Ada yang bercadang nak bercuti ke Korea Selatan? Tapi tak tahu apa nak dibeli? Jangan lupa save guide tips ni untuk next trip!! -Jarang sekali datang bercuti ke sesebuah negara tanpa membeli sesuatu bukan. Apatah lagi kalau tempat tu jauh dan tak pernah kita pergi.
Jujurnya shopping di Korea ni adalah perkara yang wajib bila datang bercuti. Perkara yang paling best adalah shopping.
Tak perlu pun beli barang yang mahal. Beli ikut kemampuan saja dah cukup. Bukan nak beli untuk satu kampung pun. Cukup sekadar untuk kepuasan diri sendiri.
Barang-barang yang harganya mungkin mahal dan nampak mewah di negara kita adalah murah di Korea ni. Barang-barang nya pun setanding harga yang mahal dan berkualiti. Yang penting rajin berjalan dan survey harga barang (jika berkemampuan)
Opss!!! Pastikan barang ada logo halal baru beli okay. Fana cuma suggest list barang. Pilihan bergantung ditangan korang. Chill~
Opss!!! Pastikan barang ada logo halal baru beli okay. Fana cuma suggest list barang. Pilihan bergantung ditangan korang. Chill~
Related post :- Things that i never know before moving to South Korea
Disclaimer;-This post contains affiliate links, meaning at no additional cost to you, if you click through and make purchase, I may earn small commission. Thank you for support. Learn more on my disclosure page
Tapi sebelum tu, jangan lupa tempah bilik di lokasi yang strategik!!
Sebelum memulakan perjalanan korang ke Korea, Fana nak suggest dekat korang pilih tempat bermalam yang strategik dan berdekatan dengan pusat bandar/lokasi tumpuan shopping. Lebih banyak pilihan bilik dan pilihan harga yang berpatutan. Yang penting banyakkan membaca review sebelum booking!
Dengan Agoda Hotel tempahan bilik boleh dibuat dengan mudah dan harga yang berpatutan. EVEN LAST MINUTE! Selain itu juga, dengan Agoda Hotel ni Fana pernah dapat penginapan free dengan redeem point yang pernah dapat masa booking sebelum ni. GEMPAK GILA!!
Apa barang yang patut dibeli kalau datang ke South Korea?? Dekat mana nak beli?
1#Baju dan kasut
Haa untunglah siapa yang suka K-pop style tu. Sini syurga bagi korang. Fesyen di Korea ni adalah salah satu fesyen yang termaju dalam dunia. Kalau bab saiz rasanya sampai XL saja pernah jumpa. XXL ke atas memang susah nak dapat.Macam Fana suka masuk bundle dorang, ada rezeki jumpalah barang rare. Sama macam dekat Osaka. Janji pandai pakai dan gayakan nampaklah mahal.
Bab kasut Fana sarankan cek dulu di laman web sebelum beli. Yelah risau korang terbeli yang jenis kulit 'oink-oink' pun satu hal juga tu. Macam tu juga dengan beg. Kalau ada spacialist bab ni boleh lah beli.
2#Stokin
Macam macam warna dan pattern. Harga dari serendah 1000KW. Kalau beli banyak dan pandai nego dengan 'ajushi/ajumma' boleh lah dapat murah. Kena belajar lah bahasa korea kalau nak mintak nego ni.![]() |
sumber google |
Yang menjual stokin ni pun dekat mana mana boleh jumpa. Nak banyak pilihan pergi lah ke Namdaemun Market / Myeongdong yang berdekatan. Famous tau stokin dekat Korea ni. Beli tak habis pakai. Hahaha.
Barang tradisional Korea
3#Sudu&chopstick
Sudu&chopstick pun nak beli ke? Ya kena beli acik, itu pun kalau acik nak beli lah. Rugi tak beli tau. Macam-macam design ada. Kalau Fana rasanya nak beli semua design. Geram tengok.Sudu&chopstick Korea ni lain sangat dengan yang biasa kita nampak. Berbanding dengan sudu kita pendek dan runcing.
4#Fridge magnet
Mana-mana pergi boleh katakan fridge magnet ni wajib ada dalam list souvenir. Ada yang beli untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Fridge magnet yang sekarang ni pun dah tak berat macam dulu.Kalau nak beli fridge magnet Fana sarankan beli di area Namdaemun. Dekat sini memang banyak jual souvenir. Peniaga pun dah pandai cakap MELAYU. Yang penting boleh nego sampai jadi.
