5/Korea/slider1

Pinterest

Perbezaan Korea Utara dan Korea Selatan Yang Seluruh Dunia Tidak Tahu

Adakah korang tahu yang Korea Selatan dan Korea Utara telah 70 tahun berpisah? Apakah perbezaan Korea Utara dan Korea Selatan? Terdapat banyak perbezaan antara dua negara ini. Korea Selatan begitu sinonim dengan budaya K-Pop dan K-Dramanya. Tetapi bagaimana pula dengan Korea Utara?

Pada mulanya Korea Utara dan Korea Selatan adalah negara serumpun. Sampailah saat perang dunia ke-dua, kedua-dua negara ini berpecah sehingga menjadi dua negara yang berbeza. 

Macam mana rakyat Korea Utara meneruskan hidup? Korea Utara adalah negara yang sangat privacy daripada dunia luar. Bahkan rakyatnya juga diawasi dan dilarang untuk mengakses maklumat ke negara lain. Bayangkan kalau benda ni terjadi pada negara kita. Sanggupkah korang?

Apakah perbezaan Korea Utara dan Korea Selatan yang seluruh dunia tidak tahu?


Pyongyang vs Seoul



Korea Selatan:-Bangunan-bangunan ini dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai dari segi kedai aksesori, make-up, restoran, dan lain-lain. Pemandangan antara Seoul dan Pyongyang tidak banyak beza. Kedua-duanya dipenuhi dengan bangunan yang tinggi.

Korea Utara:-Berbeza dengan Korea Utara, di sana mereka dikawal dan berbelanja dengan berhemah. Di Korea Utara juga barang import adalah sangat terhad dan tidak sesibuk bandar Seoul.

Tempat Tinggal Penduduk



Korea Selatan:-Harga sewa apartment kecil di Korea Selatan puratanya mencapai RM500 seunit dan boleh mencecah RM1000 lebih mengikut kawasan.  Apartment di Korea Selatan lebih seragam dan harga yang sangat bersesuaian mengikut fasiliti yang disediakan

Korea Utara:-Jumlah kepadatan penduduk di Korea Utara lebih banyak daripada jumlah penduduk di Korea Selatan. Berbeza dengan Korea Utara mereka tak perlu bayar sewa sekiranya sudah berdaftar dan memiliki sijil status perkahwinan.

Fesyen



Korea Selatan:-Negara ini adalah negara yang paling maju dalam dunia fesyen. Fesyen mereka lebih berani dan menonjol dengan menggunakan pelbagai warna dan gaya.

Korea Utara:-Fesyen mereka jauh ketinggalan ke belakang. Malahan wanita di Korea Utara dilarang memakai baju dan seluar yang ketat. Jika mereka melanggar peraturan mereka akan dikenakan hukuman dan denda dari pihak kerajaan.


Makanan



Korea Selatan:-Terdapat pelbagai jenis makanan dan menjual pelbagai menu termasuklah menu barat.

Korea Utara:-Kesukaran mendapatkan maklumat dari luar negara menyebabkan mereka lebih banyak makan kimchi dan nasi putih saja.

Pembedahan Plastik



Korea Selatan:-Lebih bersikap terbuka dan tidak malu untuk mengambil pembedahan plastik demi menjaga penampilan. Terbuka kepada wanita dan lelaki.

Korea Selatan:-Kebanyakkan mereka tidak tahu mengenai pembedahan plastik. Malahan harga pembedahan juga terlalu tinggi dan mereka sangatlah tidak mampu.

Hiburan



Korea Selatan:-Antara negara maju yang berjaya menawan dunia dengan muzik mereka tanpa mengalih bahasa. Rakyat mereka juga tiada had untuk berhibur.

Korea Selatan:-Mereka hanya boleh menonton drama /filem yang dibuat oleh produksi Korea Utara saja. Malahan, mereka perlu mendaftar dengan kerajaan jenis alat hiburan dan teknologi terlebih dahulu.

Perayaan



Korea Selatan:-Pelbagai percutian dan sambutan bukan saja sambutan cuti dalam negara bahkan juga percutian antarabangsa seperti sambutan tahun baru dan krismas.

Korea Utara:-Sambutan perayaan lebih terhad dan mereka lebih banyak menyambut hari jadi pemimpin yang terdahulu saja.

Pendidikan

Di sekolah mata pelajaran dasarnya adalah sama dengan Korea Selatan seperti matematik, sains, bahasa inggeris, geografi dan seni budaya. Mata pelajaran barat juga turut diajar di sekolah.

Cumanya di Korea Utara ini walaupun gaya hidup barat diterapkan, tetapi gambarannya tidak lah seperti itu. Untuk menggambarkan gaya hidup barat, students di Korea Utara perlu menunjukkan gaya hidup negara-negara Afrika.

Jalan-Jalan Di Bandar

Jika diperhatikan jalan di bandar mana-mana negara pasti akan ada traffic light. Begitu juga di Korea Selatan, setiap simpang ataupun tempat pejalan kaki mesti ada disediakan traffic light.

Di Korea utara hal ini sama sekali tidak akan berlaku. Polis digantikan menjaga lalu lintas di jalanan walaupun terdapat banyak traffic light.

Pelancongan

Pada prinsipnya, Korea Utara membenarkan sesiapa sahaja masuk bercuti ke negara itu. Tetapi hanya Korea Selatan dan wartawan yang ditolak walaupun terdapat beberapa pengecualian untuk wartawan. Sama juga dengan Korea Selatan, penduduk Korea Utara adalah dilarang sama sekali masuk ke negara tersebut.

