5/Korea/slider1

Pinterest

"Apa yang dipelajari kita kongsikan.. Tips Travel | My Experience


Untuk mulakan hidup baru di negara orang bukan perkara yang mudah. I swear to God it's not easy tho. Kalau korang nampak yang best aku share itu sebenarnya aku sorok banyak benda tak best. Hahahaha. But why bother right, just let it be.


Sebelum aku berpindah ke Korea Selatan banyak perkara yang aku tak tahu sebenarnya. Tapi hari demi hari sentiasa belajar benda baru. Everyday my life has kind of turned into a routine. Let's we explore the things we should know before moving to South Korea.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Metro/Subway station yang hebat

Metro/subway pengangkutan utama. Tempat yang paling busy dari pagi hingga ke malam. Untuk memudahkan perjalanan jangan lupa standby T-money so tak ada lah buang masa nak tukar token tiap kali naik subway.



Metro dekat sini kedalaman dia melebihi 2 hingga 3 tingkat bangunan. Paling dalam sekali dekat Itaewon (i guess), iaitu 3 tangga escalator . 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Memberus gigi selepas makan

Semua lapisan umur gemar bawa berus gigi dorang ke mana-mana. Perkara ni memang sangat biasa berlaku dekat sini. Dorang berus gigi di tandas lah, bukan di meja makan. Jangan salah faham pulak. Hahahaha. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Makanan yang pedas

Kalau korang penggemar makanan pedas, korang memang datang di tempat yang betul. Kepedasan dekat sini bukan biasa biasa, ada yang laaaaagi pedas dari samyang. Ikut ketahan masing-masing lah kan. Kalau yang tak biasa makan pedas jangan cuba-cuba nak makan pulak, nanti sakit perut orang lain juga susah.

  sumber:Gochu-jang


sumber:tteok-bokki spicy
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kimchi

Asal Korea je kimchi, asal kimchi je Korea. Haa begitu. Ya kimchi makanan wajib, dimakan setiap masa dengan apa jua hidangan. Kimchi lagi bertambah sedap kalau diperam lama. Setiap tahun sebelum musim salji, orang Korea akan buat kimchi beramai-ramai. Kalau nak cerita step by step dia tak hafal lah aku, renyah sangat. Yang penting ianya bukan mudah ya teman-temanku.
sumber

Aku nak bagitahu satu rahsia kisah kimchi. Kedai makan di Korea mostly akan recycle kimchi previous customer yang tak habis makan. Side dish biasanya yang elok dorang akan recycle untuk elakkan pembaziran. Selagi boleh basuh dorang basuh. Kalau kimchi mana boleh basuh :P

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Asia Mart

sumber

Mana hantu sambal belacan korang jangan risau, dekat sini ada kedai namanya ASIA MART / HALAL MART / WORLD MART menjual barangan masakan dari INDONESIA / THAILAND / VIETNAM / MALAYSIA / PAKISTAN / INDIA. Kalau harga sorry to say jangan compare dengan Malaysia, sebab hmm mahal sangat (rugi tak bawa bekal banyak). Makanan HALAL pun ada dijual.





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dress up!

Kerdilnya rasa kalau berjalan jalan dekat Korea ni. Kiri kanan cantik, rasa diri ni macam potato. Hahahaha. Dorang jaga penampilan head to toe gais. Dalam train pun masih sempat touch up sana sini. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No English

Sebelum sampai Korea jangan lupa belajar ayat yang basic contohnya semasa order makanan / membeli / /bertanyakan jalan / menawar harga barang. Ada sesetengah orang boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris walaupun sedikit. Tapi tak salah juga sekali sekala mencuba belajar bahasa baru bukan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seafood

Dekat sini macam-macam seafood ada dan dikatakan biggest fish market di Korea. Segala hidupan laut dorang buat makan. Harga pun berpatutan. Dalam tv tu kalau tengok dorang makan meleleh leleh air liur ni kan.

sumber

sumber


Seaweed di Korea pun banyak jenis. Kalau yang tak berperisa tu dorang layur atas api then cut into small pieces makan dengan nasi dan ban-chan (side dish)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hygiene produk yang sangat mahal

