How you doing today? Good? Alhamdulillah.
Kita tak nak cakap banyak harini, cuma nak bagi tips macam mana cara nak mula niaga menggunakan platform SHOPEE. Zaman sekarang dah banyak mudah, tak perlu WHATSAPP lagi dah nak reply setiap pertanyaan dan jual beli barang (penat ya tahu), sebab korang boleh create account niaga dekat SHOPEE.
Senang kan? Post gambar dan orang klik berapa item nak beli tak ada dah nak tanya tanya bagai. Yang penting description kena ada, baru pembeli faham dan terusssss grab!
Tips adalah seperti berikut;
- FISRT THING FIRST kena ada smartphone. Kedua pc/laptop(optional). Ketiga internet yang stabil.
- Sebelum pergi lebih jauh, korang kena pastikan apa yang pembeli nak. Semestinya tidak bukan lagi FREE POSTAGE! HARGA MURAH! SECURITY!
- Langkah seterusnya SIGN UP account shopee. Download apps shopee.
- Tips untuk username/id pastikan bukan nama personal, senang nak sebut dan tak panjang.
- Kenapa tak boleh nama sendiri? Sebab nanti orang senang nak stalk media sosial korang yang lain.
- Selepas selesai register, korang dah boleh mula membeli. Belum start menjual lagi ya. Then apply shopee free shipping program.
- Apa shopee free shipping program ni? Ianya kerjasama antara shopee dan POSLAJU/DHL untuk bagi free shipping pada buyer dan seller.
- CONDITION FREE SHIPPING: 1)Postage Semenanjung bawah 5kg. 2)Sabah/Sarawak under 1kg. 3)Minimum purchase RM40. 4)Voucher user only.
- Sebelum proceed terus kepada menjual, aku nak share pasal dropship. Mana mana dropship boleh upload item di shopee, get the order then pass pada HQ. Dengan cara ini juga korang boleh dapat untung.
- Kriteria untuk jadi dropship mana-mana company. 1)Pastikan HQ tu senang berhubung dan efficient! 2)Company yang memang link dengan Shopee. 3)Postage yang pantas dalam masa 2 hari.
- Now move to seller. Boleh mula upload gambar. Pastikan gambar cantik dan jelas.
- Ruang upload gambar ada 9, so korang pandai pandai lah bajet. Customer suka tengok berdasarkan gambar, so be creative dan upload lah banyak sikit.
- Seterusnya part produk name. Trick customer dengan kelebihan produk macam contoh korang jual jam. Korang explain benefit jam contoh, jam kalis air, jam murah, jam bateri taham lama, jam lelaki/perempuan dan pandai pandai lah korang. Penuhkan 80 ayat diberi.
- Sebelum pergi lebih jauh, pastikan di isikan semua detail pada bahagian setting terutamanya alamat.
- Okay next! Description product. Bagi info ringkas dan padat. Di Shopee buat HARD SELL terus tak perlu ayat bunga bunga macam di FACEBOOK.
- Next proceed bahagian detail. Brand, material and so on. Kalau produk korang tak ada brand letak je no brand/OEM jangan tiru brand orang lain.
- Next! Kalau produk yang single item tak ada saiz tak ada warna lain just proceed tanpa klik part variation.
- Lepas siap setup, boleh letak harga dan berapa stock yang tinggal. Boleh buat harga borong untuk tarik minat pembeli.
- Lepas tu setup berat produk. Anggaran saja, tak perlu tepat. Shipping fee setup manual dulu sementara untuk dapatkan free shipping. Lepas dah dapat free shipping turn on je nanti.
- Part last sekali setkan bahagian produk ready stock/pre-order. Ready stock pos dalam masa 2/3 hari. Pre-order minimum 7 hari.
- Dah siap setup kan semua klik publish tanpa ragu-ragu.
- Bila dah publish list lagi produk lain supaya kedai korang tak hambar sangat. Kalau tak ada, ulang produk sama sampai 5 kali just tukar gambar first.
- Bila dah list macam ni, klik more operation then klik boost. Itu free marketing Shopee bagi untuk setiap 4 jam. Rajin rajin lah klik nak up iklan.
Okay dah settle part upload produk now nak cerita sikit pasal list list yang ada ni.
- My product- Untuk upload produk baru, edit produk dan boost produk.
- My Shop Category- Kategori jantina, jenis barang dan sebagainya.
- My Sales- Untuk cek order masuk, postage item, dan lain-lain.
- Marketing centre- Untuk buat ads/voucher/discount/join shocking sale.
- My Income- Untuk trace income dari Shopee.
- My Wallet- Untuk tengok duit yang Shopee release pada korang include date/name/order.
Part My Sales
- Dari sini korang boleh cek status order. Kalau "to ship" barang masih belum di pos lagi sama ada masih di HQ/sudah sampai pos laju tapi belum di scan. So, mana satus yang masih "to dhip" selagi tu Shopee akan anggap benda tu belum di pos.
- Bila barang dah masuk kategori shipping, korang dah selamat dari di cancel oleh Shopee. So selagi customer tak dapat barang, Shopee tak akan release duit pada korang lagi.
- Bila STATUS COMPLETE baru Shopee akan bayar duit pada korang. Maksudnya bila customer dan tekan receive order/ selepas 3 hari customer dapat barang duit auto masuk.
- PART CANCELLATION bila mana customer tak buat pembayaran dalam masa yang ditetapkan/ dia dah dah order pastu dia cancel/ barang yang tak ikut masa yang ditetapkan oleh Shopee.
- REFUND bila mana ada masalah pada barang. Customer tak berpuas hati/ barang salah pos.
Fuhh panjang betul tips kali ni. Harap-harap faham lah sedikit sebanyak tu. So lepas ni boleh dah slow slow buat account Shopee nak cari income lebih. SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA~
credit: mohdzukrillah (twitter)
credit: mohdzukrillah (twitter)
No comments