Australia
Australia antara negara yang mempunyai daya tarikan alam semula jadi dan haiwan yang tak boleh ditemui di negara Malaysia. Kanggaroo dan koala adalah simbol negara Australia. Siapa yang tak teringin pergi ke negara ini? Pastinya semua teringin lagi lagi dengan kecomelan koala dan kanggaroo itu kan.
Perth,Australia antara salah satu negara yang harus dikunjungi. Tempat tempat menarik juga tidak jauh daripada pusat bandar dan mudah untuk diterokai. Pengangkutan awam / kenderaan sewa sangat mudah didapati.
Siapa kata kalau melancong pelu gunakan bajet yang banyak? Jangan risau. Banyak lagi tempat-tempat menarik tanpa menggunakan bajet yang banyak sebenarnya.
Bahagian
Perth WA suburbs (sumber)
Kedudukan Perth Australia terletak pada kawasan Western Australia (WA). Masa perjalanan yang diambil dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Perth Airport hanya lah 5jam 40minit.
Melancong di Perth Australia boleh jimat bajet ke?
Ya sangat boleh. Tidak semua tempat perlancongan di sana memerlukan bayaran masuk/fee entrance.
Pergerakan dari satu tempat ke satu tempat juga tidak terlalu jauh.
Siapa kata kalau melancong pelu gunakan bajet yang banyak? Jangan risau. Banyak lagi tempat-tempat menarik tanpa menggunakan bajet yang banyak sebenarnya.
Ini adalah pertama kali aku nak kongsi dengan korang tempat tempat menarik di Perth Australia tanpa menggunakan bajet yang besar. Baca seterusnya..
For Pinterest ⇓
Antara tempat yang menarik dilawati sambil jimat bajet di Perth Australia:-
Fremantle
Makan fish and chip,s sambil berjalan di tepi pantai? Jangan lupa mencubanya kalau datang ke sini. Pemandangan luas yang menghadap laut Selat India memukau pandangan pelancong yang datang ke sini.
Dengan menaiki kereta sewa atau train dari pusat bandar masa cuma diambil dalam 30-40minit. Kalau guna GPS, option laluan diberikan sama ada korang nak menyusuri tepi pantai atau laluan bandar. Nak rasa dua dua senang je, pergi lalu ikut bandar dan balik ikut jalan pantai.
Muzium, pasar siang dan tempat menjual cendera mata ada terdapat di Fremantle. Pilihan kedai kedai makan fish and chip's juga banyak (kalau orang ramai kedai tu sedap). Jalan-jalan di pasar siang jangan lupa mencuba dessert yang di jual, sumpah sedap.
Pantai Cottesloe
Cottesloe tempat yang sentiasa ramai orang, terutamanya musim panas. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di pantai sini, antaranya snorkeling, surfing dan berenang. Air tetap sejuk walaupun musim panas, tak sama macam pantai di Malaysia. Pantai ni juga antara pantai tumpuan penduduk tempatan dan pelancong. Kafe dan restoran ada di sekitar pantai untuk dicuba.
Lancelin Sand Dunes
Mahukan lebih penggembaraan? Jom cuba sand surfing di Lancelin Sand Dunes yang terletak di bahagian utara Perth. Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam dari bandar Perth. Tempat ni kalau orang tak tahu memang tak akan sampai, sebab lokasi dia agak tersorok.
Aku mula mula datang pun confused. Takut lah sesat ke. Kawasan sand dunes ni sangat besar dan berbukit. Kalau korang nak cuba sand surfing korang kena sewa board dia atau boleh bawa sendiri.
Aku mula mula datang pun confused. Takut lah sesat ke. Kawasan sand dunes ni sangat besar dan berbukit. Kalau korang nak cuba sand surfing korang kena sewa board dia atau boleh bawa sendiri.
Pinnacles Desert
Pinnacles Desert adalah tempat yang harus dilawati. Landskap yang semula jadi dan sangat berbeza daripada mana mana tempat memukau pandangan pelancong. Tempat ini sangat senang ditemui dengan paparan signboard untuk menuju ke lokasi.
Lokasi Pinnacles Desert adalah melalui jalan yang sama untuk ke Lancelin. Jadi tanpa membuang masa korang boleh save trip disini dengan mengunjungi dua tempat dalam masa sehari. Sekiranya korang ingin berbuat demikian, pergilah dulu ke Pinnacles Desert lepastu ke Lancelin Sand Dunes. Sebab tempat Pinnacles Desert atas lagi daripada Lancelin.
Elizabeth Quay & The Bell Tower
Kedua-dua tempat ini adalah berdekatan. Terletak di pinggir bandar metropolitan Perth dan terdapat taman rekreasi untuk beriadah. Sesuai untuk aktiviti santai petang petang sambil minum kopi panas dan berjalan jalan di sekitarnya.