5#Korean Tea
Orang Korea suka sangat minum tea. Lagi lagi tea tanpa gula. Itulah rahsia badan dorang kurus. Tea dorang pun ada macam macam jenis dan perisa.![]() |
sumber google |
6#Ginseng
Di Korea warga emas sangat suka minum ginseng. Bagi dorang ginseng adalah ubat yang paling mujarab untuk mengawal segala penyakit dan banyak khasiat. Harga ginseng di Korea pun boleh tahan mahal kalau yang mentah.
Boleh beli yang sachet kecil kecil tu, ada dijual di convenient store. Kalau tak berkesempatan boleh beli di duty-free airport. Tapi harga sedikit mahal lah.
7#Ramen/Samyang
Ramai yang tahu samyang kalau di Malaysia sangat mahal harganya. Tapi tak semua jenis ada masuk pasaran di negara kita. Dekat sini macam macam jenis ramen dan samyang korang boleh jumpa.
8#Snek dan gula-gula
Kalau dah datang Korea mana boleh tak rasa benda-benda macam ni. Fana tengok orang kita kalau datang Korea mesti akan borong kacang dan seaweed.
Fana pun pernah makan kedua-duanya, dan memang sedap!
9#Casing telefon dan aksesori
Fana tak pasti rate market di Malaysia berapa harga minimum casing telefon, tapi di Korea korang boleh dapat serendah RM10 jenis silicon. Kalau yang bercorak dan ada aksesori max RM50 ke atas. Banyak sangat pilihan sampai pening nak pilih yang mana.Selain casing telefon aksesori perhiasan banyak dijual. Senang nak jumpa. Ini pun rambang mata nak pilih. Yang penting harga tak terlalu mahal.
10#Cutest stationery
Pada siapa yang kaki travel atau bukan kaki travel mesti akan jatuh cinta dengan cute stationery ni. Dah lah banyak design dan warna, rasa nak grab semua lah!
Di Daiso/ArtBox/Miniso banyak pilihan dan comel-comel semuanya.
11#K-Beauty
Fana percaya sekarang dah ramai kemaruk dengan produk kecantikan daripada Korea ni. Harganya pun lebih murah daripada negara sendiri. Dan Fana rasa beruntung tinggal di Korea ni. Jadi sebelum beli jangan lupa kaji dulu produknya mengikut kesesuaian kulit dan bahan-bahan, bukan apa takut nanti tak sesuai dah buang duit. No no no!
Antara jenama fav Fana...
#Innisfree
#Klairs
#COSRX
#SOME By MI
Semua barang-barang ni pun ada dijual di HERMO. Hermo pun boleh tahan banyak juga sale. Sebelum datang Korea ni Fana banyak juga beli produk korean di https://invol.co/clon34
12#Sheet Mask
10+10 dengan harga RM30. SALE 10+10 ni memang banyak. Fana punya fav INNISFREE. Mana nak dapat kalau dekat negara sendiri harga macam ni. Apa yang Fana tahu orang Korea ni memang suka pakai sheet mask lagi-lagi kalau musim sejuk.
Musim sejuk kulit sangat sangat kering! Sheet mask ini juga digunakan sebagai prep sebelum make-up bagi orang Korea. Pakai hari-hari pun tak ada masalah (disclaimer;-ikut atas orang dan jenis kulit)
13#Make-up
Pasaran di Malaysia dah banyak sangat masuk barang Korea kan. Tapi harga yang membezakan nya. Kalau di Korea bila ada SALE sangat sangat murah. Alang-alang dah datang bercuti di sini kenalah beli kan.
14#Paper Fan/Hand Fan
Paper Fan Korea ni boleh lah jadikan buah tangan kepada family ke/saudara-mara/kawan-kawan. Banyak dijual sebagai souvenir. Kalau nak beli dalam kuantiti yang banyak sebaiknya beli di market. Daiso macam jual satu-satu je, tak ada bundle.