Nak beli deodorant dekat sini pun fikir 10 kali. Produk kesihatan disini lebih mahal berbanding di Malaysia. Mungkin sebab barang import jadi harganya dua kali ganda dari Malaysia. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Local Coffee Shop

Di Korea kedai kopi / kafe adalah rutin orang Korea lepak selepas waktu office. Terdapat banyak pilihan kedai dengan harga yang berbeza. Biasanya orang Korea gemar lepak di kafe.


sumber

sumber

sumber

sumber

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Convenience store operasi 24 jam

GS / CU / 7ELEVEN / MINI STOP antara convenience store yang terdapat di Korea. Dari store kecil hingga besar beroperasi 24 jam sehari 7 hari seminggu. Tengah malam kalau lapar boleh lah beli apa yang patut. Makanan dan minuman / toiletries / rokok / ubat-ubatan boleh didapati disini. 


sumber

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

The famous DAISO

sumber

Tempat wajib shopping di Korea. Harga bermula 500won hingga 5000kwon. Macam macam barang yang dijual di Daiso. Rambang mata lah acik acik semua kalau masuk sini. Silap silap tak sedar budjet burst shopping di Daiso. Tempat paling berhantu shopping sini. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Merokok di tempat awam adalah dilarang

Di Korea perokok dilarang merokok sambil berjalan di tempat awam. Semasa memandu pun boleh kena saman kalau kantoi. Antara tempat larangan merokok adalah taman permainan / dalam kedai makan / kawasan yang sibuk dengan orang awam.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kakao Talk sebagai pengganti Whatsapp

Kalau di Malaysia WHATSAPP adalah sebagai rangkaian utama untuk berhubung. Berbeza di Korea dorang menggunakan KAKAO TALK. Fungsinya sama saja macam Whatsapp. Kalau tanya dorang WHATSAPP memang dorang pelik sedikit sebab dorang pun tak pakai. Jadinya terpaksa lah download KAKAO TALK.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baseball is a big deal

Korean the biggest fan baseball. Macam kita bola sepak lah kan. Huhuhu. Basically the ticket sale around 10,000KW only. People watch live streaming everywhere.

sumber: Baseball team logos

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Susah jumpa tong sampah

Ini paling fed-up sekali. Kalau korang jenis makan sambil berjalan itu jangan harap lah sesenang korang nak jumpa tong sampah. Sampai kena masuk kedai nak buang sampah. Sangat susah nak jumpa tong sampah. Nasib lah korang kehulu kehilir bawa sampah korang itu. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Air Quality (fine dust)

Habuk halus ini tak nampak sangat dengan mata kasar, jadinya sebelum keluar cek air quality dalam apps weather korang. Kalau ada warning fine dust ini jangan lupa pakai mask dan minum air masak banyak banyak. During spring fine dust more worst because of windy. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Korean couples suka matching pakaian

Benda ini dalam drama pun sama luar drama pun sama. Itu tanda dia couple lah itu. Hahaha. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Claim tax semasa shopping

Boleh claim terus semasa shopping, yang penting kena ada logo tax refund dekat kedai tu. By the way minimum claim tax from 30,000KW above until 300,000KW at store or machine claim tax. Over than one million you should claim at the airport.

Macam aku kalau masuk UNIQLO aku claim selagi boleh claim. Tunjuk saja passport bagi dia scan dah siap. Nanti dekat resit itu akan tunjuk balance yang boleh korang claim untuk pembelian seterusnya. Simple.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya banyak lagi benda yang mungkin kita semua tak tahu sebelum datang ke Korea ini. Semoga info yang diberikan ini boleh jadi rujukan sebelum ada yang nak datang ke sini. Mungkin info ini berbeza pemerhatian antara aku dan yang lain, but it's okay don't judge :P


38 comments

  1. Sangat betul...Sis terkejut masa makan kat Itaewon dulu, lepas makan pergi toilet, tengok semua orang Korea pi toilet lepas makan berus gigi...terkesima sekejap hahahaha...rindunya Korea!

    ReplyDelete
  2. Walau seronok ke negara orang..Susah tu pasti ada. Moga sis boleh selesakan diri di sana. Sibukkan diri dengan perkara bermanfaat. Nanti dah jadi personal shopper bagi tau. hahahaa. nak kirim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambatttt lagi nak jadi PS. Hahaha. Boleh pm tepi je sis.