The Bell Tower adalah salah satu musikal instrumen yang terbesar di dunia. Menara setinggi 82.5 meter ini terletak di Barrack Square. Pengunjung juga dapat menikmati skrin audio visual canggih di seluruh menara yang memaparkan gambar dari 16 kamera yang tertumpu di ruang loceng.
Related post:-
The Bell Tower adalah salah satu musikal instrumen yang terbesar di dunia. Menara setinggi 82.5 meter ini terletak di Barrack Square. Pengunjung juga dapat menikmati skrin audio visual canggih di seluruh menara yang memaparkan gambar dari 16 kamera yang tertumpu di ruang loceng.
Siapa saja yang datang ke sini akan jatuh cinta pandang pertama. Fuh! Sangat cantik dan menarik. Disekitar Elizabeth Quay juga disediakan perkhidmatan awam seperti Elizabeth Quay train, Transperth Ferry Terminal dan Bus Port.


King's Park
Salah satu tempat yang canti dan nampak seluruh pemandangan bandar Metropolitan Perth. King's Park adalah salah satu tempat yang seringkali dilawati oleh pelancong mahupun penduduk tempatan. Kawasan ini sangat besar. Perkhidmatan bus juga disediakan jadi pengunjung tak perlu risau nak ke sana.
King's Park adalah kawasan semula jadi Taman Botani Australia Barat yang spektakular dan penuh dengan laluan pejalan kaki dan trek larian yang dikelilingi oleh taman asli, bunga liar bermusim dan warisan Orang Asli terdahulu. Dan pada asalnya penduduk asal Australia ini adalah orang asli yang berkulit hitam (Aboriginal)
Disini juga terdapat tugu peringatan STATE WAR MEMORIAL sebagai memperingati hari pahlawan iaitu ANZAC DAY yang disambut setiap tahun disini. Dekat tugu peringatan ni pun ada nama negara kita Malaysia. Pemandangan Swan River dan Perth City ini menjadikan King's Park tempat popular untuk bergambar.
Related post :-
Blue Boat House
Blue Boat House ni pun salah satu daya tarikan Perth. Kalau datang Perth jangan lupa datang bergambar disini. Tempat ini sangat terkenal untuk pelancong-pelancong datang bergambar. Lokasinya juga tidak berapa jauh daripada Perth City. Kalau nak shot gambar disyoran datang pada awal pagi dan lewat petang untuk pemandangan yang lebih cantik dan memukau.
Related post :-
Akhir kata :-
Mesti seronok kan dapat bercuti ke tempat orang sambil boleh jimatkan duit. Sebenarnya tak semua tempat memerlukan duit, asalkan kita banyak buat research dan bertanya pada orang sekeliling.
Bukan selalu dapat melancong sambil dapat jimatkan bajet ni. Sekali dah dapat peluang macam ni rasa indahnya bercuti kan.
Bestnya.. Teringin nak pergi. Dulu selalu kata dengan husband nak pergi tengok kangaroo. Ada tak share kos untuk bercuti dekat sana? Boleh la buka tabung ke perth bersama husband nanti.
ReplyDeleteNanti Fana akan share kan kos untuk next entry.
Deleterindunya perth. nak borong coklat kat kk mart haha. udara bersih sangat. rindulah nak travel
ReplyDeleteRindu gila K-MART! Fana suka gila masuk sini. Tak beli pun takpe dah asal dapat cuci mata. Hahaha.
Deletemy family love Perth too. the lifestyle there so relaxing. Especially at Fremantle, can spend a whole day just there
ReplyDeleteOmaigaddd FREMANTLE the best ever place.
DeleteBanyak rupanya tempat yang menarik yg under bajet..eh eh bolehlah simpan tabung nanti..bookmark sini dulu mana tau rezeki ke sana boleh jd guide
ReplyDeleteBanyak je sis. Tahu dengan tak tahu je ni. Hahaha.
Deletebestnya jalan2. insyaAllah kita boleh travel semula la kan tahun depan. new normal kita
ReplyDeleteKita mesti menang! Tahun depan harap harap semuanya kembali normal.
DeleteBestnye leyh travel aussie... Tu la klu sblum travel kita buat research dulu ecewah... Dr situ boleh bnyk jimat bila kita dah tau kwsan n tmpt2 best utk dilawati kan n masa pon jimat!
ReplyDeleteBetul!Kalau kita banyak membaca banyaklah ilmu kita dapat sis.
DeleteNi wislist untuk travel 2021, insyaAllah...dapat juga baca serba sikit tips kat sini, at least tau laa nanti apa dan kemana nak tuju..
ReplyDeleteIsyaAllah sis. Nanti share lah banyak banyak gambar. Jangan lupa cuba makan dekat Charcoal Chicken.
Delete