5/Korea/slider1

Pinterest

Survival guide travelling during summer in Korea.

Cuaca sekarang hujan dan lembab, lagi beberapa hari akan masuk musim panas. Hmm, rindu salji. Percaya atau tidak aku dah lalui musim panas disini tiga kali! Dan kepanasan disini bukan biasa biasa. Sila enjoy apa yang ingin aku kongsikan ini.


Whoops!!!
Reminder : Click up left for translate it if you can't read in BAHASA MELAYU (:

Semasa musim panas di Korea, tanpa kipas atau aircond korang boleh 'mati kepanasan'. Tanpa bergerak kesana kesini tiba-tiba badan boleh berpeluh dengan banyak sekali. Sepertinya pada masa itu juga kita mengharapkan musim salji datang dengan cepat :P

Selain bercuti di Seoul, Jeju pun tempat yang menarik untuk korang pergi masa musim panas ni. Tapi aku ada tips yang aku nak share dengan korang yang merancang nak datang bercuti dekat Korea pada musim panas nanti. 

Keadaan cuaca panas di Korea

In short, the weather is torture. Kekejaman tu dapat dirasai pada pertengahan bulan Julai dan Ogos. Biasanya suhu boleh mencapai 32C - 40c. Pada masa ini shopping mall's / restaurant's / pantai dipenuhi dengan manusia. Semua orang mahu sejukkan badan daripada rembesan peluh yang keluar. Kalau yang suka make-up tu jangan lupa cek cermin selalu :P

Pemakaian semasa musim panas

Kalau korang datang melancong ke sini elakkan pakai pakaian yang tebal seperti jaket / cardigan. Sangat tidak sesuai. Kalau nak pakai baju dua lapis pun tak sesuai. Pilihan aku adalah cotton / linen. Kalau ada bajet lebih korang pergi UNIQLO, sebab pakaian musim panas dia function teruk.

Biasanya aku akan pakai blouse yang lebih besar supaya peluh tak melekat pada baju. Seluar pun aku pilih kain yang tak tebal dan flowy. Lagi satu bertopi atau bawa payung . Jangan korang guna payung yang transparent tu, sama macam tak berpayung je. Itu optional, kalau tak guna pun tak apa tapi macam kena guna juga. Eh guna jelah payungkan sebab panas.

Aktiviti musim panas di Korea

Pada bulan Jun dan awal bulan Julai adalah masa yang sesuai untuk ke Jeju sebab tak terlalu panas sangat berbanding hujung bulan Julai dan Ogos. Dan lebih selesa untuk pusing pulau dengan menyewa kenderaan daripada naik bus. 

-Pergi ke taman tema

Lotte World (sumber)

Everland Theme Park(sumber)

Rasanya lebih selesa pergi tempat-tempat macam ni pada musim panas berbanding musim sejuk. Musim sejuk nak kena hadap baju tebal lepastu cuacanya lagi. Musim panas lebih santai dan selesa.

-Berkelah di Han River Park

sumber

When visiting SEOUL, it's hard to miss the HAN RIVER. Tempat famous ni kalau dalam K-drama. Korang juga boleh sewa basikal pusing pusing di sekitar HAN RIVER. Banyak aktiviti boleh buat dekat sini.

-Go for a sunrise hike

sumber

Tak salah kalau sekali sekala datang ke negara lain buat aktiviti hiking. Tapi ni optional je. Dapat buat pun best tak dapat buat pun tak apa. Kalau korang nak hiking di Seoul boleh cuba Maebongsan atau Hanuel Park, di JEJU Seongsan Ilchulbong dengan gelaran "SUNRISE PEAK"

-Snow themed indoor park

Snow Park 1 Day Tour

Mana yang belum pernah lagi pergi ke sini korang jangan lupa cuba kalau datang ke Korea pada musim panas. Tempat ni sama jelah macam I-City Shah Alam tu. Banyak aktiviti dan ada pakej untuk 1 hari.

Makan + minum untuk kekal nyaman

Bila musim panas makanan yang sejuk ni sangat sinonim untuk segarkan badan. Kalau dah datang ke Korea ni macam - macam pilihan yang boleh dicuba.

-Ice Noodle

sumber

Nama pun ice noodle mestilah ada ice dalam mee ni. Sama macam mee sup tapi version sejuk. Basically portion di Korea untuk satu orang makan sangat banyak dan terlebih kenyang jadi boleh lah kongsi. Aku pernah sekali je cuba tapi tak kena dengan tekak. Mungkin korang boleh order mee ni kalau nak cuba.

