Shopping di Korea Selatan mahal ke? Waktu apa yang sesuai kalau nak shopping? Confirm macam-macam soalan yang bermain dalam fikiran korang sekarang ni kan. Jangan pening kepala, relaks.
Kalau korang shopping di Korea ni jangan takut minta diskaun/ tawar-menawar. Lagi lagi kalau di pasar/ kedai-kedai kecil di sekitarnya.
BONUS sebenarnya kalau korang pandai cakap Korea. Alah belajar yang basic pun okay dah. Macam contoh nak greetings, tanya harga, jumlah duit, minta diskaun dan terima kasih.
Paling penting gunakan bahasa yang formal (yo/im-nida) daripada un-formal. Bila dengan stranger dorang lagi impress dan seronok kita pandai cakap bahasa dorang. Fana dah share tips ni korang take note okay.
Asal ada bunyi okay lah tu :P
Disclaimer;-This post contains affiliate links, meaning at no additional cost to you, if you click through and make purchase, I may earn small commission. Thank you for support. Learn more on my disclosure page
Related post :- Things That I Never Know Before Moving to South Korea
Panduan berbelanja di Korea Selatan selain tawar menawar adalah:-
1#Pilihan lokasi shopping
Lokasi mana yang best berbelanja di Seoul?
Terdapat banyak shopping street di Korea, terutamanya di Seoul. Apa yang perlu korang buat adalah manage masa dengan tepat dan pilih lokasi shopping.
Pilihan lokasi sangat memainkan peranan yang penting dalam itinerary percutian. Untuk elakkan korang daripada buang masa berjalan tanpa membeli.
Tak salah kalau berjalan tanpa membeli. Tapi kan lagi bagus dapat jimat masa membeli sambil berjalan bukan?
Contohnya kalau yang nak beli skin care product/ make-up boleh lah ke Myeong-Dong/ Lotte/ Ewha Woman's University Shopping Street. Kalau nak shopping baju/ souvenir dengan harga yang murah boleh ke Namdaemun/ Dongdaemun/ Gangnam Terminal Underground Shopping Centre.
Kalau lokasi shopping kita dah tahu, tempat tinggal mesti lah kita kena pilih yang berdekatan. Lagi senang nak bergerak ke sana, ke sini.
Dengan Agoda Hotel/Agoda Homes pastinya banyak pilihan yang berdekatan dengan lokasi shopping. Lebih banyak pilihan harga dan lokasi yang stategik.
Easy cancel option, flexibility up to 24hours before check in ;)... Boleh klik disini https://invol.co/cloufj
2#Berbelanja pada waktu yang tepat
Waktu apa yang sesuai berbelanja di Korea?
Kedai di Korea rata-ratanya mula beroperasi seawal jam 10-11 pagi dan berakhir sehingga lewat malam jam 12 tengah malam. Sekiranya jatuh pada hari festival tertentu, akan lebih lewat lah kedainya tutup.
Mana yang tak suka bersesak-sesak masa shopping datang lah awal. Sukacita di ingatkan Myeong-Dong pada waktu petang hingga ke malam akan sentiasa ramai orang dan sangat sesak. Macam sardin. Apatah lagi malam minggu.
Dan masa nak buat pembayaran pun mungkin ada yang perlu mengambil masa sedikit. Jadi, buat lah pilihan yang tepat.
3#Minta diskaun
Macam yang Fana cakap tadi di Korea ni jangan takut nak tawar-menawar harga. Lagi bagus kalau barang yang dibeli tu dalam kuantiti yang banyak. Kalau beli sikit pun boleh saja nak tawar-menawar cuma ikut logik dan kuantiti barang.
Fana nak sarankan korang cuba masuk bundle dekat sini. Kedai-kedai bundle agak tersorok sikit lah, kalau ada rezeki korang akan jumpa lah kedai bundle ni. Sebab harga barangan jatuh sangat murah.
Jangan malu-malu nak masuk kedai bundle di Korea ni. Selain orang Korea, foreigner pun ada juga. Ada rezeki boleh dapat barang rare dan barang baru. Bukan setakat jual baju ya bundle dekat sini. Macam-macam ada!
Dan lagi satu, telefon second-hand. Fana jamin terbaik dan tahan lama. Yang penting harga murah dan boleh nego :) Tapi nego harga yang masuk akal lah ya.
4#Tax refund
Dekat mana nak refund tax?
Jangan pernah tinggalkan passport di bilik hotel/ homestay. Tax refund pun boleh di buat secara terus di kaunter kedai yang terdapat sign tax refund. Macam biasa lah kan kalau nak buat tax refund mestilah nak passport bagai.
Lebih jimat masa kalau dapat dibuat secara terus di kaunter kedai. Kalau di airport tersangat lah ramai orang dan perlu berjalan jauh. Kan dah penat kalau macam tu.
