5/Korea/slider1

Pinterest

Investment for myself- The reasons why I love traveling

Thanks for keep reading my post and I hope you never get tired of 
reading them :P. May Allah bless you and your kindness always. Amin.


I absolutely love traveling and yes not only me right. Korang pun suka kan? Mana ada orang tak suka travel. Cuma tak semua orang berkemampuan dan ada masa. Reasons yang aku nak share dengan korang ni mungkin sama macam korang yang suka travel tu. 


Topik yang menarik! Soalan yang sering kali diajukan kepada aku. Hahaha. Topik ni kalau setiap kali aku balik WAJIB ada. Tapi orang yang bertanya ni sebenarnya tak akan faham. But I was trying to explain anyway! JUST CHILL :)

Jom baca seterusnya :-


For Pinterest⇓



The reasons why I love traveling and you should too...

1. Photography 

Samada untuk photo album / media sosial, kita semua suka ambil gambar sebagai kenangan. Semestinya inilah yang paling exciting bagi aku. Tak perlu ada skill baring skill cangkung bagai gambar tetap cantik dimata kita sendiri. 

Photography ni dah macam hobi masa lapang. Setiap masa nak di ambil gambar. Tempat baru kan siapa tak 'jakun'. Asalkan tempat yang aku pergi tu ada gambar kenangan. Kalau tak ambil tu perasaan dia kecewa teruk!

2. Kenali budaya baru

Not all travelers are interested in having cultural or learning experience. Mungkin ada yang lebih suka shopping / lepak tepi pantai. Tapi itu depends on masing masing lah.

Macam diri aku, aku lebih gemar masuk museum/historical place. Bagi aku ianya menarik minat aku dan FREE ENTRANCE :P. Banyak benda boleh belajar dan lagi bagus kalau ada engaging with the locals. Baru menarik percutian tu. Once you get taste of life abroad, you will never want stop travelling again. perghhh!

3. Faktor cuaca

Ada orang nak lari dari musim sejuk di negara dia. Ada orang nak lari dari musim panas. Masing masing ada sebab tertentu. Macam aku sebab dah biasa musim panas di negara sendiri sekali sekala tu nak jugalah merasa musim sejuk / musim luruh di negara lain. Sememangnya kita akan nak kan sesuatu yang baru dan berbeza. But if you afford why not.

4. Makanan

Ahh!! I like this part! Me as a MUSLIM maybe it's hard. Kena berjaga-jaga lah nak cuba makanan baru ni. Makanan di Malaysia dah terlalu. Sekali sekala ke luar negara mahu juga mencuba makanan baru. Walaupun rupanya nampak sama di negara sendiri, tetapi rasanya lain.

Selain cuba makanan baru kita boleh belajar memasak. Mungkin boleh olah mengikut cara yang tersendiri kan. Hidup tak perlu rumit, banyak cara yang boleh kita pelajari untuk membuatnya mudah. 

6. Masa untuk bersendirian

Siapa cakap nak travel korang perlu ke luar negara? Dalam Malaysia pun boleh. Mungkin travel dalam Malaysia korang boleh cuba bergerak secara solo. Tapi jangan lupa bagitahu ahli keluarga dulu. 

Bekerja dari pagi hingga ke malam dan hanya cuti sehari seminggu sangat memenatkan. Alangkah indahnya dapat merehatkan diri berseorangan di pantai sambil melihat matahari terbenam dengan alunan ombak yang memecah pantai. Fuhhh. Selesa betul macam ni kalau bersendirian.

7. Kenangan untuk dikongsikan

Balik dari travel dah tentulah kita nak kongsikan apa yang menarik bukan. Orang yang mendengar pun tak sabar nak tahu. Dan semestinya cerita yang menarik lah kita kongsi dengan kawan / family. Yang tak menarik tu kita simpan sikit. Hahaha.

