5/Korea/slider1

Pinterest

First Time Flying- Perkara Penting Sebelum Naik Pesawat

Korang ada pengalaman first time flying tak? Aku pernah. For many of you this is an exciting time, yes it should be! Sama macam aku, that feeling still same! Dan first time flying aku level international gitu. "See my level" Hahaha gurau gurau. Sumpah tak tipu! Pertama kali dalam hidup aku terbang ke negara yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku akan sampai iaitu PERTH AUSTRALIA! Sorang sorang beb. Tak tahu lah hantu apa masa tu ikut.

Unless you are frequently flying yes you can skip this :P. 

Tak semua orang ada pengalaman menaiki pesawat. Sama macam aku. Domestic airport pun tak pernah jejak, inikan pula international airport. Gila ke aku masa tu? Aku manusia biasa, ada perasaan takut/gemuruh/gementar. Entah macam mana chega sangat masa tu aku pun tak tahu lah. 




STICK WITH ME AND I WILL GUIDE YOU WALK THROUGH SOME OF MY FIRST FLYING TIPS:-

For Pinterest 🔽



Apa perkara yang perlu dilakukan untuk orang yang first time flying?


#Datang awal

  • Pastikan datang awal sebelum 4 jam masa berlepas untuk mengelakkan sebarang masalah.
  • Rancang jadual perjalanan.
  • Samada menaiki bus/train untuk memudahkan perjalanan dengan lebih cepat dan selesa aku suggest booking DISINI > www.busonlineticket.com

#Passport



#Luggage


  • If you are first time flying, this is you need to know. Packing beg sehari/dua hari sebelum.
  • Tips:-Asingkan toiletries dan sanitary daripada beg yang korang nak check in. In case beg korang hilang(in case okay bukan mintak) korang tak ralat hilang semua barang. So tak membazir kena beli baru kan.
  • Letak tag nama(jika perlu) pada beg yang korang check-in supaya lebih senang nak bezakan beg sekiranya ada penumpang lain yang sama beg.
  • JIKA BERAT MELEBIHI HAD YANG DITETAPKAN, PERLU CHECK-IN (AIR ASIA 7KG ke atas)

#Imigresen dan kastam

Sebelum menaiki pesawat, penumpang perlu melalui ujian pemeriksaan barangan persendirian dan pengesahan passport. Apa perbezaan kastam dan imigresen? 




Kastam:-
  • Memeriksa barang yang dibawa.
  • Pastikan tidak membawa cecair yang melebihi 100ml, senjata tajam dan bahan api.
  • Tips:-Sekiranya nak bawa botol air yang melebihi 100ml pastikan botol dikosongkan sebelum masuk. Even ada air sikit pun imigresen tetap SAY NO!  


Imigresen:-
  • Memeriksa status perjalanan dan passport sebelum berlepas. Sebelum imigresen cek passport tu bagi lah salam atau "say hi" sikit. Dengan senyum sekali okay. 
  • Imigresen lebih tegas berbanding kastam. Macam kastam cuma cek barang, imigresen kalau dia tak lepaskan korang naik pesawat memang tak lepas lah cerita dia. Ingat! DO YOUR OWN RESEARCH ;)

#Travel Insurance

  • Penting jika korang pergi bercuti ke luar negara sebab insurance ni boleh cover medical costs jika berlaku sebarang kecelakaan/sakit. 
  • Sebagai contoh korang boleh klik pilihan travel insurance di sini > https://ringgitplus.com/en/travel-insurance

#Check-in online

  • Wajib ke check-in online? Kalau nak senang dan cepat ya wajib.
  • Bagi yang sudah check-in online boleh print boarding-pass di mesin check-in dan terus masukkan bagasi di kaunter check-in baggage.
  • Jika korang dah check-in online tapi tak print boarding pass jangan risau, boleh terus ke kaunter yang dibuka dan bagi passport macam biasa.
  • Check-in online dan check-in baggage Adalah perkara yang berbeza.
  • Penumpang boleh check-in melalui telefon bimbit / mesin yang disediakan di sekitar airport. 
  • Jika korang sudah check-in online, berat beg tidak boleh diubah sekiranya berat beg telah melebihi had yang ditetapkan. Kalau check-in di kaunter berat beg masih boleh dipertimbangkan oleh staff. 