Tax refund boleh dilakukan secara terus untuk pembelian dari 30,000KW sehingga 300,00KW keatas tidak melebihi 1juta. Kalau 1juta kena buat di airport. Selain buat di kaunter pembayaran terdapat juga mesin khas yang disediakan di dalam bangunan department store.
5#Tidak teralu lama dalam satu kedai
Jangan ambil masa yang terlalu lama shopping dalam satu kedai saja. Buat perbandingan yang terbaik antara kedai-kedai. Ingat, bukan satu kedai saja yang ada di bandar Seoul.
Jangan hanya fokuskan pada kedai yang favorite saja, cuba juga menjelajah ke kedai-kedai lain.
6#Sewa loker barangan
Dah banyak sangat shopping mesti penat kan nak bawa banyak barang. Jangan risau, loker barangan macam ni banyak disediakan di sekitar Myeong-Dong.
Lagi awal korang datang lagi banyak loker kosong yang akan korang dapat. Perkhidmatan sewa loker ni boleh didapati di subway. Kalau barang banyak berbaloi lah sewa loker ni.
Caranya sangat mudah dengan membayar sewa dan korang boleh dapatkan kunci loker. Dah simpan barang dalam loker ni boleh lah sambung shopping lagi. Sebenarnya Fana pun baru tahu ni ;)- Penat je angkut barang kehulu kehilir selama ni-:P
:-Okay dah dapat dah bayangan macam mana nak shopping dekat Korea nanti? Jangan lupa praktikkan tips ni okay. Fana harap korang happy shopping and spend money wisely :P-
wahh bagusnya tips ni! kalau ikutkan memang plan nak Seoul tahun ni tapi sebab Covid19 rasanya macam terpaksa tunda ke lain tahun je. but surely will save this for future reference. Walaupun bukan kaki shopping sangat, but who knows bila dah sampai sana kan. Haha.
ReplyDeleteSampai Korea terus bertukar. Hahaha
DeleteThank you share tips. Tak pernah lagi jejak ke korea. Boleh refer tips ni kalau ke korea nanti
ReplyDeleteSemoga ada rezeki sis nanti :)
DeleteSeronok baca kisah di Korea ni. Hope dapatla K.Sal jejak sana bersama family. Geram betul part shopping tu. Doakan tau..hehehe
ReplyDeleteSemoga ada rezeki sis nanti. Good luck :P
DeleteTerimakasih share :) Ish teringin nak jejak Korea huu
ReplyDeleteSemoga ada rezeki nanti :)
DeleteTips yang bagus buat mereka yang baru nak ke Korea. Sis pun masa ke sana memang gila shopping..hehehe. Rindu lah nak ke sana lagi
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteThank you for sharing your tips. Will use it when I go to korea next time
ReplyDeleteThanks :)
DeleteBelum pernah lagi Sis beli barang dari Korea...tapi kalau beli direct waktu ke Korea ya...kena pandai tawar menawar, memang dapat harga gilee murah hahahaa
ReplyDeleteKann. Dorang okay je sebenarnya :)
DeleteWah macam tu caranya shooping di Korea. Tapi kalau saya ke sana lebih nak tgk tempat cantek tu jer hehe
ReplyDeleteYelah. Ada juga yang tak suka shopping.
DeleteHarap ada la rezeki kita nak pergi korea nanti. Semoga covid ni cepat habis
ReplyDeleteInsyaallah sis.
DeleteSatu entri ya g elok dibaca oleh mereka yg bercadang nak ke Korea nanti.
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteBagusla tips ni. Mcm ena yg tak pernah pegi ni boleh la gain knowledge tempat shopping.
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteWow!!! What good tips we've obtained here... Thanks Fana... Memang akan dijadikan sebagai panduan sekiranya nak berbelanja di Korea ni... Boleh juga share dengan kenalan yang memerlukan ni...
ReplyDeleteTerima kasih :). Dipersilakan sis.
DeleteWow bagusnya tips2 ni boleh la za pakai kalau nak ke korea nnt. Of coz kita shopping kan sana. Hihi
ReplyDeleteTerima kasih :) Kalau tak shopping, balik Malaysia terngiang -ngiang pula :P
DeleteTerima kasih di atas perkongsian tips shopping di Korea ni. Nampaknya kena simpan duit selepas PKP ni nak jalan-jalan ke Korea pula
ReplyDeleteHahaha. Kena simpan banyak sikit baru sedap shopping nya :P
DeleteWah saya suka semua tips ni.. sebab tak pernah jejak ke South Korea lagi ni. Of course la nak shopping kan. Rugilah tak shopping. Thanks share tips.
ReplyDeleteTerima kasih :)
Delete