Kalau sudah berjalan ke negara orang jangan dibawa budaya yang tidak elok sama sekali. Nanti buat malu nama negara sendiri saja kan. Kalau hendak bandingkan budaya Japan dan negara sendiri sangatlah jauh berbeza. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. That is my opinion, don't judge :)
Sangat gembira dapat menjejakkan kaki di negara matahari terbit ini. Bagaikan mimpi. Dalam sekali seumur hidup korang kena datang melawat Japan. Perasaanya tidak akan sama macam membaca atau tengok video.
14 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Datang ke Japan
1# High Tech Toilets
Memang tidak disangkal lagi kalau bab tandas. Bersih dan berteknologi. Dari nak buka penutup tandas hingga flush, semuanya dihujung jari. Push the button only! Canggih teruk tandas di Japan ini. Muslim friendly of course. Jangan rungsing bawa botol mineral, bidet ada.
2# Rakyat Japan dan Onsen
Onsen (kolam air panas). Japan terdapat banyak gunung berapi yang masih aktif sehingga kini. Jadi dorang gunalah kelebihan yang terdapat di negara dorang ni dengan bina beribu onsen.
Onsen di Japan semuanya kolam air panas yang semula jadi. Air panas yang semula jadi ini lagi bagus lah kan. Tapi syarat nak mandi onsen ni kena fully naked dan tidak boleh bertatu.
3#Public transport yang super efficient
Siapa yang pernah datang Japan tahu macam mana best public transport dorang ini. Sangat cepat, bersih dan paling penting punctual! Serius tak tipu. Kekerapan train dorang between 5 minit.
Kalau datang Japan nanti korang akan rasai pengalaman sebegini. Sebab ini saja lah pengangkutan utama pelancong untuk ke mana mana. Tempat-tempat menarik pun tidak jauh dari stesen.
4# No Tipping in Japan
No tipping! Dorang tak akan ambil pun. Mungkin akan jadi sedikit rude kalau korang berbuat demikian. Service di kedai makan Japan dah cukup bagus. Kalau pengunjung selesa dan enjoy menikmati makanan pun itu sudah cukup gembira bagi dorang.
5# Sushi vs Sashimi
Sushi dan sashimi. Pernah dengar ke? Fana paling suka sushi. Ingatkan sushi asalnya Korea, tapi silap. Ada orang mungkin keliru antara sushi dan sashimi. Sashimi ni macam sejenis makanan laut mentah yang tidak dimasak. Sushi adalah nasi yang digaul dengan cuka dan dimakan dengan makanan laut yang dimasak. Yang tak masak pun ada tapi tak semua jenis.
6# Sumo Wrestling & Baseball
Sumo wrestling adalah sukan utama di Japan dari dulu sampai sekarang. Terkejut juga lah kan sebab di Japan ini orangnya berbadan kecil. Rupanya ada juga yang berbadan besar. Walaupun sumo wrestling ini popular di negara dorang, tetapi ada lagi yang lebih popular iaitu baseball. Ini pun salah satu sukan utama juga.
7# Sentiasa ada wang tunai
Nak pakai kad? Tiada masalah. Kedua-duanya boleh digunakan. Tapi adalah lebih bagus jika korang sediakan sedikit wang tunai. Masih ada lagi sesetengah tempat yang tidak menerima penggunaan kad kredit.
Tips:- Kalau korang menggunakan kad kredit di sesetengah tempat, korang akan ada option pembayaran dalam Ringgit atau Yen. Pastikan korang buat pembayaran dalam Yen untuk rate yang lebih bagus.
8# Sentiasa Berdiri di Sebelah Kiri Escalator
Berdiri di sebelah kiri. Kalau di Korea Selatan belah kanan. Bagi laluan kepada orang yang nak berjalan. Tapi kalau di Osaka belah kanan. Tidak sama. So, korang tengok jelah belah mana orang dia berdiri. Jangan di block jalan orang belakang nanti korang kena tegur pula :P
9# Bus Lebih Murah Daripada Train
Ramai yang fikir JR Pass adalah penting. Betul dan tak boleh disangkal lagi. Sebab ramai cakap nak melancong ke Japan perlu ada JR Pass. JR Pass kaedah yang paling berkesan untuk mengelilingi Japan dan termurah.
Tetapi tidak semua tempat boleh digunakan. Ada juga alternatif lain seperti menggunakan bus. Contohnya dari Tokyo untuk ke Osaka dengan menaiki bus adalah pilihan untuk orang yang tidak kisah akan masa dan inginkan harga yang murah. Nak cepat sampai boleh saja naik Shinkansen, tetapi beli JR Pass dahulu.
10# No English
No English? No problem. Macam Fana pergi ke Osaka memang tak banyak bertanya dengan penduduk local. All is well prepared. Kalau korang dah tahu lokasi dan arah Fana yakin korang akan sampai tanpa bertanya.
Jika di kedai makan local boleh lah gunakan Google Translate. Tidak menjadi masalah.
