Aku tahu ramai yang mengimpikan untuk tinggal di Korea. Contohnya macam aku,ngee~. During living in here my lifestyle changed a lot. Sometimes tough sometimes easy. A lot of things I have learned. Sebab korang bukan orang Korea, jadi korang kena tahu beberapa perkara tersebut.
Perubahan cuaca 4 musim
South Korea terkenal dengan musim salji dan bunga. Terdapat 4 musim di Korea iaitu WINTER/ AUTUMN/ SPRING/ SUMMER. Orang Korea paling tidak suka winter. Tapi orang kita suka. Pergerakan semasa musim sejuk sangat terhad dan banyak dihabiskan masa di rumah. Jadi tak pelik lah kalau musim salji foreigners saja yang berjalan di sekitar Seoul tu.
Disebabkan perubahan cuaca juga pakaian dan lifestyle berubah. Musim salji kena pakai pakaian yang tebal, even nak pergi kedai depan je pun ambil masa nak bersiap. Bila musim berubah wardrobe pun kena kemas ikut perubahan musim (yang ni kalau rajin).
Mesra public transport
Bus/ teksi/ subway di Korea sangatlah efficient. Tak perlu tunggu lama dan sentiasa tepat pada waktunya. Sepanjang life aku disini, aku tak perlu fikir untuk beli kenderaan. Dengan menggunakan public transport lebih mudah aku nak ke mana-mana tanpa masalah.
Kos transport pun tidak membebankan duit poket. Kebanyakkan orang Korea menggunakan public transport dengan berhemah dan beretika. Tempat duduk OKU/ warga emas dikosongkan. RESPECT!
Tiada kecurian barang berharga
Orang Korea boleh tinggalkan kereta dorang tanpa matikan enjin semasa ke kedai. Undang-undang Korea yang sangat ketat dan CCTV yang bersepah meminimumkan kadar kecurian. Jangan ingat rumah buruk tak ada CCTV kalau di Korea ni. Lorong sunyi dan kawasan perumahan setiap sudut ada CCTV. Power tak?
Kenderaan dorang juga turut dipasang kamera, sebab mostly rumah dekat sini tak ada parking garage. Hanya rumah yang berpagar so kereta dorang parking tepi rumah je. Lagipun nak install CCTV disini tak mahal. Honda pun relaks je parking luar rumah :P
Tetap bekerja walau sakit
Demam / pening perkara biasa. Orang korea still bekerja. Jarang tengok orang Korea cuti lama. Orang Korea sangat pentingkan kerja. Sakit macam mana sekali pun dorang tetap bekerja dan pergi sekolah macam biasa.
Aku pernah bekerja dengan seorang ah-juma/ emo. Awal pagi nampak tanda sakit, tengah hari tetap gagah kerja even dah nampak tak larat sangat, lepastu makan ubat dan still bekerja sampai habis. Esoknya cuti, lusa dah bekerja even belum sembuh lagi. Dasyat weh, umur 60 lebih dah ah-juma tu.
No speak English
Masuk rumah orang kena lah ikut kata tuan rumah kan. This is the side effect and it's not easy. Boleh jadi makan tahun baru pandai cakap bahasa dorang ni. But you guys don't worry about that, orang Korea di Seoul bukan lah macam orang orang di pekan kecil yang tak pandai speaking. Kalau yang di Seoul tu ada yang cuma tahu basic dan ada yang fasih.
Pengalaman aku semasa bekerja di restaurant aku lebih banyak belajar bahasa Korea. Asal tahu yang basic cukup lah. Lama lama minat itu akan datang. Sekarang aku boleh dah berborak sikit sikit even kena gelak itu biasa lah. Take it easy. Sekarang ini aku pulak ajar dorang speaking. Hahahahaha!
Wi-Fi percuma dan internet bulanan tanpa batasan
Dekat Korea ini tak pening nak cari Wi-Fi. Jalan-jalan di bandar/ kedai makan mesti ada Wi-Fi percuma. Bagi foreigner macam aku mestilah seronok nak datang bercuti di Korea ini. Bus/ subway/ teksi pun ada internet percuma.
