun negara yang korang nak pergi tu sedang musim panas tak semestinya korang terus pakai pakaian nipis. Semasa di dalam pesawat nanti akan jadi sejuk juga. Sediakan lah jaket/blanket untuk korang bertahan sehingga sampai ke destinasi yang dituju. 

6# Minyak Wangi

Ini pun korang patut elakkan juga! Elakkan pakai wangian yang membuatkan orang sebelah tidak selesa. Boleh pakai minyak wangi tu, tapi dengan kuantiti yang sedikit. Cukup satu/dua semburan. 

7# Contact Lens

Macam Fana memang tak pernah pakai ini. Bagi sesiapa yang pakai contact lens elakkan lah. Kualiti udara dalam pesawat tak bagus sebab ianya menyebabkan mata terasa kering dan pedih semasa di atas. Apatah lagi kalau yang terlelap semasa naik pesawat, sangatlah tidak bagus untuk mata korang. Bring pair of glasses to change.

8# Mulut Yang Berbau

Apa saja yang berbau mesti dielakkan. You are make other people turn off. Boleh sediakan berus gigi samada nak berus gigi di dalam pesawat atau sebelum naik pesawat. Fana pun selalu bawa berus gigi kalau naik pesawat.

9# Baggage Yang Terlalu Berat

Setiap airlines ada peraturan yang ditetapkan. Baggage yang melebihi had juga adalah salah. Apa pun syarat yang airlines sudah tetapkan ada kebaikannya. 

Baggage yang terlalu berat boleh membahayakan penumpang. Sekiranya ruang bagasi di atas kepala penumpang terbuka kebarangkalian beg boleh jatuh. Perkara ini akan menyebabkan penumpang lain tercedera.

10# Merokok

Merokok di dalam pesawat adalah dilarang sama sekali. Penumpang akan diberi taklimat sebelum bergerak semasa di dalam pesawat. Tindakan atau denda akan diambil sekiranya penumpang melanggar arahan cabin crew yang bertugas. 


Harap ianya bermanfaat dan korang boleh kongsikannya kepada rakan-rakan yang lain.