8. Currency learning process

Daripada travel ni aku belajar mengenali jenis matawang dan nilai matawang. Tak perlu tahu semua jenis matawang pun, cukup sekadar tahu negara yang kita nak pergi saja. Kalau bab duit ni semua orang bandingkan harga luar negara dengan negara sendiri. 

Kalau bercuti mungkin kita akan buat perbandingan harga. Tapi ikut kebijaksanaan masing-masing berbelanja. Ada yang murah ada yang mahal. Yang penting kita tahu menilai dan pada masa apa yang sesuai.

9. Menghargai orang tersayang

Semestinya kalau kita berjauhan dengan orang yang tersayang perasaan rindu tu akan datang. Paling tidaknya dengan family lah. Sebenarnya perasaan ni akan menguatkan lagi rasa sayang tu bila mana kita rasa sedih, down atau ada masalah. 

Zaman yang serba canggih ni boleh lah video call. Kalau boleh masa tu nak cepat cepat balik rumah. Rindu family, rindu kucing, rindu kawan kawan. Seronok bercuti tak akan sama dengan seronok bersama orang tersayang.

10. Exercise like a boss

Aku tak tahu lah benda ni logik atau tak bagi korang, tapi bagi aku ya. Aku rasa aku dah terlebih exercise dengan berjalan kaki saja sepanjang travel. Hahaha. Selain berjalan kaki ada yang berbasikal. 

Kadang tu lokasi yang nak aku pergi kenderaan awam tak masuk atau sebagainya menyebabkan aku terpaksa berjalan kaki/berbasikal. Tapi semua ni pun baik untuk kesihatan bukan.

11. Public transport-learning process

Perkara yang aku rasa paling mencabar adalah public transport. Dan aku sangat fobia kalau terlepas station. Bayangkan dah penat berjalan seharian lepastu nak balik bilik terlelap dalam train dan terlepas station. Hahaha. Mesti kelam kabut jadinya.

Kadang-kadang tu rumit juga kalau kena tukar platform macam di KOREA ni. Learning process pun ambil masa yang sangat lama. Pengalaman ini yang sangat mencabar dan adventure bagi aku.

12. Pengalaman yang tak dapat di negara sendiri

Bagi sesetengah orang negara sendiri adalah the best place in the world, tapi mungkin ada sesuatu yang tak akan kita dapat di negara sendiri. Sebagai contoh musim salji di Korea. I can build a snow man or skiing. 

Sebab pengalaman ni memang tak akan dapat di negara sendiri. Sama juga seperti melihat satu bandar PARIS dari atas Eiffel Tower. Dan banyak lagi perkara yang mungkin kita belum pernah cuba dalam hidup ni.

13. Belajar dari kesilapan

Banyak aspek dan sudut untuk part ni. Mungkin sebagai contoh kita tak merancang betul betul itinerari semasa trip. Dari situ kita mungkin kerugian masa dan tenaga. 

Kalau kita pergi dengan group mungkin kita kena condemn dengan ahli group. Dan belajar MEMINTA MAAF sekiranya kita ada melakukan kesilapan. Nak minta maaf tak perlu tunggu raya bukan.

14. Travelling makes your dreams come true

Berangan itu percuma bukan. Tapi paling best kalau kita berangan dan ianya jadi kenyataan. Dengan berangan itulah yang 'memaksa' kita berusaha keras untuk mencapainya. Macam aku berangan sangat nak pergi negara orang putih. Alhamdulillah dapat juga aku jejak kaki dekat Australia sampai 3 tahun tak balik balik. Hahaha.

15. Berehat daripada rutin harian

Nak layanan seperti raja? Menginaplah di hotel. Tak perlu memasak, tak perlu kemas bilik, tak perlu basuh baju, tak perlu serabut kerja di office tak perlu lakukan semua rutin harian seperti di rumah/office! Ambil masa puas puas untuk rasai nikmat sebenar seperti duduk di istana kayangan. Fuhh! Sangat santai dan tenang. Bagi aku part makan paling best, tak pening nak masak. Hahaha.