-Bingsu

sumber

Bingsu is amazing teroks. Originally patbingsu ni adalah red bean paste yang diletakkan di atas ice dengan rice cake dan serbuk kacang. Kalau yang sekarang lebih kepada buah buahan dan susu pekat. Lebih kurang sama macam ABC di Malaysia. Paling sedap CHEESECAKE dan MANGO BINGSU.

GS25 Ice Cream

Mana-mana tempat pun boleh beli ice cream ni. Tapi aku lebih suka beli di GS sebab ada 2+1. Musim panas pulak ni kan, mesti habis punya beli tiga pun. 

Extra tips

> Bawa kipas kecil setiap kali keluar. Boleh beli di Daiso / Artbox. Tapi aku suggest baik beli di Daiso, ARTBOX dia macam mahal sikit.

> Sentiasa bawa botol air minuman. Dekat Korea ni kalau bawa botol kosong pun senang je nak refill dekat mana mana kedai makan / mesin Coway yang disediakan.

> Pakai sunscreen sebelum keluar rumah lelaki / perempuan. Jangan biarakn kulit togel terdedah matahari terlalu lama.

> Sediakan payung kalau korang tak tahan panas.


Itu sajalah tips yang aku ingin kongsikan dan korang dapat. All the best bercuti ke Korea semasa musim panas dan sweat-free as possible!

If you're travelling to Korea for the first time, check out this link below:


22 comments

  1. masa pegi everland tu hujan...tp bole la main2 dlm tu..paling adventure naik roller coater kayu tu...happening sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fana tak pernah masuk lagi Everland. Lotte World je yang pernah jejak kaki. Hahaha

      Delete
  2. memang wishlist nak visit korea. Tengok dalam drama korea macam best je tapi tak sempat2 nak jejak sana lagi. thank you for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga. Datang lah musim salji, musim panas tak best sangat.

      Delete
  3. Kalau pi Korea ke atau mana-mana luar negara, Sis suka pergi musim sejuk salji aje, sebab musim tu takde di Malaysia...lagipun Sis suka sejuk hehehe...untk tahun 2020 ni dah beli ke Jepun bln 9, tapi tak tau lagi ni macam mana..no idea...dah le tak boleh cancel huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah sayangnya tiket kalau tak boleh cancel. Harap harap dipermudahkan lah sis.

      Delete
  4. bestnya hiking. kalau kat sana nak hiking kena permit tak? macam malaysia kalau gunung kena permit. certain bukit pun ada permit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini tak perlu permit. Bukit tu memang open untuk orang ramai.

      Delete
  5. tq sis atas perk<ngsian. memamg bermanfaat walau pun Mat Drat dah 2 kali ke Korea. Byk tips

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Wow dah dua kali tu mesti lagi banyak tips boleh share dalam blog nanti.

      Delete
  6. oo bestnya. thanks for the tips. tak sabar lak nak percutian percuma ke korea. tahun bila tak tau la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Datang lah musim salji kalau plan nak ke sini. Musim panas macam panas sangat. Hahaha

      Delete
  7. tak pernah sampai lagi di Korea. hope one day dapat lah jejak kaki ke sini. teringin sangat nak ke korea ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan ada rezekinya nanti. Kena tunggu covid reda lah kan. hehehe

      Delete
  8. Thanks for the tips. Tak pernah sampai lagi ke Korea. Hope one day... dapatlah jejak kaki ke sana. Seronok melihat negara orang.

    ReplyDelete
  9. Wahh. Tips sangat berguna. Apa plan sis untuk musim panas akan datang? Macam mana dengan musim covid19 kalau nak pergi taman tema?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. Theme park still open during covid. Terpulang nak masuk atau tak. Tak plan lagi sebab covid masih belum reda, so jalan dekat dekat jelah.

      Delete
  10. Everland theme park best. Iena pernah pergi sana .Tak puas dekat dalam tu :D
    Insya Allah ade rezeki nk pergi korea lg tp tmpt lain pulak..

    ReplyDelete
  11. Bestnya travel ke korea... Awl thun ritu dh plan dh nak pergi tapi cancel sbb arwah abh tak sihat .. Ada hikmahnya kan.. Leh rujuk entry ni lain masa nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Takziah semoga arwah ditempatkan bersama orang orang beriman.

      Delete