      Delete
  3. seronok dpt experience stay kt negara org..dlu masa pi korea stay area itaewon sbb are situ senang skit nk dpt makanan muslim..kimchi tk brp mkn...oh br tau org korea suka mkn pedas sbb masa holiday tu kami byk masaksdiri dkt guesthouse...kalo mkn luar mcm nasi arab, kebab mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai kedai melayu pun ada sis. Banyak lagi kedai kedai makanan halal dekat bandar Seoul tu kalau rajin cari.

      Delete
  4. walaupun dah banyak tengok drama korea, lagu dalam playlist pun banyak kpop, basic language pun dah power, tapi tak pernah lagi jejak Korea hahaha.. Tunggu dah bekerja nanti nak pi korea dulu

    ReplyDelete
  5. sesekali seronok baca culture negara lain kan. banyak yang kita boleh belajar.

    ReplyDelete
  6. Bagus info pendek pe dek begini senang dan mudah untuk prang fahami. Kita dah g Korea tapi dah lama sangat huhu sekrang tentu lebih cangih.. ingat masa pergi ikut rombongan artis Festival Filem Asia Pasifik bersama ketika itu Ogy, Rahim Razali bg filem Abang.

    ReplyDelete
  7. Kita yg tgok org duduk negara asing macam best je..tapi yg alami sendiri tahu mcm mana kan. Kawan sis pun ada dok luar negara..kebanyakkannya mmg bosan katanya, rindu kat Malaysia. Ehhh rindu pulak nak ke Korea

    ReplyDelete
  8. Bestnye Korea...
    walau dah 2 kali pergi, Korea sentiasa best...

    bila baca, rindu la pulak nak ke sana lagi.

    ReplyDelete
  9. Korea antara tempat menarik untuk dikunjungi dan budaya masyarakat disana memang agak baik.

    ReplyDelete
  10. Penuh dengan informasi terkini.
    Orang Korea ini lebih kurang macam orang Jepun jugaklah. Pentingkan kebersihan.

    ReplyDelete
  11. I love korea! Just finished watching crash landing into you! Makes me wanna visit korea and ear kimchi

    ReplyDelete
  12. Betul tu. Mommy pun rindu nak ke Korea lagi. Bab makan Side dish tu, kawan mommy Mmg dh pesan. Tp sepanjang mommy ke Korea, mommy stay mcm homestay, dekat situ boleh masak.

    Mommy tak makan dekat luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya masak sendiri lebih yakin kan mommy :). Kalau jumpa kedai melayu je baru Fana singgah.

      Delete
  13. Saya baca dengan rasa teruja.. menarik juga bumi korea.. belum lg tempat sejarah mereka

    ReplyDelete
  14. I love reading this Fana... it is such a great experience kan, merantau di negara orang gitu... anak-anak saya peminat setia makanan Korea dan juga semualah berkenaan Korea... ada juga plan nak migrate... maybe nanti Fana boleh advise apa-apa yang patut kalau sudi... heheheheh...

    ReplyDelete
  15. tq for sharing, fana.
    ilmu yg sgt bernilai ni. kita tak dpt jejak sana, dpt baca gini pun alhamdulillah :)
    korea ni salah satu tempat aida nak gi. in shaa Allah.
    anak2 kemaruk citer korea, pepaham jer la, fana :) ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  16. wah cant wait! saya dapat percutian percuma ke south korea, tapi tak sure terbang bila tunggu covid reda dululah. tak sabar lak especially bab kopi

    ReplyDelete
  17. wah.. menariknya info-info dalam entri ni.. tak jemu baca sampai habis.. tapi part kimchi yang customer tak habis makan dibasuh selagi boleh basuh tu amat buat tekak rasa.. eww.. huhu.. adoi.. ok ke macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sini memang recycle kalau sayur. Loya tekak lepas dapat tahu.

      Delete
  18. Menarik info macam ni sebab kita ni tak de pengalaman macam ni. sekali sekala baca memang rasa teruja sangat. Tapi macam tak sangkakan, baseball famous kat sana.. kat sini kita tak layan sangat

    ReplyDelete