Kalau untuk aku yang memang tinggal di sini aku perlu beli sim card untuk sebarang urusan bank dan bekerja. Apa yang perlu korang tahu sim card bulanan di Korea tak boleh hotspot. Kecuali kalau sim card korang jenis prepaid itu boleh lah, tapi untuk postpaid no no no. Unlimited data 3G pun dah paduikkkkk dekat sini apatah lagi 5G
Tidak hirau orang sekeliling
Bunyi macam rude bukan. Tapi kenyataan nya begitulah. Orang Korea banyak habiskan masa dengan telefon. Dalam train pun dorang boleh layan K-drama sambil berdiri pakai earphone. Dahlah pakai earphone, kalau barang jatuh pun tak perasan.
Orang Korea kalau jumpa foreigner tak hairan pun. Apatah lagi yang bertudung macam aku ni. Semua tak ambil port dan buat hal sendiri. Tapi kalau korang tanya arah jalan ke, kedai makan ke, dorang sedaya upaya akan bantu. Okay what?!
Family bonding
Kalau korang perasan dalam drama mesti ada hari yang dorang berkumpul satu family. Itu bukan perayaan pun, tapi tradisi dorang menghargai satu sama lain. Ada hari untuk parents dan ada hari untuk anak-anak. Macam sekarang bulan Mei ni ada berlangsung hari tersebut.
Parents dorang kalau bercakap dengan anak macam kawan-kawan. Normally pasangan Korea akan ada 1/2 anak saja. Kalau 3 itu bagi dorang dah ramai dan penat. Dorang lagi terkejut kita ada adik beradik lebih 10 orang. Hahahahaha. Dorang cakap letih kalau anak ramai. Living cost pun tinggi di Korea. Insurance pun wajib ada setiap keluarga.
Spa yang boleh tidur berhari hari
Dalam K-drama banyak tunjuk spa-spa macam ini. Biasanya musim sejuk orang ramai lepak sana. Yang tidur berhari hari pun ada. Aku tak pernah lagi masuk sebab bertudung kan macam tak syok lah. Kemudahan spa ini untuk semua orang awam. Bilik mandi asing lelaki/ perempuan tapi totally naked. Ya mandi tanpa seurat benang macam itu saja. Phewww.
Korang nak duduk sini berapa hari pun boleh. Makan pun disediakan. Tempat tidur open beralaskan cadar dan bantal kecik comel tu. Alah yang dalam drama itu kan ada tunjuk pakai baju dan seluar pendek tuala kecik atas kepala, haa macam itu la lebih kurang.
Recycle, Recycle, Recycle
Sampah dekat Korea diasingkan mengikut jenis dan warna beg plastik. Kalau korang nak rasa sampah itu berminggu tak kena ambil baik korang asingkan dulu sebelum buang. Sisa dan sampah kering tak boleh bercampur. Selalunya tong sisa khas ada disediakan di setiap bangunan. Owner bangunan sini semua rajin mengemas dan jaga kebersihan.
So kalau korang tak nak kena sound buang lah mengikut tempat yang diberikan. Nak buang sampah pun strict, setiap hari berbeza beza jenis sampah diambil. Dekat sini kerja-kerja mengutip sampah waktu malam saja.
Skin care product and supplements obsession
Wanita dan kecantikan tak boleh dipisahkan. Terkenal dengan K-Beauty. Skin care Korea memang power, itu tak boleh disangkal lagi. Rutin pun dah mula berubah sejak duduk Korea. Faktor perubahan cuaca menguatkan lagi alasan untuk memiliki penjagaan kulit yang sesuai. Ahhh begitu!
Selain penjagaan luaran, penjagaan dalaman tidak dilupakan. Terdapat banyak pilihan supplements di farmasi dan drugstore. Setiap kali selepas makan baik lelaki mahupun perempuan akan ambil supplement sama ada berbentuk cecair / tablets. Semua peringkat umur mengamalkan supplements selepas makan.
Banyak minum air kosong
Sangat berbeza dengan budaya di Malaysia dan Korea. SANGAT! Bila makan dekat kedai, benda pertama yang dihantar adalah air kosong. FREE OF CHARGE. Selain air masak mesin kopi ada disediakan. Kopi pun free!! Selain air kosong, terdapat variety beverages disediakan. Selalunya tidak banyak jenis, sama ada Coca Cola, Cheonyeon Cider/ Chilsung Cider (bikarbonat drink)
Tetapi orang Korea lebih gemar minum air kosong saja dengan cider bikarbonat. Kalau dah habis air boleh tambah. Berbanding di Malaysia air suam secawan pun dah 60sen apatah lagi nak sediakan mesin kopi percuma.