Last but not least

As you travel, you realize that the world is a much better place than what you can see on TV when watching the news. I hope this article makes you want to travel more future. But just remember one thing! THE MONEY YOU SPEND ON TRAVEL IS AN INVESTMENT IN YOURSELF!

Peace and love,
Fanaaaa :)




28 comments

  1. mmg suka travel juga..tgk tmpt org tp travel tk semestinya ke overseas...kt dlm negara msia pn byk tmpt bole pegi..janji kita dpt tenangkan fikiran dr kesesakan kota dan workload keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kaka. Dalam negara pun dah best juga sebenarnya.

      Delete
  2. Suka travel. Kat mana2 travel kita mungkin akan mendapat sesuatu pengajaran. Kita akan lebih bersyukur dengan kehidupan kita sekarang. Travel banyak mengajar kita ilmu yang baru.

    ReplyDelete
  3. Seronok travel ni. Kata pepatah jauh berjalan luas pemandangan. Memang suka tengok tempat orang dan rasa makanan depa. Salam Ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya sis :P. Lambat reply dah.

      Delete
  4. i love travel too. for me, saya lebih menghargai negara sendiri whenever i travel. rasa bersyukur sangat jadi rakyat malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Pergilah jauh mana pun tak akan lupa negara sendiri.

      Delete
  5. Best la sis. Teringin nak jadi macam sis. Travel sana sini. Nanti kalau sis nak pergi mana mana. Sis janganla tak ajak. Nak ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh boleh. Jangan lupa subscribe blog sis ni dulu okay.

      Delete
  6. Yes, these are also the same reason why I love traveling. I miss traveling. Hope all this will end soon. Huhuhu.......

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat. Tak terfikir pun masa dedolu nak travel . La ni handbag k.sal kiri kanan. So kena sabar skit untuk travel ngan anak²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, sabar lah K.Sal. Nanti boleh cuba travel berdua dengan husband ke kan.

      Delete
  8. Seronok dapat travel.. lepas penat bekerja, kumpul duit, stress semua then masa utk relax dan makan-makan.. liez klau g travel bab makan je yg difikirkan.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Bab makanan paling tak sabar sebenarnya.

      Delete
  9. Memang seronok apabila dapat travel... paling best apabila dapat pergi bersama-sama yang tersayang... saya selalu travel solo apabila ada kesempatan time outstation... memang mencabar sebab kita bukan kat negara kita sendiri tapi rasa puas sebab dapat melihat kebolehan survival diri sendiri... hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu. Fana rasa kalau travel luar negara ni banyak sangat pengajaran dapat.

      Delete
  10. Betul, semua yang you senaraikan sebab sebenar nak travel. Tapi macam i travel dlm negeri je, belum pernah luar negara. Macam i tambah lagi satu, sebab nak bagi anak2 gembira.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bekeluarga ni semua buat untuk anak anak. Nanti dorang dah besar panjang susah dah nak merasa semua tu.

      Delete
  11. Yaaa sangat..macam Sis dah 5 tahun Suami bg reward pi travel dengan kawan-kawan...dia sponsor, me time katanya, syukur sangat! lagipun anak-anak dah besar, tak [ayah nak fikir dah..

    ReplyDelete
  12. betullah tu, saya pun ada sebab2 macam ni. suka betul tengok negara luar

    ReplyDelete
  13. Yes huda kalau bercuti more kepada nak luangkan masa bersama keluarga, dpt explore tempat org, rasa makanan dia, tenangkan diri. So balik tu rasa fresh dia lain mcm. Oh for me bercuti is such a therapy.

    ReplyDelete
  14. before marriage selalu gak kami travel sana sini.. sekarang dah anak travel gak sampai lah PKP ni nak dekat berbulan bulan kan hahaha... tapi nak travel lagi tak silap lama lagi baru boleh heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim PKP ni banyak benda terbantut nak buat kan. Harap-harap lepas ni bolehlah sis travel lagi banyak tempat. Hehehe.

      Delete