5 Kebaikan 'Snake Plant' Jika Ditanam Di Dalam Rumah Yang Ramai Orang Tak Tahu

Thursday, June 4, 2020 South Korea

Topik yang hangat masa kini. Macam-macam spekulasi timbul. Yang paling kelakar ada yang kata pokok ni sedut habuk. Boleh ke pokok sedut habuk? Macam-macam lah korang ni. Kalau betul ada Fana nak buang vacuum dekat rumah tu. -HEHEHE :P-


Pokok Lidah Jin atau nama Inggerisnya Snake Plant ni semakin famous sejak dua menjak ni. Pokok ni juga sesuai ditanam di dalam rumah dan mudah ditemui. Selain ruang tamu, boleh juga diletakkan di dalam bilik air atau bilik tidur. 

Batang daunnya yang keras dan tumbuh menegak ni sangat sesuai lah kalau dijadikan tanaman dalam rumah, tak ada lah serabut sangat.


5 Kebaikan Snake Plant Jika Ditanam Di Dalam Rumah



1#Pembekal Oksigen yang baik

Selain Snake Plant, pokok lain yang turut membekalkan oksigen dengan baik adalah pokok Ficus dan Pothos

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik daripada UNIVERSITI HARVARD, Snake Plant ini merupakan tanaman yang menjadi pembekal oksigen yang sangat baik.




2#Menjadikan pemandangan cantik

Kerana bentuknya yang unik dan simple pokok ini sesuai diletakkan di mana-mana saja. Pokok ini juga memberikan mood yang baik untuk dipandang dalam apa jua suasana.


Selain itu juga, daunnya yang menegak dengan campuran warna kuning dan hijau juga memberikan daya tarikan yang tersendiri.

3#Membersihkan udara

Snake Plant ini dikatakan bertindak sebagai pembersih udara dalam rumah yang baik. Selain karbon monoksida, gas-gas berbahaya yang boleh disingkirkan oleh pokok ini termasuklah benzene, formaldehyde, xylene dan toluene.

Ramai pakar berpendapat bahawa gas-gas toksik berkenaan adalah salah satu punca kanser kepada manusia.


4#Efektif dalam melawan alahan

Pokok ini merupakan pembekal oksigen yang baik dan boleh mengurangkan gas berbahaya dalam udara diyakini juga boleh mengurangkan alahan yang berpunca daripada masalah udara.


Walaupun ada alat pembersihan udara, menanam pokok seperti Snake Plant di dalam rumah juga sebenarnya turut membantu.

5#Pengurusan yang mudah

Snake Plant tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dijaga. Ia dikatakan boleh hidup dengan baik bawah cahaya matahari, di ruang gelap mahupun kekurangan air.


Jadi rasanya tak salah lah kalau meletakkan pokok ini di dalam rumah kan.

Credit :- Balcony Garden
Photo Credit :- Ilham Media (FB)






Post a Comment

Latest Instagrams

© Fana Halim. Design by FCD.