11# Mencuba makanan Jepun
Sebagai orang Muslim mungkin agak susah untuk kita menikmati dan merasai makanan Japan. Jangan risau banyak kedai-kedai HALAL yang menghidangkan makanan Japan. Lupakan nasi goreng, nasi lemak atau mi goreng dan bertukar kepada takoyaki, sushi, ramen atau sashimi.
12# Vending Machine
Mana-mana tempat mudah nak jumpa. Dekat dalam bangunan tempat Fana bermalam pun ada disediakan setiap aras. Tak perlu pergi ke kedai. Vending machine ini bukan saja jual air botol/air tin, permainan, sanitary pun ada. Tidak kira di mana-mana. Jangan terkejut, di tepi rumah orang pun ada vending machine ini. (I mean luar pagar rumah)
13# Makanan Laut Yang Pelbagai
Siapa yang pencinta makanan laut korang sangat beruntung. Sangat murah. Kalau korang berkesempatan, seawal pagi yang mungkin jalan lah ke pasar pagi orang Japan. Boleh duduk makan di gerai yang menjual makanan laut pada waktu pagi.
14# Beli Tiket Lebih Awal ke Tempat Popular
Disebabkan Japan adalah negara yang popular di seluruh dunia, banyak tempat popular akan menjadi sesak. Pastikan beli tiket lebih awal sebelum korang gerak.
Jangan dah sampai sana baru nak beli tiket, kalau tiket semua sold out tentu tak seronok percutian korang. So buy that ticket early before hand!
For me i always stick with KLOOK
Soalan Lazim Yang Sering Ditanya Kalau Bercuti Ke Japan:-
Berapa lama masa diambil untuk bercuti ke Japan?
Secara jujurnya jawapan ini tidak akan sama dengan semua orang. Bagi Fana 7 hari 6 malam itu cukup jika korang buat penjadualan yang betul. Jika inginkan aktiviti yang santai dan relaks ambil lah masa 2 minggu. Terpulang pada diri masing masing dan bajet. Bajet paling penting.
Macam mana kalau tak pandai cakap Bahasa Japan?
Jangan rungsing. Santai santai. Gunakan Google Translate. Google Translate boleh digunakan jika telefon korang tiada data/wifi. Yang penting korang kena download Bahasa Japan di Google Translate. Bagi Tokyo dan Osaka basic English dorang tahu serba sedikit.
Perlu ke ada tour guide?
Korang boleh gunakan tour guide kalau nak. Tapi Fana cadangkan berjalan lah sendiri. Berjalan sendiri boleh pergi ke tempat yang kita mahu dan tidak terikat dengan jadual.
Pilihan bergantung ditangan sendiri.
KESIMPULAN
Merancang perjalanan korang ke Japan bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Semoga senarai ini dapat membantu korang dalam mengatur perjalanan ke Japan.
Sekiranya korang bercadang untuk bercuti ke Japan dalam masa akan datang bolehlah membuang masa korang dengan membaca beberapa artikel percutian Fana ke Osaka tahun lepas :P. Harap membantu.
Disclaimer:- This is are based on my experience and if you have any you can share it at the comments below. Thanks and don't judge :)
Rawlins teringat pengalaman ke Tokyo sengsorang untuk urusan pejabat. Memang kena rajin bertanya dan guna Google Translate kalau nak go around. Tak sabar Covid-19 hilang semua agar boleh travel lagi.
ReplyDeletesuka sangat makan sushi, kalau sashimi ada salmon tu memang kembang tekak haha. Yang eskalator tu haritu ada baca diorang nak ubah sikap berdiri sebelah kiri je sebab tak balance and bebankan eskalator.
ReplyDeleteAll are true. This are the things we need to know before travel to Japan. Another thing, use chopstick properly. The Japanese will feel offended if you don’t use chopstick in a proper way.
ReplyDeleteTeringin nak pergi Jepun. Betul yang pasal No English tu. Aritu Orang Jepun tu nak garam. Dia usaha tak sebut English, dia sebut bahasa Melayu
ReplyDeleteJepun ni banyak benda menarik. Macam benda blh experience. Teringin betul nk pergi jepun. Harapnya ada rezeki nk pergi nanti.
ReplyDeletePernah ke Jepun tapi atas urusan mengikuti rombongan artis ke Festival Filem Asia Pasifik... dah lama sft dah.... perlu pg lg bila dah boleh nantj.
ReplyDeleteTak pernah lagi lah ke luar negara ni selain pi umrah hari tu. InsyaALLAH ada rezeki boleh pegi tengok keindahan di tempat lain pula. Tq for sharing this entry ;)
ReplyDeleteTeringin juga nak ke Jepun.. Moga ada rezeki ke sana.. Huhu..Bab transport tu ya, baca kawan dia pernh ke Jepun
ReplyDeleteNo English tu memang saya setuju, pernah mengalami pengalaman itu... memang bagus tips yang diberikan oleh Fana ni... last pergi pun lamaaaa dah... bolehlah diguna-pakai waktu travel ke Jepun lagi nanti...
ReplyDeleteOh how I miss Japan and their high tech toilet hehe. They have the best toilet and bidet in the World! Good to visit Japan
ReplyDeleteTak sabar nak travel overseas pulak, harap harap pandemic covid ni cepat berakhir.
ReplyDelete