Banyak lagi sebenarnya side effect semasa tinggal di Korea ini. Yang penting sentiasa positif dan belajar untuk adapt dengan budaya baru tanpa melupakan budaya asal kita. Mana yang baik kita ambil, yang tak baik kita buang jauh jauh. Okay bye.
meriah btul bila baca yg fana share psl lifestyle di korea ni...pernah holiday korea 7thn lps..mmg best cumanya org korea tk fhm english mmg kena phm bahasa korea
ReplyDeletePenuh cabaran. Hahaha.
Deletebestnya wifi percuma. patut lah dalam train pun layan k-drama haha. best baca dok tempat orang, tapi hujan batu dinegeri sendiri. untuk saya la. hehe
ReplyDeleteBetul tu .
DeleteApabila duduk berjauhan dari keluarga dan sahabat-handai, macam-macam manapun kita kena cuba juga adapt dengan budaya dan segala-galanya berkenaan tempat tinggal baru kita kan... previously, masa saya kena stay kat Singapore for months (walaupun lifestyle lebih kurang je macam kat Malaysia) ada juga rasa kekok sebab bukan negara kita sendiri kan... all the best and take care ya...
ReplyDeleteThanks for comment. Betul tu, nak tak nak kena ikut culture dorang juga sikit sikt.
DeleteKalau tengok cerita korea tu, even rumah setinggan pun dia punya lock mesti pass code lah. Padu...
ReplyDeleteThanks for comment. Ya betul, majoriti rumah guna pass code je. Senang sangat.
DeleteI wonder how ur life there during covid? Still working or else.... Btw stay safe & strong too.., i used to live there.., to the extent i fade up n hate smell of kimchi., hate going out at night lot of drunken man, do meet some racist toward girl wearing hijab.. Their afraid of ISIS is real since being false informed by tv. After coming back to where i was... Starting missing kimchi n all other food too.
ReplyDeleteThanks for comment. During Covid-19 nothing has changed, everything work like a normal. But their mentality superb!
DeleteSeronoknya baca pengalaman sis stay di Korea. Kagum tengok lifestyle mereka. Setiap rumah, kereta, kedai ada cctv. Bagusnya. Bab skincare tu saya setuju. Produk dari Korea memang terbaik dan bagus digunakan. Skincare saya pun produk Korea juga.
ReplyDeleteThanks for comment. Same goes to me korean skin care user. Their product soooo magic!
DeleteYang pergi holiday aje dah rasa beza dengan lifestyle mereka, tapi 4/5 hari di sana macam jatuh cinta plak dengan kehidupan mereka, sebab nampak simple je mereka, sibuk dengan hal memasing...apatah lagi kalau duduk terus di sana, mesti terus rasa selesa dan lifetyle kita pun terus berubah kann...Sis dah 2 kali ke Korea, kalau ajak pergi berkali-kali pun nakkkk..hehehehe
ReplyDeleteThanks for comment. Ada rezeki boleh datang lagi sis :)
DeleteSetiap negara ada pro n cons dia. Korea best sbb ada 4 musim. Cantik2 nature dia. Bab beauty tu yes i agree.
ReplyDeleteThanks for comment. Betul tu.
Deletefana keje di sana?
ReplyDeleteaida lom pernah jejak korea. tapi dok tgk drama korea tiap hari :) ha ha ha ha...
satu negara yg mesti nak gi, one day.
lain negara, lain budaya, lain cara, kan. kita kena respect.
apa yg baik, kita amalkan dan bwk balik sini. apa yg tak baik, jadikan sempadan.
apapun, hujan emas negara org, better la hujan batu negara sendiri. tak gitu?
Thanks for comment. Ya sis, kerja. Selalu sangat hujan batu negara sendiri tu. Tapi bukan lah nak lupa mana tempat lahir kita, cuma nak ubah angin saja.
DeleteIs not easy living in other country and hv to adapt their culture. But no harm to try different thing.
ReplyDeleteBanyak betul hal-hal yang berbeza berbanding dengan negara kita Malaysia. tang internet free tu bestnya, banyak jimat tu. kat negara kita Mahal kot internet.
ReplyDelete