Dan pada tahun 2017 bulan Julai penduduk Amerika telah dilarang masuk ke Korea Utara kerana risiko yang terlalu tinggi. Amerika telah di ban daripada masuk ke Korea Utara berkuatkuasa September 2017.

Di sempadan Korea Utara dan Korea Selatan terdapat sebuah bandar yang dibina sangat cantik dan berwarna-warni. Tapi itu semua hanyalah untuk menggaburi mata orang luar. Hakikatnya bandar tu tak ada orang pun tinggal.

Internet

Internet di North Korea boleh diakses tetapi strictly limited in Korea Utara. Internet hanya boleh diakses untuk tujuan kerajaan dan oleh foreigners. Jika di Korea Selatan ianya tiada sebarang masalah dan boleh diguna pada bila-bila masa dimana-mana saja tanpa halangan.


Politik



Korea Selatan:-Jika di  rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat sekiranya pihak kerajaan ada menjalankan agenda yang bercanggah dengan persetujuan rakyat.

Korea Utara:-Rakyat tidak berhak bersuara, sama ada setuju atau tidak rakyat perlu mengikut apa saja arahan dari pihak kerajaan. 
>
>
>
>
>

Seorang penulis (Lafforgue) telah melawat Korea Utara sebanyak 6 kali (sehingga 2019) dan dia ingin melihat perkembangan negara tersebut setiap kali dia datang melawat. Dan ini apa yang dia lihat:-

  • Lafforgue berkata Korea Utara telah banyak berubah secara dramatik dari pertama kali dia melawat Korea Utara pada tahun 2008. Cuma yang tidak berubah adalah rejim askar mereka.
  • Pada tahun 2008 tiada pelancong luar datang melawat negara tersebut. Sekarang telah ramai pelancong dari negara luar dibenarkan masuk Korea Utara.
  • Sekarang rakyat Korea Utara banyak memiliki barangan dari China seperti komputer, DVD, dan pakaian.
  • Lafforgue berkata sekarang dia juga lebih mudah mengambil gambar candid dan berbual dengan penduduk Korea Utara mengenai sukan.
  • Potrait Kim II Sung dan Kim Jung II ada di mana-mana seperti 'melihat orang ramai'.
  • Ber-dating adalah sangat rare di Korea Utara. Selalunya lelaki dan wanita dilarang berjumpa dikhalayak ramai.
  • Lafforgue berkata; terdapat banyak kembar dua dan kembar tiga tanpa ibu bapa. Alasannya ibu bapa ini tidak mampu untuk membesarkan 2 ke 3 anak dalam satu masa. Dan anak mereka ditinggalkan di rumah anak-anak yatim.
  • Semasa di sekolah anak-anak lain tidak boleh membantu sesama sendiri jika sedang ditanya soalan oleh gurunya. Perkata tersebut adalah dilarang.
  • Kebanyakkan kanak-kanak ini akan dilatih dari kecil dengan melakukan aktiviti kebajikan di ladang atau kebun.
  • Lelaki di Korea Utara perlu menjadi tentera sekurang-kurangnya 6 tahun dan kurang berkomunikasi bersama ahli keluarga.
  • Ramai penduduk Korea Utara sekarang memiliki telefon bimbit dan hanya boleh menghubungi di dalam negara saja dan tidak ada telefon negara luar yang dibenarkan masuk.
Kesimpulannya:-Kita patut bersyukur Malaysia masih aman. Fuhh boleh tahan 'mesra' betul Korea Utara ni. Seram nak masuk kalau dibenarkan masuk sekali pun. 

Credit to : Business Insider

9 comments

  1. bila baca ni rasa teringin nak pi korea utara, something unique to learn. firat time tau ada negara bukan islam tak bagi rakyat berpakaian ketat, bagus apply kat malaysia hehe

    ReplyDelete
  2. Boleh kemurungan kalau dok kat negara depa. Bab anak paling tak terkata apa. Yatim... walaupun masih ada mak bapa. Syukurlah Malaysia bukan macam tu.

    ReplyDelete
  3. Banyak juga peebezaan Korea Utara dan Korea Selatan. Kalau saya lah tak sanggup tinggal negara macam ni. Bersyukur duduk di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. nampak beza sangat antara korea utara dan selatan..seran plka nak ke korea utara..tapi mmg tak tahu apa yg menarik di sana..macam tertutup kan serba serbi..mcm korea selatan kit atahu juga certain place yg mmg cantek tempatnya

    ReplyDelete
  5. Saya memang berminat nak tahu mengenai Korea Utara. Banyak dokumentari yang saya dah tengok. Dekat youtube pun ramai yang share kunjungan ke Korea Utara. Kalau sape yang tengok drama Crash Landing On You boleh la relate dengan keadaan sebenar di sana.

    ReplyDelete
  6. Ya Korea Utara tidak amalkan denokrasi. Yg hairan tu rakyatnya boleh lak patuh dan tak mogok ke apa ke... betul takut nk masuk negara begini walaupun dibenarkan.

    ReplyDelete
  7. Betul. North korea ni mmg strict gila rules dia. Bkn sebarangan org boleh masuk sana.

    ReplyDelete
  8. sangat menyeramkan. tp rasanya rakyat di korea utara akan lebih berdisiplin dan budaya lebih terjaga.

    ReplyDelete