15#Kimchi
Kimchi adalah makanan yang wajib untuk setiap hidangan di Korea ini. Even makan ramen pun mesti ada kimchi. Ibarat kata makanan ruji orang Korea selain nasi.-Bapp
>>Rasa macam nak share banyak lagi. Cukup lah kot setakat yang ada ni. Fana takut beg korang tak muat pula :P. Jangan lupa save guide tips ni!! SELAMAT BERCUTI~
Photo credit :-Google
Perkongsian yg sangat berguna utk sape2 yg p korea. Sepatutnya 2020 ni nk p korea tp sbb ada covid19 terpaksa tangguh lah..mungkin blh masuk dlm wishlist 2021..boleh lah shopping barang2 ni nanti
ReplyDeleteAww, sedihnya. Semoaga ada rezeki nanti :)
DeletePaling banyak adalah produk kecantikan - murah dan pelbagai kan. Rawlins suka gak pergi pasar malam depa - banyak barang rare kat situ.
ReplyDeleteBetul, pasar malam dorang bukan macam pasar malam kita :)
DeleteMask and sock tuuu mmg patut beli sbb sgt worth it!
ReplyDeleteSebab murah sangat! Banyak pilihan pun ya :)
DeleteBila la agaknya dapat jejak kaki ke sana . Dah boleh bayang kalau dapat ke sana apa yang nak dibeli. Moga ada rezeki kelak .. Aamiin. Baca story pun dah seronok apatah lagi kalau ke sana
ReplyDeleteSemoga ada rezeki sis nanti :)
Deleteselalunya kalau kawan2 pergi sana mesti beli sheet mask dengan fridge magnet sebab susah nak dapat. Barang macam baju dengan stokin semua tu dah ada kedai korea yang jual kat sini
ReplyDeleteOhh yeke? fridge magnet sekarang tak berat macam dulu dah kan .
DeleteSuka sangat entri ni sgt jelas list barang yg wajib kita beli. Eh sudu tu comel sgtlah. Geram tgk unik design. Hehe.
ReplyDeleteThanks sis :)
DeleteHahahaah betul sangat! Boleh kata kesemua benda Sis beli kecuali ginseng hehehe..tanya Mak pun dulu Mak taknak...kalau tea dia yee, banyak jenis Sis beli hehehe..paling tak lupa sudu garfu dia leee, sampai dah banyak set ada ni haaaa
ReplyDeleteSudu dia unik. Ginseng pun Fana tak minum. Pahit sangatttt
DeleteYa Allah bestnya kalau dapat pergi korea ni. Huda suka tengok design korea yang comel - comel. Hok kalau dapat g travel sana habis shopping semua.
ReplyDeleteBarang-barang dia comel betul.
DeleteWaaaaa murah gila mask dia. Sungguhlah? dekat sini mahal. kadang beli dua je sekali beli.
ReplyDeleteMurah sangat dekat sini. Kalau di Myeong-dong memang selalu ada sale nya.
DeleteSeronok kan bila dapat pergi negara orang dan lihat apa perbezaan. Teringin jugak nak pergi Korea tapi buat masa sekarang bercuti di rumah je dulu. hehe
ReplyDeleteLepas PKP lah baru bolehnya pergi Korea:)
Deleteiena pergi korea banyak beli skincare product..iena suka beli facemask banyak banyak..lepas tu beli make up :D hehe kalau t shirt tu memang wajib beli la
ReplyDeleteSama lah kita. Hahaha.
DeleteBestnya. Boleh la nanti calling2 fana jado tourist guide. Hihi kalau za mmg gila la beli skincare kt sana. Mmg pakai somebymi dgn corsx skng
ReplyDeleteMacam2 boleh beli.. Kita ntah bila dpt ke korea.. Kalau dpt tu mesti shopping habis. .hahaha..
ReplyDeleteSis masa ke Korea dulu mmg gila beli belah. Kimchi mmg tak lupa lah..hehehe. Barangan kecantikan mmg tak lupa. Eshhh rasa nak gi lagi
ReplyDeletebagus perkongsian ni. if nak ke korea nanti mudah la untuk rujukan kalau nak beli apa-apa kan.
ReplyDeleteBahaya nie kalau share dengan adik Rawlins - memang bermalam-malam la dia melayan series nie kelak. Rawlins nak try layan Rugal la kelak.
ReplyDeleteRegards: Kiss Tv