Korang ada pengalaman first time flying tak? Aku pernah. For many of you this is an exciting time, yes it should be! Sama macam aku, that feeling still same! Dan first time flying aku level international gitu. "See my level" Hahaha gurau gurau. Sumpah tak tipu! Pertama kali dalam hidup aku terbang ke negara yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku akan sampai iaitu PERTH AUSTRALIA! Sorang sorang beb. Tak tahu lah hantu apa masa tu ikut.
Unless you are frequently flying yes you can skip this :P.
Tak semua orang ada pengalaman menaiki pesawat. Sama macam aku. Domestic airport pun tak pernah jejak, inikan pula international airport. Gila ke aku masa tu? Aku manusia biasa, ada perasaan takut/gemuruh/gementar. Entah macam mana chega sangat masa tu aku pun tak tahu lah.
Imigresen:-
Tak semua orang ada pengalaman menaiki pesawat. Sama macam aku. Domestic airport pun tak pernah jejak, inikan pula international airport. Gila ke aku masa tu? Aku manusia biasa, ada perasaan takut/gemuruh/gementar. Entah macam mana chega sangat masa tu aku pun tak tahu lah.
STICK WITH ME AND I WILL GUIDE YOU WALK THROUGH SOME OF MY FIRST FLYING TIPS:-
For Pinterest 🔽
Apa perkara yang perlu dilakukan untuk orang yang first time flying?
#Datang awal
- Pastikan datang awal sebelum 4 jam masa berlepas untuk mengelakkan sebarang masalah.
- Rancang jadual perjalanan.
- Samada menaiki bus/train untuk memudahkan perjalanan dengan lebih cepat dan selesa aku suggest booking DISINI > www.busonlineticket.com
#Passport
- Pastikan passport masih valid dan tamat tempoh tak kurang daripada 6 bulan.
- Mestilah kena ada passport. Tapi kalau korang pergi negara yang memerlukan VISA jangan lupa apply dulu. DO YOUR OWN RESEARCH BEFORE FLYING.
- Antara negara yang memerlukan visa dan tidak memerlukan visa boleh KLIK DISINI>> https://www.kembaramurni.com/content/negara-yang-memerlukan-tidak-memerlukan-visa-bagi-rakyat-malaysia
#Luggage
- If you are first time flying, this is you need to know. Packing beg sehari/dua hari sebelum.
- Tips:-Asingkan toiletries dan sanitary daripada beg yang korang nak check in. In case beg korang hilang(in case okay bukan mintak) korang tak ralat hilang semua barang. So tak membazir kena beli baru kan.
- Letak tag nama(jika perlu) pada beg yang korang check-in supaya lebih senang nak bezakan beg sekiranya ada penumpang lain yang sama beg.
- JIKA BERAT MELEBIHI HAD YANG DITETAPKAN, PERLU CHECK-IN (AIR ASIA 7KG ke atas)
#Imigresen dan kastam
Sebelum menaiki pesawat, penumpang perlu melalui ujian pemeriksaan barangan persendirian dan pengesahan passport. Apa perbezaan kastam dan imigresen?
Kastam:-

Kastam:-
- Memeriksa barang yang dibawa.
- Pastikan tidak membawa cecair yang melebihi 100ml, senjata tajam dan bahan api.
- Tips:-Sekiranya nak bawa botol air yang melebihi 100ml pastikan botol dikosongkan sebelum masuk. Even ada air sikit pun imigresen tetap SAY NO!
Imigresen:-
- Memeriksa status perjalanan dan passport sebelum berlepas. Sebelum imigresen cek passport tu bagi lah salam atau "say hi" sikit. Dengan senyum sekali okay.
- Imigresen lebih tegas berbanding kastam. Macam kastam cuma cek barang, imigresen kalau dia tak lepaskan korang naik pesawat memang tak lepas lah cerita dia. Ingat! DO YOUR OWN RESEARCH ;)
#Travel Insurance
- Penting jika korang pergi bercuti ke luar negara sebab insurance ni boleh cover medical costs jika berlaku sebarang kecelakaan/sakit.
- Sebagai contoh korang boleh klik pilihan travel insurance di sini > https://ringgitplus.com/en/travel-insurance
#Check-in online
- Wajib ke check-in online? Kalau nak senang dan cepat ya wajib.
- Bagi yang sudah check-in online boleh print boarding-pass di mesin check-in dan terus masukkan bagasi di kaunter check-in baggage.
- Jika korang dah check-in online tapi tak print boarding pass jangan risau, boleh terus ke kaunter yang dibuka dan bagi passport macam biasa.
- Check-in online dan check-in baggage Adalah perkara yang berbeza.
- Penumpang boleh check-in melalui telefon bimbit / mesin yang disediakan di sekitar airport.
- Jika korang sudah check-in online, berat beg tidak boleh diubah sekiranya berat beg telah melebihi had yang ditetapkan. Kalau check-in di kaunter berat beg masih boleh dipertimbangkan oleh staff.
#Sebelum masuk pesawat
- Pastikan sebelum 45minit masa berlepas sudah sampai di GATE atau berkemungkinan korang tak akan dapat naik pesawat.
- Sediakan tiket dan passport untuk diperiksa. Kalau domestic tunjukkan IC saja tak perlu passport.
#Di dalam pesawat
- Pastikan beg disimpan di tempat penyimpanan beg.
- Periksa nombor seat sebelum duduk.
- Jangan tutup penghadang tingkap / belakangkan seat sebelum arahan take off. Supaya tak kena tegur dengan stewardess.
- Matikan telefon/flight mode.
- Pakai tali pinggang keledar.
- Bersedia untuk berlepas.
- Have fun !
Disclaimer:- This is only based on my experience and does not related with anybody else.