5/Korea/slider1

Pinterest

Reasons Why I Love and Hate Daiso Korea | Living In Korea |

Why I love and hate Daiso Korea? You should read for the next...


Memang tak dapat di sangkal lagi barang-barang di Daiso ni. Di Korea Daiso sangat familiar bagi kalangan penduduk local dan foreigner. Walaupun Daiso asalnya dari Japan, tapi harga di Japan lebih mahal daripada Korea (pengalaman masa di OSAKA). Pelik kan?


BARANG DAISO BERKUALITI & MURAH?


Harga barangan di Daiso ni tak mahal pun kalau nak dibandingkan dengan ArtBox/Minoso. Bermula serendah 500won sehingga 5,000KWon. Murah sangat!


Jangan cuma tengok pada harga tapi tengok pada kualiti barangnya. Ada saja barang dia yang tak berkualiti. Tapi tak banyak pun, Fana rasa barang Daiso okay dan padan dengan harganya.


Jarang sekali kalau ada yang datang bercuti ke Korea tak singgah ke Daiso. Bahkan orang Korea sendiri pun tak segan dan bangga membeli barangan di Daiso. 


Yang penting barangnya mampu milik. Orang kata kualitinya kena dengan harga lah. Untungnya tinggal di Korea!!!


Nak mulakan hidup baru di Korea? Tak perlu risau nak beli barangan rumah. Macam-macam ada dijual di Daiso. Barangan dapur, bilik tidur, perhiasan, tanaman hiasan, toiletries, dan macam -macam lagi ada dijual di Daiso
Pendek kata semua yang diperlukan di rumah ada di jual di Daiso ni. Kecuali perkakasan elektrik macam rice cooker, kettle, oven. Macam Fana yang menyewa sendiri rumah di Korea ni kebanyakkan beli di Daiso saja. 


Macam bantal ke, tuala, pinggan mangkuk, periuk Fana akan beli di Daiso. Tak ada lah pening kepala nak pindah / balik Malaysia.
Biasanya kalau berpindah Fana bagi je dekat kawan-kawan yang ada. Tak ada lah buang kan. Lagipun barangnya senang nak dapat dekat mana-mana Daiso.


Mana yang datang bercuti pun sesuai lah nak cari barang sampingan di Daiso ni. Makanan macam snek, air minuman, ramen, kopi pun ada dijual. Lagi murah dari kedai runcit. 


Souvenir pun ada dijual juga. Banyak barang-barang dari Daiso yang korang boleh jadikan souvenir. Cuteness overload!!


Kalau korang tak dapat bayang apa nak beli atau nak kira bajet expenses tu Fana ada lampirkan sekali gambar-gambar di bawah. Tengok tau!! 































Rambang mata tak tengok semua ni? Bayangkan Fana yang duduk sini pun geram tengoknya. Daiso pula dekat dengan rumah lagi lah rajin nak cuci mata. 


Haaa nak save gambar ni save lah Fana tak adahal. Mana tahu korang nak buat rujukan nanti kalau datang Korea. Tapi mungkin ada certain Daiso tak ada barang macam dalam gambar ni.

Once again, I'm not doing personal shopper!!! Sorryyyyy ;)


16 comments

  1. Jujurnya Sis jarang juga ke Daiso, sebab bila masuk, blur tak tau nak beli apa, lain kalau ECO or or NINSO, masuk je terus capai sana sini hahahaha

    ReplyDelete
  2. Kat Malaysia pun barang barang Daiso mampu milik cuma kan lebih baik klu setiap produknya ada tulisan bahasa Inggeris ke untuk memudahkan org baca cara kegunaannnya.

    ReplyDelete
  3. Masuk Daiso mmg rambang mata. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Kat daiso.malaysia selalu juga sy masuk tapi selalu blur nak beli apa.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba masuk yang di Korea, banyak beza!

      Delete
  5. Mat drat pun suka beli brg kat Daiso ni, kdg2 brg2 dia yg jrg kita jumoa agak praktikal dan harga kira murah

    ReplyDelete
  6. Kak blmlg pg shopping kat Daiso, next time blh sggh tgk2 and cuci mata

    ReplyDelete
  7. daiso ni mcm ala2 mrdiy la kan. kalau masuk mesti mcm2 akan dibeli. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke ? Lebih kurang lah kot. Tapi lebih murah.

      Delete
  8. Saya duk Labuan. Tak ada Daiso... kalau pergi Sabah (Kota Kinabalu), boleh lah masuk Daiso... memang buat rambang mata.. Rasa macam nak angkut banyak2 je barang Daiso tu bawa balik Labuan...Wkwkwk... Cuma barang dia kadang2 tak tahu untuk apa sebab tulisan tak ada English. Hehehe...

    ReplyDelete