#Sebelum masuk pesawat

  • Pastikan sebelum 45minit masa berlepas sudah sampai di GATE atau berkemungkinan korang tak akan dapat naik pesawat.
  • Sediakan tiket dan passport untuk diperiksa. Kalau domestic tunjukkan IC saja tak perlu passport. 



#Di dalam pesawat

  • Pastikan beg disimpan di tempat penyimpanan beg.
  • Periksa nombor seat sebelum duduk. 
  • Jangan tutup penghadang tingkap / belakangkan seat sebelum arahan take off. Supaya tak kena tegur dengan stewardess.
  • Matikan telefon/flight mode.
  • Pakai tali pinggang keledar.
  • Bersedia untuk berlepas. 
  • Have fun !

Disclaimer:- This is only based on my experience and does not related with anybody else.


For Pinterest 🔽



14 comments

  1. Tips yang berguna jugak untuk yang bakal first time naik pesawat ni .

    ReplyDelete
  2. yes betul asingkan barang dengan pakaian. Better letak barang dalam bagpack. Senang untuk kita refresh atau touch up for long flights

    ReplyDelete
  3. utk yg 1st time nk naik pesawat mmg kena tau perkara2 yg penting demi utk tidak ketinggalan flight sbb naik flight tk sama mcm naik bas or keretapi...dh lama tk fly..selalunya fly urusan keje

    ReplyDelete
  4. saya first time flight dari Sarawak ke KL.. masa tu umur 20 tahun.. nak pergi sambung belajar di semenanjung.. hihi.. sorang-sorang, dah lah sedih.. jakun pula.. hahaha.. alhamdulillah.. kenangan..

    ReplyDelete
  5. I agree with all this tips. These are the things I do before flying. I squally packed my bag 2 weeks in advance. Hehehehehhehe.........

    ReplyDelete
  6. good tips. jadi rindu nak travel bila baca entri ni.

    ReplyDelete
  7. Tips yang bagus dibaca oleh mereka yg pertama kali naik pesawat apa tah lagi sekarang ni urusan pulak banyak yg digital jlu dulu ada tiket sekarang terus boardg pass je.

    ReplyDelete
  8. Yes betul tu.. Kalau first time travel macam ni memang kene banyak membaca tips2. Folo la group travel utk kita buat persediaan awal sebelum berlepas

    ReplyDelete
  9. First time LH naik flight masa zaman-zaman sekolah menengah dulu. My mom cakap kalau boleh takyah bawa luggage. Bawa backpack aje. Luggage ni bila memang betul-betul memerlukan.

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yang bagus. Saya pun tak pernah naik flight. Entah bila nak merasa naik. Maybe 2 3 tahun lagi sebab ada plan nak bercuti di Sabah. Nanti boleh take noted apa yang dikongsikan. Thanks.

    ReplyDelete
  11. tips yang berguna dan ramai tak ambil kisah. apapon terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  12. Tips yang bagus untuk yang tak pernah naik flight tapi bagus juga untuk peringatan yg pernah naik sebab kadang2 kalau lama tak naik kita lupa kan. iena biasanga akan check in 2 minggu awal..takde la tergesa2 sangat.mana kawan2 travel sekali dgn iena mmg iena akan handle check in and print boarding pass awal2..supaya tak kalut nanti. Nanti kwn2 dtg airport cari iena nk boarding pass..mcm mak2 pulak haha

    ReplyDelete
  13. Pengalaman pertama Sis terbang, kaki tangan kejung menahan ketika kapal naik dan turun..sampai terpelot kaki hahaha lawak sungguh kalau ingat-ingat, now dah ookay dah...

    ReplyDelete
  14. bagus tips ni sbb memang ramai akan mencari tips tips seperti ini

    ReplyDelete