My Top Ranking Korean Drugstore Products

Friday, June 19, 2020 South Korea

Produk kecantikan korea memang sangat meluas. Boleh didapati dimana-mana saja sekarang. Dah tak perlu beli tiket semata untuk terbang ke Korea lagi. Macam di negara kita sendiri pun dah banyak barang Korea dijual secara atas talian (online)



Kalau Fana yang tinggal di KOREA semestinya favorite drugstore ada lah OLIVE YOUNG, LOHB dan LALA. Ketiga-tiga ni senang nak jumpa dimana-mana. Kalau dulu LOHB mungkin cuma ada di SEOUL saja. Tapi kini dah banyak cawangan dibandar-bandar kecil.

Kalau yang tercari-cari barang seperti KLAIRs, COSRX, I'm FROM, HEIMISH, SON&PARK, WISHTREND, KLAVUU, BENTON mungkin tidak akan jumpa di drugstore. Kalau ada pun bukan cuma 1-2 jenis saja. Produk-produk ini cuma terdapat di ALAND STORE (Myeong-dong/Gang-nam). Kedai ni ala-ala WONDERPLACE (KOREA)

Ini ada lah TOP RANKING produk KOREA kesukaan Fana. Kalau korang nak dapatkannya mudah saja. Klik pada gambar dan boleh terus membuat pembelian. Ini lah masanya korang nak cuba produk yang paling Fana suka. Atau mungkin korang ada produk yang nak cadangkan pada Fana pula! 



1#COSRX Low PH Gel Cleanser


  • Normal use twice a day (day and night). 
  • Non-irritating and no scent. 
  • Sesuai untuk kulit berminyak.


2#COSRX Acne Pimple Patch


  • Anti bakteria.
  • Menyerap minyak berlebihan.
  • Mengecutkan jerawat.
  • Dipakai selepas cuci muka dan biarkan selama 1 jam. (this is NOT USE on top your make up LOL)


3#Some BY MI toner


  • Tekstur seperti air dan cepat menyerap.
  • Tak sesuai untuk kulit yang berjerawat (exfoliating ingredients memedihkan kulit)
  • Elakkan combination dengan VITAMIN C selepas pemakaian toner.
  • Sesuai untuk pemakaian setiap hari.


4#Some BY MI Yuja Niacin Gel Cream


  • Tekstur gel cream dan cepat menyerap.
  • Sesuai untuk kulit kering dan berminyak. 
  • Brighten up your skin.


5#Isntree Hyaluronic Acids Water Essence.


  • Tekstur yang likat dan menyerap dengan baik.
  • Dipakai selepas toner sebab teksturnya bukan macam essence biasa.
  • Sesuai untuk kulit kering.


6#Biore UV Perfect Milk 40ml


  • Tekstur yang milky dan ringan.
  • Tak sesuai untuk kulit kering. (Sebab lepas pakai terus poreless)
  • Cepat kering dan tak melekit.
  • Water resistant (sebelum wuduk kena cuci dengan sabun)

Disclaimer :- This products maybe work it well for me but not for you. It is depends on your skin concern. Mine are sensitive skin. Do check your skin concern first before you make a purchases :P

Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.